Friday, September 7, 2012

Andai Aku Bercinta Lagi...

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
WalailahaillAllah,
WaAllahuakbar,

Assalamulaikum wbt.

Wah3!! terlalu banyak perkara yang dipendam seorang diri selama ni..sekali berblog nak masukkan semua. nak masukkan semua perkara yang dipelajari dalam tempoh berdiam diri. Nak kongsi kepada semua! Aku bukanlah wanita solehah tapi cuba untuk mengubah diri menjadi solehah..insyaAllah =)

Aku akui aku pernah terjebak dalam kancah 'couple'.
couple dalam tempoh yang agak lama.
tapi malas nak cerita bab-bab couple ni sebab baru sekarang aku rasa benda tu lagha, buang masa je...aiyark =.='

Kenapa la baru sekarang sedar kan? tapi syukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku bertaubat.
Allah baru uji sikit, tapi Alhamdulillah mata hati aku terbuka luas untuk melihat hikmahnya.
Aku perbanyakkan membaca bahan-bahan ilmiah berkaitan hubungan cinta sesama manusia. Ternyata selama ni aku leka dan alpa dengan godaan syaiton semata. syaiton yang bersorak riang bila dapat menyesatkan anak-anak adam.

Sekarang dan Andai aku bercinta lagi..
Aku mohon agar Allah kurniakan aku seorang imam yang dapat membimbing aku, ahli keluargaku serta zuriatku.
Aku mohon seorang insan yang yang dapat mencintaiku kerana Allah Ta'ala.
Aku mohon seorang insan yang dapat membimbing aku di dunia dan akhirat.
Hanya itu yang aku pandang..aku tidak perlukan seorang yang berjawatan besar, berharta benda, kacak bergaya yang dimana dulu itu tidak lari dari perhatianku.
Sekarang cukuplah seorang imam untuk ku..tempat untuk aku bertanya tentang agama..agama..iye agama..

Mula berhenti untuk mencari yang sempurna dan soleh.
tetapi cuba sedaya upaya untuk mensolehahkan diri ku.
Kerana "yang soleh untuk yang solehah' kn?

Andaiku bercinta lagi,
Aku mohon Allah jauhkan aku dari segala bentuk maksiat yang dulu dipandang enteng saja.
yang aku anggap remeh dan tak pernah terfikir bahawa perkara-perkara itu dimurkai.
Aku inginkan sebuah hubungan yang halal.
Hubungan yang diredhai Allah.
yang bebas berpimpin tangan, berucap cinta dan rindu tanpa salah.

Aku nak kahwin???
Jawapannya..IYA.
Aku nak kahwin..
Jodoh itu rahsia Allah..Tapi Allah juga tak suruh kita tunngu je jodoh tu datang bergolek. kita perlu berusaha diringi doa tanpa putus kita juga berhak untuk memilih yang terbaik ikut kepada kehendak kita. InsyaAllah. yang penting Doa dan S to the A to the B to the A to the R..SABAR! :')

Sumber: google

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang sangat indah." 





2 comments:

kay_are said...

bese r tu.. dulu pun aku main gak chenta2 ni.. tapi bile pikir2.. kita main chenta2.. macam confirm je die tu jodoh kita kan? so pastu aku pun decide.. biar je r dulu bende related ngan chenta ni.. kalau ade tu ade r.. xkan lari kemana kan? =)

Gadis Kecil said...

Like this.. :)