Saturday, March 5, 2011

ALLAH BAGI MUSIBAH..DIA SAYANG KITA..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum wbt.

'Arghhh!!! benci tol la..kenape mesti aku yang kene terima semua nie??kenape?kenape?kenape? dalam banyak2 orang dalam dunia nie..aku jugak yang nak kene!' Apalah salah aku..apa lah dosa aku.hmm..='(

Penah tak terlintas benda kat atas ni dalam fikiran anda dikala ditimpa musibah dan masalah?? contohnya ketika kita sakit, kita putus cinta, gagal dalam peperiksaan, di pecat, permohonan kita gagal, masalah kewangan yang kronik, orang yang kita sayang meninggal dunia, dan segala jenis masalah problem la..time ni sedih tak hengat dunia. siang malam pon nak nangis kan? sampai bebengkak mata sampai kawan pon xkenal..


 semua kerja pon tak boleh buat. ishk3..iye cikcleo tahu dan tersangat la paham.
'cakap boleh la..ko tak rase mana nak tahu! '

Iye memang betol..berat mata kita yang memandang nie berat lagi bahu yang memikulnya kan??

TAPI

Pernah tak kita fikir..itukan ujian dari ALLAH SWT..ALLAH tu maha mengetahui akan setiap perkara yang dia lakukan..dia takkan sesaje nak pekene kan hamba2nya..dia takkan menguji hamba nya diluar kemampuan hambanya itu! ALLAH SWT tu maha penyayang lagi mengasihi hamba2nya ini.  cuma kita je yang kadang2 alpa. solat 5 waktu pon kadang2 tak cukup. Firman ALLAH SWT kepada MalaikatNya :

"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"

(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)
Meh sini cikcleo nak ingatkan..setiap kali kita ditimpa musibah tak kira kecil atau besar musibah itu. Itu bermaksud ALLAH ingat dekat kita taw! ALLAH turunkan ujian ni pada kita agar kita sedar dari kealpaan kita.  Biasalah manusia nie bila susah je ingat dekat ALLAH tapi bila senang waahh enjoy je kan?



usah lah menangis mengenangkan nasib malang itu wahai sahabat! kerana Rasullullah SAW juga telah bersabda bahawa;
"Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan semacam tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya melainkan dengan uijian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya dan digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya."
Setiap musibah yang ALLAH SWT berikan kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya! setiap musibah yang diberikan adalah untuk memperingati diri kita yang sering alpa dalam mentaatinya! hanya satu yang dipinta..ketika pelbagai masalah itu datang janganlah kita mencari jalan mudah untuk menyelesaikannya sehingga terpesong akidah! kerana ALLAH telah berfirman dalam surah Al-Anbiya', ayat 35 bahawa:
"Dan Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kalian kembali"
Kembalilah kita kepada ALLAH SWT. Menangislah sepuasnya kepada ALLAH. Mengadulah tentang segalanya kepada ALLAH.  Sesungguhnya jiwa kita akan tenteram. Dan ALLAH itu maha mendengar. tidak kejam sehingga menzalimi hambanya.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebe­nar­­an.” (Q.s. al-Baqarah: 186).
Oleh itu, La Tahzan ye kawan!! Jangan lari dari masalah. Jangan salahkan takdir. Jangan benci masalah dan musibah tu! tapi terima dengan redha. Berdoa lah kita selagi kita diberi peluang untuk berdoa kepadanya. Dunia ini hanyalah sementara yang penuh dengan onak duri untuk menguji hambanya yang lemah. usahlah menagis di dunia yang fana ini tetapi menangislah sepuasnya jika kita ditempatkan di dalam golongan yang di murkai ALLAH SWT diakhirat kelak ;)


Waallahualam..renung2kan dan selamat beramal! ;)

MENUNNGU BUKU 'LA TAHZAN' DARI SESEORANG ;)

3 comments:

kakyongnida said...

dah follow tuan blog taw :)

Raji and Yeen said...

hohoho btol tuh
Ujian yg Allah turunkan inshaAllah semuanya ialah ujian yg setaraf dgn kebolehan hambanya
Allah maha Adil ^^

cikcleopatra said...

@Raji berkata
kan raji kan!!hehe..ALLAH syang kite!

p/s: buruk gile cikcleo lukis an??kene belaja dari raji lagi ni.haha.