Wednesday, March 23, 2011

SEJARAH WARISAN DUNIA - LEMBAH BUJANG

Assalammualaikum wbt..

cikcleo baru balik dari educational trip to Lembah Bujang, Merbok, Kedah. dah lama tak join educational trip ni. selalu join trip yang enjoy2 gitu. tapi bile pergi lembah bujang ni..waahh sangat banyak ilmu baru diperolehi. my general knowledge become better! tak ramai remaja sekarang yang suka kan educational trip ni. mereka kata bosan. ade yang pegi pon asik sebok bergambar. bukan nak kutip segala ilmu yang diberikan. sangat2 rugi cikcleo rase.

Apa yang ada di Lembah Bujang? ok actually da lama nak kesana kerana di lembah bujang terdapat kesan candi peninggalan pedagang-pedagang dahulu kala sebelum pemeritahan kerajaan melayu melaka lagi. 

what is candi? candi merupakan kuil atau tokong! tetapi setelah kerajaan melayu melaka memerintah nama candi di tukar kepada kuil atau tokong. seni bina ni sudah sangat lama berada di kawasan lembah bujang. sudah beratus-ratus tahun lama nya.

marilah beramai-ramai ke lembah bujang untuk menghargai warisan sejarah dunia dan Malaysia khususnya. hasil peninggalan ini sangat-sangat berharga dan kita sebagai rakyat Malaysia patut menyanyangi hasil peninggalan sejarah ini. kerana kerajaan sekarang cuba untuk menggazetkan candi di lembah bujang ini sebagai warisan dunia. semoga ia berjaya!

kalau rakyat Malaysia sendiri tak menghargai warisan ni. amat memalukan. kalau ditanya apa sejarah warisan yang ada di Malaysia. boleh anda senaraikan? kalau boleh syabas! tapi kalau tidak mula lah mengenali sejarah warisan negara kita. sesekali pergilah melawat kawasan palancongan warisan. bukan hanya sibuk untuk berhibur semata-mata. rakyat malaysia sekarang semakin berpendidikan so sepatutnya kawasan-kawasan pelancongan begini sudah semakin popular dikalangan kita.

melawat dan mengkaji candi ni tiada kaitan dengan keagamaan. yang penting niat kita untuk mencari ilmu. so tiada masalah rasanya kalau niat tu betul. ye dop?? sebab itu lah sultan kedah telah memberi kebenaran semula untuk mengeskavasi candi-candi ini pada tahun 2006 setelah majlis fatwa melarang untuk mengeskavasi candi-candi ini pada taun 1995 atas sebab keagamaan. yang penting niat tu untuk mencari ilmu! 

so jom lah kita layan gambar-gambar sekitar lawatan ke Lembah Bujang ini:

kawasan ni terletak dekat dengan gunung jerai. so kawasan dia  memang berbukit.

Candi Hindhu

Candi Lembah Bujang. yang ni yang terbesar.

tour guide yang sangat bagus.

candi buddha

lagi satu candi hindhu.

sangat tekun mendengar segala penerangan

ini adalah manik yang dijumpai di sekitar lembah bujang. manik ini sangat berharga dan tiada lagi sekarang.
satu manik tu mencecah harga RM50 sebiji. makcik kayo!

lokasi seterusnya

kawasan ni baru selesai si eskavasi pada tahun 2006.

jadilah individu yang berhemah dan berilmu. kepada penduduk di negeri Kedah terutamanya. anda harus pergi ke kawasan ini kerana baru anda tahu sejarah negeri Kedah yang sangat menarik untuk diterokai.

p/s: balik jer dari trip ni terus demam kerana sejuk yang melampau semasa di dalam bus ^_^' 

TAHUKAH ANDA SEMUA KAWASAN SAWAH PADI DI KEDAH DAHULUNYA MERUPAKAN  LAUT?



8 comments:

kay_are said...

x tanye pun g mane rase nye <-- nak cari gaduh.. ahakz.. x pernah lagi r g sane.. jom dating kat sane nak? ^^

cikcleopatra said...

@kay_are - ei ai kr nie..pukul nak tak??carik pasal an!! ;p

ezy.fia said...

laut jdk sawah padi?
info yg menarek tu..
xtau pulak saye..
=)

Anonymous said...

wow..mcm belajar sejarah....suka melawat tapak2 sejarah....boleh menambahkan ilmu pengetahuan...
salam perkenalan...nk tambah rakan blogger...jom kita follow-mollow....hehhe..senang2 singgah kita plak ea...http://oyatyaza.blogspot.com

Raji and Yeen said...

bestnyer kau pergi tgk depan mata
selama ni ak cme pernah tgk dalam buku teks sejarah jer
tu pun xde kaler der huhu

cikcleopatra said...

@Cik Ezy - ha skrang da taw kan?sebar2 kan la..hehe.

cikcleopatra said...

@Oyat Ceritera - hikhik..cikcleo pon baru jer nak suke2..mase kat skola lu nan hado la..hehe.

cikcleopatra said...

@Raji berkata - hah pe lagi..sile la datang melawat!! seronok wei bile tgk ngn mate kple sendiri..hehe.