Friday, September 7, 2012

IKHLAS kerana Allah..

Bismillahhirahmanirahim..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
Wala ila haillahallah,
WaAllahuakbar,

Assalamualaikum wbt.

IKHLAS..
Kadang-kadang kita ucap ikhlas dibibir tapi hakikatnya hati mengungkit..
Redha dibibir tapi kesal dihati..
Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah tapi dihati inginkan balasan..

Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Mudah diungkap tapi sangat sukar untuk dipraktikkan dengan erti kata sebenar kerana Allah SWT..
Sebab Syaiton itu sentiasa ada untuk menyesatkan kita umat nabi Muhammad SAW.

Marilah kita belajar ikhlas dengan percaya pada Allah. 
Percaya denga janji Allah.

Rezeki kita akan dimurahkan jika kita ikhlas apabila bersedekah kerana Allah SWT.
itu janji Allah!
Tapi berapa ramai orang yang riak dan menunjuk2 apabila bersedekah?
Berapa ramai yang kongsikan sedikit daripada gaji dan bonus yang diperolehi dengan bersedekah?
Berapa ramai yang berkira-kira dahulu sebelum bersedekah?
Semua ni kerana mereka tidak percaya pada janji Allah.

Itu soal sedekah..bagaimana pula soal dalam berkasih sayang sesama manusia?
Berapa ramai yang berkasih sayang kerana Allah?
Berapa ramai yang bercinta ikhlas kerana Allah demi mendapat keredhaa-NYA?

Itu soal Kasih sayang sesama manusia..bagaimana pula dalam menajalankan kerja seharian kita?
Berapa ramai yang bekerja mencari rezeki dan pendapatan yang halal ikhlas kerana Allah? kerana kerja itu satu ibadah?
Berapa ramai yang belajar demi mendapat ilmu ikhlas kerana Allah?

Ikhlas itu sentiasa bersama kita sejak kita mula mengenal dunia..tapi tidak semua dapat mempraktikkan ikhals itu dari makna yang sebenar-benarnya IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Sekadar renungan untuk kita bersama. Semoga kita dapat mendidik hati dan jiwa kita kepada makna ikhlas yang sebenar =)