Assalammualaikum wbt..
Lady Gaga telah mengkritik Malaysia kerana telah men'censored' kan lagu dia. si lady gaga ni cakap:
'What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard.'You must do everything that you can if you want to be liberated by your society. You must call, you must not stop, you must protest peaceably.' - Lanjut.
Haa..isu panas ni kan..ada yang bersetuju dengan si Lady Gaga ni dan tidak kurang jugak yang tak bersetuju..jom kita baca sikit bait-bait lirik lagu:
No matter gay, straight or bi lesbian, transgendered life
I’m on the right track, baby
I was born to survive
No matter black, white or beige
chola or orient made
I’m on the right track, baby
I was born to be brave
erk?? no matter what ker? anda2 semua kesah tak dengan trans gender ni? cikcleo kesah! memang terang2 dalam islam melarang! full stop! dilaknat Allah wei transgender ni. memang lirik dia memberi semangat untuk kita terus hidup dengan pendirian kita, tapi kalau di landasan yang salah pe cer???tak rela i ohkey!
Kita di negara islam. that's why la lagu tu di tapis. lagi2 remaja kita yang senang sangat terpengaruh dengan budaya barat ni! terlalu banyak da pengaruh tu. malas nak cakap da. bukan masalah kerajaan Malaysia ni kolot, ketinggalan zaman or apa-apa la..tapi ni satu tanggungjawab! Ada pepatah mengatakan,
"Janganlah kita meremehkan sesuatu perbuatan baik itu, walaupun hanya dengan sekadar senyuman".
Look! korang tersenarai ke dalam golongan yang meremehkan perkara baik yang dilakukan ni?? huh jangan wei..benda ni memang sah2 dilaknat Allah. tengok je la sejarah kaum Nabi Lut tu! tak kan tak serik2 kot.
Hee..kerana sebaris lirik lagu tu..macam-macam isu timbul kan. bukan taknak tengok sebaris ayat tu dari sudut yang positif. tapi..memang takda! tak boleh terima kot. rasanya bukan agama islam je melarang malah semua agama kot melarang trans gender ni.
Lady gaga tu kene buat kajian dulu sebelum bercakap la cikcleo rase. sebab nanti memalukan diri dia sendiri. dia tak paham agama orang dan budaya orang kat malaysia ni..so tak sesuai sungguh dia menyuruh remaja2 kita bangkit menegakkan kan hak. hak ape? haktuih adelah..muahaha.
p/s: kepada peminat Lady Gaga ni sila jangan hentam saya. hanya menyampaikan pendapat dan janganlah minda kita ni senang sangat dikuasai oleh barat. Waallahualam..
MARILAH MENYAMPAIKAN PERKARA YANG BAIK ITU WALAUPUN SEPATAH