Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, September 7, 2012

IKHLAS kerana Allah..

Bismillahhirahmanirahim..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
Wala ila haillahallah,
WaAllahuakbar,

Assalamualaikum wbt.

IKHLAS..
Kadang-kadang kita ucap ikhlas dibibir tapi hakikatnya hati mengungkit..
Redha dibibir tapi kesal dihati..
Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah tapi dihati inginkan balasan..

Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Mudah diungkap tapi sangat sukar untuk dipraktikkan dengan erti kata sebenar kerana Allah SWT..
Sebab Syaiton itu sentiasa ada untuk menyesatkan kita umat nabi Muhammad SAW.

Marilah kita belajar ikhlas dengan percaya pada Allah. 
Percaya denga janji Allah.

Rezeki kita akan dimurahkan jika kita ikhlas apabila bersedekah kerana Allah SWT.
itu janji Allah!
Tapi berapa ramai orang yang riak dan menunjuk2 apabila bersedekah?
Berapa ramai yang kongsikan sedikit daripada gaji dan bonus yang diperolehi dengan bersedekah?
Berapa ramai yang berkira-kira dahulu sebelum bersedekah?
Semua ni kerana mereka tidak percaya pada janji Allah.

Itu soal sedekah..bagaimana pula soal dalam berkasih sayang sesama manusia?
Berapa ramai yang berkasih sayang kerana Allah?
Berapa ramai yang bercinta ikhlas kerana Allah demi mendapat keredhaa-NYA?

Itu soal Kasih sayang sesama manusia..bagaimana pula dalam menajalankan kerja seharian kita?
Berapa ramai yang bekerja mencari rezeki dan pendapatan yang halal ikhlas kerana Allah? kerana kerja itu satu ibadah?
Berapa ramai yang belajar demi mendapat ilmu ikhlas kerana Allah?

Ikhlas itu sentiasa bersama kita sejak kita mula mengenal dunia..tapi tidak semua dapat mempraktikkan ikhals itu dari makna yang sebenar-benarnya IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Sekadar renungan untuk kita bersama. Semoga kita dapat mendidik hati dan jiwa kita kepada makna ikhlas yang sebenar =)


Friday, December 2, 2011

Alaa Kejap lagi lah solat!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt..

Baiklah adik-adik sekalian..tazkirah jumaat kita pada hari ini adalah berkenaan dengan solat diawal waktu ye! siapa dekat sini suka melewatkan solat??? (ye saya! adei..) tebiat yang buruk dan suka saya amalkan..alasan nya
"Alaa jap lagi lah..yang penting aku solat dari tak solat kan!"
Oemjayyy!!!tidak! tidak! salah semua tu! dusta belaka..tak baik melewatkan solat ye adik-adik. saya tertarik dengan tingkah laku seorang sahabat yang tidak pernah melewatkan solatnya. pernah kami pergi tengok wayang pukul 8.15malam. kami makan-makan dahulu setelah selesai solat maghrib. borak-borak dah pukul 8. saya ingat lepas tengok wayang barulah solat. dekat rumah lagi selesa kan! Bila dah pukul 8 saya ajak lah dia gerak. dalam hati opkos lah nak ajak gerak ke panggung. tapi tidak..dia kata, "ok jom kita solat dulu". erk..ok fine -.-'

oh sungguh beruntung nya saya dapat sahabat yang sentiasa mengingatkan saya tentang solat. ye lah mane nak taw dok sedap layan muvi dalam tu kang tibe-tibe tercekik pop-corn..ke tak naye??

Banyak manfaat solat diawal waktu tau..seperti yang terdapat dalam hadith berikut:


Bermaksud: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah"
(Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu). 

DAN

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertiny Riwayat At-Tira: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" (midzi dan Abu Daud, Albani : Sohih


Benda nampak remeh. tapi sebenarnya tidak. sangat penting solat diawal waktu sebab ajal maut kita tak tahu bila. perlahan-lahan lah amalkan. supaya kita sama-sama dapat berubah ;)



Wednesday, August 10, 2011

Jangan sampai Allah murka dengan pembaziran yang kita lakukan..Nanti pahala puasa pun kurang..sia-sia je.

Assalammualaikum w.b.t

Bazar Ramadhan sana sini..mata pun rambang tak tahu nak makan apa. last-last semua makan pun di borong..
Dah balik rumah, makan dihidang untuk berbuka. tengok-tengok..
wow banyaknya makanan. makan sikit dah kenyang..yang lain membazir..akhirnya ke tong sampah.

huish..jangan buat macam tu. Allah tak suka amalan membazir..jangan nanti kita da penat-penat puasa lastly puasa tu tak dapat keberkatan dari Allah s.w.t disebabkan pembaziran yang telah kita lakukan.membazir tu kan amalan syaiton.

Ingat tu. jangan ambil remeh perihal pembaziran ni ya.

Selamat beramal ;)

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Assalammualaikum wbt...

Marhaban Ya Shahru Ramadhan..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!!
Marilah kita semua merebut ganjaran yang begitu banyak di bulan yang mulia ini.
Fahamilah erti puasa itu dengan sedalamnya..kerana bukan senang berpuasa dengan mengikut syariat yang sebenar. puasa bukan sahaja setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. malah menahan diri dari segi semua aspek. minda, mata, mulut, tangan dan semua anggota badan kita pun perlu berpuasa.
Kadang-kadang kita tak perasaan yang kita termengata orang dan sebagainya kan.
so sempena bulan yang mulia ni, lebih baik berdiam, berzikir dan senyum je!!hehe..

semoga kita diberkati dan dirahmati..Ukhuah fillah'abadan abada..
selamat beramal!


Monday, July 25, 2011

Riak itu Syirik Kecil..syirik kecil bersama facebook..

Assalammualaikum wbt..

Sekarang ramai yang cakap FB pun boleh menjadi tempat kita mengumpul dosa jika tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Memang betul. Bukan setakat gambar yang tidak menutup aurat dengan betul seperti yang disyariatkan dalam islam, maksiat dan sebagainya tapi kadang-kadang gambar dan post kita pun sudah menampakkan riaknya. tapi kita tak sedar..iya! kita tak sedar kerana riak ini kecil sahaja tapi impaknya sangat besar..hingga terdapat hadith yang berbunyi:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
semoga kita dijauhkan dari syirik kecil ini..amin..


Friday, July 8, 2011

Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan!

Assalammualaikum wbt.
Segala puji bagi Allah,
Pencipta seluruh alam,

Solat..
solat itu tiang agama,
Semua umat islam wajib menunaikan solat, 
no excuse! walaupun terlantar sakit,
Tapi masih ada yang tak menendahkannya,

Ada yang bertudung litup labuh cantik menutp aurat,
Tapi..solat ke laut!

Ada yang terlampau sibuk sampai solat tertinggal,
walhal rezeki itu Allah yang bagi,
Tak reti lagi nak bersyukur,

Saya pasti ada segelintir kita yang mempunyai rakan atau orang yang terdekat yang masih endah tak endah kan saranan Allah yang satu ini..tidak kira rakan sepejabat, kuliah mahupun kaum keluarga sendiri.
Berdoa lah kepada Allah agar hati mereka di buka dan di beri hidayah dari nya.

Pic from google

Mari kita berkongsi hadis dari H.R. Attabrani yang berbunyi:

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan".
selain itu terdapat juga hadis yang saya rasa menarik untuk di kongsi bersama, berkenaan dengan besarnya ganjaran bagi yang menunaikan solat:
 
 "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" ( H.R.Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" ( H.R.Attabrani)
 
Renung-renungkan dan selamat beramal ;) 
 
 

Thursday, June 16, 2011

2 perkara yang mesti kita lupakan dan mesti kita ingat



Luangkan mase sejenak untuk sama-sama kita fikirkan
perkara yang patut kita lupakan dan perkara yang perlu kita ingati.

Assalammualaikum wbt..


Dua Hal Yang Mesti di lupakan :

1. Kesalahan Orang Lain pada kita 

2. Kebaikan kita pada Orang lain 



Dua Hal yang Mesti di Ingat :

1. Kesalahan kita pada Orang lain 

2. Kebaikan Orang lain pada kita.



semoga kata-kata ini menjadi amalan kita setiap hari! =)

Kalau suka boleh la LIKE,

Wednesday, May 4, 2011

Susah nak jumpa orang yang Makan Ketika Lapar & Berhenti Sebelum Kenyang!

Assalammualaikum wbt..

Berat Badan turun 3kg..wow! ajaib sungguh..ni semua sebab duduk dekat UUM haritu. takda selera betol nak makan. tapi bila dekat rumah..oh no!! makan setiap masa..hari-hari pon kena timbang takot berat badan melambung naek. heee..

Makan ketika lapar

Hish..tolong berhenti sebelum kenyang!

susah betol la nak makan ketika betol-betol lapar dan berhenti sebelum kenyang! aduh aku ni selagi tak kenyang takdenye kesedaran nak berhenti makan. lagi-lagi kalau lauk tu sodap! haish..tak elok lah makan kenyang-kenyang sangat ni..tahu tak kenapa??haa meh nak share kisah Nabi Yahya AS dengan Iblis laknatullah:

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: 

"Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".   
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: 
"Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
 Lalu Yahya a.s. bertanya: 

"Adakah bahagian aku didalamnya?". 
Berkata iblis: 
"Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". 
Bertanya Yahya a.s. lagi: 
"Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". 
Berkata iblis: "Tidak". 
Yahya a.s. berkata: 
"Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". 
Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: 
"Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Haa..sebab tu la kita akan merasa malas setiap kali lepas kenyang. Syaiton saje je nak buat kita jadi malas agar kita tak melakukan ibadat kita kepada Allah. Maka seronok lah syaiton2 ini. bergembira diatas kejayaan mereka untuk membuatkan kita berasa malas untuk solat dan berzikir pada Allah. Allah..mudah sangat kita diperdaya syaiton..

KENE PRAKTIS BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG NI..OH~

Tuesday, May 3, 2011

Do Anything..Give Everything..

Assalammualaikum wbt..

Lama seyh tak on9..tengah study week sekarang. so balik rumah jaga mak. mak tak sihat. biasa lah orang tua. dok sakit-sakit. i'll do anything and give everything that i have for mak. even her medical treatment need 10 thousand and more, i will..love her so much more than my life. syurga di bawah tapak kaki ibu kan.

Terlalu besar pengorbanan emak demi kejayaan anak.
Derhaka kepada ibu..sangat besar dosa itu. dan sangat besar darjat seorang ibu itu. Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki datang kepada dan berkata: 
Wahai Rasulullah "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." 
Rasulullah bertanya: 
"Apakah ibumu masih hidup?" 
Orang itu menjawab, ya. 
Rasulullah SAW bersabda. 
"Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)
Wah..dengan berbakti kepada ibu kita telah berjihad dan dapat menegakkan agama Allah..SubhanaALLAH..sayangilah ibu kita. Ada orang sanggup telefon bf/gf hari-hari. tapi tak pula ibu mereka. hari ibu 9 Mei ini. so Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu didunia ;)

p/s: selain kasih sayang, doa dan kejayaan..nak bagi apa kat ibu eh sempena hari ibu ni?? any idea? 

SAYANG MAK SAMPAI MATI

Saturday, April 16, 2011

Rukun Iman dan Rukun Islam. Mane Paling Utama?

Assalammualaikum wbt..

Haritu lelaki pergi kelas agama. Balik dari kelas lelaki telefon perempuan dan berlakulah perbualan seperti dibawah:

Pic google

Perempuan : Belajar apa tadi?

Lelaki : Belajar pasal al-quran.

Perempuan : yeke..pasal apa jer.

Lelaki : ala biasa-biasa je. nak tanye soalan ni. antara rukun iman dan rukun islam mane lagi utama?

Perempuan : Dua-dua pon sama!

Lelaki : iya memang. tapi PALING penting?

Perempuan : mesti lah rukun iman. sebab kat situ ada sebut percaya kepada Allah. lepas percaya kepada Allah barulah kita boleh mengamalkan rukun islam yang 5 perkara tu.

Lelaki : iya betul tu. lagi? macamane nak percaya kepada Allah? cuba bayangkan seorang muallaf masuk islam. macamane dia boleh percaya akan kewujudan Allah tu sampai die memeluk agama islam?

Perempuan : (cam bese..tetap tak mahu mengalah) ok. kalau I lempang U sakit tak?

Lelaki : sakit lah.

Perempuan : U nampak tak sakit tu?

Lelaki : tak!

Perempuan : tapi u rase tak sakit tu?

Lelaki : rasa!

Perempuan : ha macam tu la juga dengan kewujudan Allah. kita dapat rasa bende tu. tapi kita tak dapat nak nampak.

Lelaki : Iya memang lah. tapi kan sebenarnya. kita percaya akan kewujudan Allah tu melalui KITAB iaitu ALQURAN. dalam tu dah tertulis segalanya. sebab tu lah kita kene faham isi kandungan Al-quran. bukan setakat baca je. dalam al-quran juga ada cakap semua pasal rukun islam. rukun iman itu teori. rukun islam itu amali. itu lah yang I belajar dekat kelas tu tadi.

Perempuan : Baiklah! hehe.

p/s : kenape kita liat sungguh nak baca Al-quran eh? Ya Allah.

*Kisah ini berdasarkan kisah benar penulis dan temannya ;)*

Friday, April 15, 2011

10 Tips Meraih Kebahagian

Assalammualaikum wbt..

Bagaimana hendak meraih kebahagian yang sebenar? kebahagian dimana kita merasakan ketenangan. tidak bersedih dan sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan. marilah kita mengamalkan tip-tip dibawah. sesungguhnya orang2 yang benar-benar mahukan kebahagian akan melakukannya. Jika tidak mampu melakukan semua lakukanlah salah satu.

  1. Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.
  2. Menyendiri untuk bertakafur.
  3. Menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang soleh.
  4. Perbanyakkan berzikir.
  5. Malakukan solat sunat 2 rakaat dengan khusyuk.
  6. Bacalah Al-quran dan renungkanlah isinya.
  7. Berpuasa sunat walaupun pada hari yang sangat panas.
  8. Bersedekahlah secara bersembunyi.
  9. Meringankan beban orang muslim yang tengah dalam kesulitan.
  10. Usaha menjalani hidup di dunia dengan zuhud.
cikcleo pasti tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan semua ini dan tidak ramai muslimin dan muslimat yang melakukan perkara2 tersebut pada zaman kini. Waallahualam. perlahan-lahan kita amalkannya =)

Tuesday, April 12, 2011

Sunat menutup Mulut Bila Menguap dan Makruh mengeluarkan Bunyi ketika Menguap

Assalammualaikum wbt..

pic google

Actually i very2 dislike people yang menguap tak tutup mulut..Rakan-rakan dan orang terdekat memang da tahu lah perangai aku yang satu ni. pantang betol la orang menguap tak tutup mulut. buruk bebeno..lagi-lagi kalau perempuan..ishk3..

Bukan susah pon angkat tangan tutup mulut tu..semudah ABC..hehe.Actually bukan saja-saja kita disuruh tutup mulut. Dalam islam sunat kita menutup mulut kita menguap walaupun sedang solat. dan makruh menguap hingga mengeluarkan bunyi. Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w makksudnya : 
Sesungguhnya Allah azzawajalla  membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin. 
Dan  Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda  Rasullah s.a.w yang  maksudnya : 
 Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Jadi sedaya upaya la untuk tidak menguap atau tutup mulut tu ketika menguap.

Mulakan la amalan ini dari sekarang dan didiklah anakmu agar ia menjadikan perkara ini sebagai amalan =)

p/s : terbaca kosmo semalam tentang seorang remaja wanita di Kingsthorpe Britain yang tak boleh tutup mulut selepas menguap..ishk3..naseb doktor boleh tutupkan. kalau tak nganga la seumur hidup.

Wednesday, April 6, 2011

Sebab musabab isteri kena dengar cakap suami

Assalammualaikum wbt..

Hari ni ada cerita sikit..ceritanya berbunyi begini..

Pada suatu hari, sang bf berborak dengan sang gf..tibe2 sang bf bertanyakan soalan seperti berikut:

sang bf : you taw tak kenapa seorang isteri kena taat dan dengar cakap suami dia?

sang gf : (dengan confident dan dividennya menjawab) ye lah..sebab syurga kan di bawah tapak kaki suami.

sang bf : ok antara perdana menteri dengan suami..you kena dengar cakap siapa dulu?

sang gf : mesti lah suami!!

sang bf : antara mak you dengan suami?

sang gf : suami jugak!

sang bf : kenapa you kena dengar cakap suami?

sang gf pun memberi kan hujah nya yang panjang lebar..sampai tak tertaip disini sambil didengari oleh sang bf.

lastly..dengan tenang sang bf pun menjawab..

sang bf : okeh..jawapan sebenarnya..sebab suami yang akan menaggung semua dosa isterinya selepas berkahwin. so sebab tu isteri kena dengar cakap!

sang gf : a'ah..kesiannye jadi lelaki kena tanggung dosa isteri..muahahaha T_T

*so guys yang di luar sana..didiklah isteri dan anak2 anda dengan didikan agama yang baik.sebab anda yang tanggung dosa tu nanti. benda paling susah sekali nak dididik adalah menutup aurat. seksi itu cantik tapi seksi itu juga seksa. Penting  juga bagi seorang wanita mencari suami yang ada didikan agama dan boleh membimbing kita agar tidak terpesong akidah ;)

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL


Sunday, March 27, 2011

LADY GAGA KRITIK MALAYSIA KERANA LIRIK LAGU NYA

Assalammualaikum wbt..



Lady Gaga telah mengkritik Malaysia kerana telah men'censored' kan lagu dia. si lady gaga ni cakap:

'What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard.
'You must do everything that you can if you want to be liberated by your society. You must call, you must not stop, you must protest peaceably.' - Lanjut.


Haa..isu panas ni kan..ada yang bersetuju dengan si Lady Gaga ni dan tidak kurang jugak yang tak bersetuju..jom kita baca sikit bait-bait lirik lagu: 


No matter gay, straight or bi lesbian, transgendered life
I’m on the right track, baby
I was born to survive
No matter black, white or beige
chola or orient made
I’m on the right track, baby
I was born to be brave

erk?? no matter what ker? anda2 semua kesah tak dengan trans gender ni? cikcleo kesah! memang terang2 dalam islam melarang! full stop! dilaknat Allah wei transgender ni. memang lirik dia memberi semangat untuk kita terus hidup dengan pendirian kita, tapi kalau di landasan yang salah pe cer???tak rela i ohkey!

Kita di negara islam. that's why la lagu tu di tapis. lagi2 remaja kita yang senang sangat terpengaruh dengan budaya barat ni! terlalu banyak da pengaruh tu. malas nak cakap da. bukan masalah kerajaan Malaysia ni kolot, ketinggalan zaman or apa-apa la..tapi ni satu tanggungjawab!  Ada pepatah mengatakan,
"Janganlah kita meremehkan sesuatu perbuatan baik itu, walaupun hanya dengan sekadar senyuman".
Look! korang tersenarai ke dalam golongan yang meremehkan perkara baik yang dilakukan ni?? huh jangan wei..benda ni memang sah2 dilaknat Allah. tengok je la sejarah kaum Nabi Lut tu! tak kan tak serik2 kot.

Hee..kerana sebaris lirik lagu tu..macam-macam isu timbul kan. bukan taknak tengok sebaris ayat tu dari sudut yang positif. tapi..memang takda! tak boleh terima kot. rasanya bukan agama islam je melarang malah semua agama kot melarang trans gender ni.

Lady gaga tu kene buat kajian dulu sebelum bercakap la cikcleo rase. sebab nanti memalukan diri dia sendiri. dia tak paham agama orang dan budaya orang kat malaysia ni..so tak sesuai sungguh dia menyuruh remaja2 kita bangkit menegakkan kan hak. hak ape? haktuih adelah..muahaha.

p/s: kepada peminat Lady Gaga ni sila jangan hentam saya. hanya menyampaikan pendapat dan janganlah minda kita ni senang sangat dikuasai oleh barat. Waallahualam..

MARILAH MENYAMPAIKAN  PERKARA YANG BAIK ITU WALAUPUN SEPATAH

Friday, March 11, 2011

BERCERITA TENTANG KEMATIAN

Assalammualaikum wbt..

Tersentak dan terkejut sebentar bila terdengar berita kematian bapa kepada seorang rakan cikcleo iaitu ABBY ADIB..Abby baru sahaja pulang ke KL..tak sampai lagi rasenye..Al fatihah untuk arwah bapa beliau. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..

Abby aku cilok pic fb ko ye.

Sekarang banyak kejadian mati mengejut. dan banyak juga kes sakit jantung..mereka yang sihat walafiat tetiba rebah dan pergi meninggalkan dunia ini selamanya. itu adalah salah satu tanda kecil kiamat. Astagfirullah alazim..bersediakan aku untuk pergi mengadap yang esa? rase macam terlalu banyak dosa yang cikcleo lakukan. hina betol diri ini. sudah cukupkah iman di dada ni? walallahualam..

Selalu ingatkan diri ni bahawa jangan lengah2kan solat sebab kite tak taw ajal kite bile. ajal tu xkan datang lambat atau cepat walau sesaat pon. bile da termaktub bahawa waktu itu adalah waktu kematian kita maka pergilah kita. tanpa kompromi lagi. tanpa memikirkan ade yang bersedih akan pemergian kita. ruginya kita kalo pergi mengadap illahi tanpa sempat menunaikan solat.hmm..

pesanan cikcleo untuk mereka yang baru sahaja kehilangan orang tersayang terutama rakan cikcleo Abby.. tabahlah sayang..aku dulu telah merasainya..kehilangan ayah tercinta diusia 18 tahun..lagi2 aku tersangat rapat dengan arwah. walaubagaimanapun masih besyukur kerana sempat membesar dan merasai kasih sayang arwah. dan paling bersyukur kerana masih mempunyai mak dan adik beradik. huh! kene stop bercerita pasal arwah kerana air mata akan jatuh lagi beberapa saat!stop! oraite. memang perit. makan tahun untuk cikcleo melupakan arwah.

Tapi kita kene redha. Allah lebih sayang kan mereka. biarlah mereka pergi kerana makin lama hidup di dunia makin banyak dosa yang kita kumpul secara tidak sedar. Segala yang terjadi ade hikmah. ini ujian Allah berikan kepada kita. dia pinjam kan orang yang kita sayang dan ambil semula orang yang kita sayang tu. Tu memang hak Allah. bersyukurlah sebab Allah bagi jugak peluang untuk kita berkasih sayang kan? macam BFF cikcleo Mohd Sahid, beliau langsung tak pernah rase kasih sayang ayah kandung. arwah ayah dia pergi ketika dia didalam kandungan ibu lagi dan kawan cikcleo Ummi Syafiqah pula telah kehilangan bapa tercinta ketika berusia 11tahun dan kehilangan ibu ketika berusia 23 tahun. lagi sedih dan berat ujian itu. terpaksa menjadi ketua keluarga di usia 23tahun dan membesarkan adik2 beliau. sedangkan orang lain ketika itu masih manja dengan ibu bapa mereka. *ummi i respect u!*

sahid
ummie

Ingat la bahawa dunia ini hanya sementara. Akhirat itu yang kekal abadi. Arwah tak pergi selamanya tetapi pergi dahulu ke alam yang kekal dan meninggalkan dunia yang sementara ini. pasti kita akan bertemu jika akidah kita tidak terpesong. Insya ALLAH.

Perbanyakkan lah sedekahkan Al fatihah kepada arwah, bacakan yassin, beramal jariah untuk arwah. jangan terlalu bersedih dan meratapi kematian kerana itu tandanya kita tak redha dengan hukum alam yang telah Allah tetapkan. Allah maha mengetahui setiap apa yang dilakukan. jaga tingakah laku kita didunia ini agar arwah tidak dipersoalkan di dalam kubur. Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan hambanya. dia maha mengasihi.

3 perkara yang akan dibawa kedalam kubur adalah;
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
so, apa yang kita dapat bantu arwah adalah dengan menjadi anak soleh dengan cara mendoakan kesejahteraan arwah disana dan mengamalkan segala ilmu yang telah arwah ajar kepada kita serta sebarkan la. 

Hanya mereka yang pernah kehilangan sahaja dapa merasai keperitan itu. dan tabahlah! dan ingatlah bahawa ade lagi orang yang menerima ujian yang sangat hebat lebih dari apa yang telah kita lalui. syukur kerana masih ada lagi orang yang kita sayangi disisi dan sayangi lah mereka. Allah masih tinggal kan adik beradik kepada kita, tinggal kan ibu kepada kita. bayangkan lah ade orang yang telah kehilangan seluruh ahli keluarga. subhanaALLAH..sungguh berat ujian itu.

cikcleo nak share sepotong ayat yang bermaksud:
siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya cubaan.               (Al-Hadith)
Kerana itu, janganlah kita berasa gundah dan bersedih kerana suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta dan rumah terbakar. Betapapun itu semua merupakan sesuatu yang telah Allah taqdirkan dan semua yang telah menjadi taqdir Allah pasti terjadi. Kita tidak mempunyai pilihan lain, selain menerima taqdir itu, kerana Allah yang berhak menentukan. dengan adanya cubaan, kita justeru mendapat pahala dan dosa kita akan diampuni. Maka berbahagialah orang2 yang ditimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap yang maha mengambil, maha pemberi, maha mengekang  lagi maha lapang.


p/s: Tolong sedekahkan Al fatihah kepada arwah Ayah cikcleo TALIB BIN YUSOF, Arwah ayah Abby, Arwah ayah Sahid, serta untuk kedua ibu bapa Ummi..Al fatihah..

INGAT MATI ITU AMALAN YANG BAIK


Saturday, March 5, 2011

ALLAH BAGI MUSIBAH..DIA SAYANG KITA..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum wbt.

'Arghhh!!! benci tol la..kenape mesti aku yang kene terima semua nie??kenape?kenape?kenape? dalam banyak2 orang dalam dunia nie..aku jugak yang nak kene!' Apalah salah aku..apa lah dosa aku.hmm..='(

Penah tak terlintas benda kat atas ni dalam fikiran anda dikala ditimpa musibah dan masalah?? contohnya ketika kita sakit, kita putus cinta, gagal dalam peperiksaan, di pecat, permohonan kita gagal, masalah kewangan yang kronik, orang yang kita sayang meninggal dunia, dan segala jenis masalah problem la..time ni sedih tak hengat dunia. siang malam pon nak nangis kan? sampai bebengkak mata sampai kawan pon xkenal..


 semua kerja pon tak boleh buat. ishk3..iye cikcleo tahu dan tersangat la paham.
'cakap boleh la..ko tak rase mana nak tahu! '

Iye memang betol..berat mata kita yang memandang nie berat lagi bahu yang memikulnya kan??

TAPI

Pernah tak kita fikir..itukan ujian dari ALLAH SWT..ALLAH tu maha mengetahui akan setiap perkara yang dia lakukan..dia takkan sesaje nak pekene kan hamba2nya..dia takkan menguji hamba nya diluar kemampuan hambanya itu! ALLAH SWT tu maha penyayang lagi mengasihi hamba2nya ini.  cuma kita je yang kadang2 alpa. solat 5 waktu pon kadang2 tak cukup. Firman ALLAH SWT kepada MalaikatNya :

"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"

(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)
Meh sini cikcleo nak ingatkan..setiap kali kita ditimpa musibah tak kira kecil atau besar musibah itu. Itu bermaksud ALLAH ingat dekat kita taw! ALLAH turunkan ujian ni pada kita agar kita sedar dari kealpaan kita.  Biasalah manusia nie bila susah je ingat dekat ALLAH tapi bila senang waahh enjoy je kan?



usah lah menangis mengenangkan nasib malang itu wahai sahabat! kerana Rasullullah SAW juga telah bersabda bahawa;
"Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan semacam tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya melainkan dengan uijian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya dan digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya."
Setiap musibah yang ALLAH SWT berikan kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya! setiap musibah yang diberikan adalah untuk memperingati diri kita yang sering alpa dalam mentaatinya! hanya satu yang dipinta..ketika pelbagai masalah itu datang janganlah kita mencari jalan mudah untuk menyelesaikannya sehingga terpesong akidah! kerana ALLAH telah berfirman dalam surah Al-Anbiya', ayat 35 bahawa:
"Dan Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kalian kembali"
Kembalilah kita kepada ALLAH SWT. Menangislah sepuasnya kepada ALLAH. Mengadulah tentang segalanya kepada ALLAH.  Sesungguhnya jiwa kita akan tenteram. Dan ALLAH itu maha mendengar. tidak kejam sehingga menzalimi hambanya.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebe­nar­­an.” (Q.s. al-Baqarah: 186).
Oleh itu, La Tahzan ye kawan!! Jangan lari dari masalah. Jangan salahkan takdir. Jangan benci masalah dan musibah tu! tapi terima dengan redha. Berdoa lah kita selagi kita diberi peluang untuk berdoa kepadanya. Dunia ini hanyalah sementara yang penuh dengan onak duri untuk menguji hambanya yang lemah. usahlah menagis di dunia yang fana ini tetapi menangislah sepuasnya jika kita ditempatkan di dalam golongan yang di murkai ALLAH SWT diakhirat kelak ;)


Waallahualam..renung2kan dan selamat beramal! ;)

MENUNNGU BUKU 'LA TAHZAN' DARI SESEORANG ;)

Friday, March 4, 2011

ALLAH SURUH TUTUP AURAT! BUAT TAK???

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum wbt..

Punca gambar - google

Hari saja nak share eh rasenya bukan share tapi memperingatkan kembali kepada yang alpa termasuk diri sendiri tentang aurat kita.  kepada semua umat islam pasti sudah tahu batas2 aurat kita kan?? so tak payah la cikcleo nak terangkan lagi satu persatu.  kenapa kita tutup aurat??well..sebabnya itu semua adalah perintah Allah kan?? tapi kenapa masih ade lagi  umat islam yang ingkar perintah Allah nie? waallahualam..

kita dengar cakap mak kite kan??
dengar cakap ayah!
kita dengar cakap cikgu kat sekolah!
ikot peraturan jalan raya sebab takot kene saman dengan polis.
tak berani melanggar peraturan negara sebab nanti masuk jail.

Tapi!!!! kenapa susah sangat nak ikot peraturan yang ALLAH SWT dah tetapkan???penah fikir tak?siapa yang lagi berkuasa dari semua2 nie??siapa yang memberi keizinan kepada kita hidup dimuka bumi nie??hmm..

Paling senang dan paling ramai yang ingkar adalah suruhan ALLAH SWT terhadap perlunya seorang umat islam tu menutup aurat. cikcleo pon bukan baik sangat.cikcleo tahu cikcleo tak 100% menutup aurat mengikut  seperti yang telah digariskan..terlalu terikut dengan fesyen sampai tujuan bertudung tu lari..kepala ditutup litup tapi dada terdedah!!

lagi best ade setengah orang yang bila ditanya kenapa tak bertudung atau tidak menutup aurat jawapannya

'tak sampai seru lagi la'

waahh macamne kalo maut sampai dulu sebelum seru???fikir2 kan lah..balasan kepada yang mendedahkan aurat telah diberitahu. jika hati kental menerima nya silakan lah! waallahualam..

satu lagi perkara yang selalu didengari..

'ishk walaupon aku tak bertudung perangai aku xde la seburuk die..bertudung je lebih..perangai teruk!'

Baik sangat kah kita kalo ingkar suruhan ALLAH?? suruhan ALLAH tu pon kita xdapat ikot macamne lah agaknya hidup kita kan??

Dan untuk kaum adam pula..jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak..didiklah anak2 anda kearah kebaikan.jagalah aurat mereka..kerana dari pandangan cikcleo walau seorang lelaki itu mempunyai pangkat yang tinggi, dihormati oleh semua orang, kaya dan seba serbi boleh tapi masih gagal jika tidak dapat mendidik anak dan isteri untuk menutup aurat!  

Tahukah kamu bahawa seorang suami dan bapa akan dipersoalkan tentang ini di akhirat kelak..kerana gagal mendidik anak dan isteri untuk menutup aurat!

si anak pula tak kasihan ke pada ayah??lagi2 yang telah meninggal dunia..mereka bakal dipersoalkan!sedih rasenya.

Tapi kalo da menutup aurat tu.perangai tolong lah jaga! kita sebagai seorang muslimah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama baik agama kita! tak payah lah buat perkara yang menjatuhkan image seorang muslimah. cikcleo rase malu kalo keluar ke shopping mall nampak pasangan kapel yang berpeluk2an..kamu menutup aurat tapi kamu berpeluk2an dengan lelaki yang bukan muhrim! buruk betol rupenya..please don't do this at anywhere ok! ;p behave ur self!

dan ade juga lelaki yang suka tengok isteri atau aweknya yang free hair, yang sexy,  bangga sikit nak tunjuk kat orang kan!!!! perghh memang santek beb! mantopz sungguh la..balasan di akhirat nanti pon xkurang hebatnya..mantopz lagi lazat!

nak tanya yang perempuan nak ke lelaki macamni dibuat suami??OMG..jap g dia nampak yang lagi sexy dan mantopz..die hye2 bye2 kat kita! time tu rasekan lah!

yang lelaki pulak nak ke perempuan yang sexy maxi tu?? ntahlah..cikcleo bukan lelaki..tapi selalu dengar deorang ckp 'orang macamni setkat buat skandal boley la..nak wat bini carik yang solehah sikit la beb!' ;p

hahaha macam2 ragam..psstt org lelaki nie kalo da mengumpat lagi dasat dari pompuan taw!!ha yang nie fakta bukan auta yer.
punca gambar - google.

semoga kita dapat membezakan mana perkara yang  baik dan mana perkara yang buruk..sila renung2kan dan selamat beramal!

SEMOGA PENAMPILAN KITA SELARAS DENGAN KEPERIBADIAN KITA!

Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL??APA TU??

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"


Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum wbt

Salam Maulidur Rasul cikcleo ucapkan kepada semua pembaca blog kudus ini..
berkenaan dengan tajuk entry nie..cikcleo percaya bahawa masih ade lagi segelintir umat islam di luar sana yang masih tidak faham dan ada yang tidak tahu pasal Maulidur Rasul..
yang mereka tahu bila maulidur rasul cuti!

Apa tu Maulidur rasul??sampai disambut bagai di Malaysia nie..

Maulidur Rasul akan diingati oleh semua umat islam di dunia kerana ia merupakan dimana Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W dilahir kan..iaitu pada 12 Rabiulawal tahun Gajah yang bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

kita menyambut maulidur rasul sebagai tanda ingatan terhadap Rasullullah S.A.W yang tercinta..
tetapi bagaimana kita menyambutnya???

Maulidur Rasul disambut dgn memperbanyakkan berselawat keatas nabi..
Subhanaallah sungguh besar ganjaran yg diberi jika kita berselawat ke atas nabi S.A.W.
antaranya:

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala 


2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلمwalaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat 

5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat 

6. Dituliskan baginya 10 kebajikan 

7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan


Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit 

9. Mendapat syafaat Nabi 
صلى الله عليه وسلم 

10. Diampunkan dosa 

11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita 

12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad 
صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.


"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith
)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup 

14. Ditunaikan segala hajat 

15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala 

16. Membersihkan hati dan mensucikannya 

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga 

18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat 

19. Mendapat doa dan salam Nabi 
صلى الله عليه وسلم 

20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa. 

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu. 

22. Menghilangkan kemiskinan 

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil 

24. Terlepas daripada kutukan Nabi 
صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat" 

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk 

27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala

28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat) 

29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar

30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat 

31. Diberkati umur dan pekerjaannya 

32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya 

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah
صلى الله عليه وسلم 

34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya 
صلى الله عليه وسلمbertambah kasih kepada kita. 

35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad

 صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim 

38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala 

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya 
صلى الله عليه وسلم
 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

   
********************************************

Sungguh besar ganjarannya kan??marilah kita sama2 sentiasa mengingati baginda S.A.W kerana baginda S.A.W juga selalu mengingati umatnya sehingga ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda S.A.W masih menyebut 'umati..umati..umati' yang bermaksud 'umatku..umatku..umatku..

Terlalu banyak cerita tentang betapa sayang dan kasihnya nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya sehingga membuatkan cikcleo menitiskan airmata..

Oleh itu..sayangilah nabi kita..jgn hanya sekadar cakap dimulut bahawa ' yup! aku sayang nabi s.a.w '. 
tapi hakikatnya..tidak melakukan apa yang disuruh..sungguh2 rugi.. 
dan janganlah hanya berselawat ketika maulidur rasul sahaja..
basahkan la juga bibir mu dgn zikir kepada Allah beserta selawat keatas nabi..
sesungguhnya dgn byk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W akan sedikit sebanyak membantu kita di akhirat kelak..mudah kan??tidak perlu bekerja keras..hanya berselawat menggunakan mulut atau hati..xluak ape2 pon..

oleh itu, marilah kita bersama menanamkan habit baru dengan sentiasa berselawat keatas nabi S.A.W.

Salam Maulidur Rasul..
Sekian

LOVE SO MUCH RASULLULLAH  S.A.W