Assalammualaikum wbt..
Berat Badan turun 3kg..wow! ajaib sungguh..ni semua sebab duduk dekat UUM haritu. takda selera betol nak makan. tapi bila dekat rumah..oh no!! makan setiap masa..hari-hari pon kena timbang takot berat badan melambung naek. heee..
Makan ketika lapar |
Hish..tolong berhenti sebelum kenyang! |
susah betol la nak makan ketika betol-betol lapar dan berhenti sebelum kenyang! aduh aku ni selagi tak kenyang takdenye kesedaran nak berhenti makan. lagi-lagi kalau lauk tu sodap! haish..tak elok lah makan kenyang-kenyang sangat ni..tahu tak kenapa??haa meh nak share kisah Nabi Yahya AS dengan Iblis laknatullah:
Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya:
"Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata:
"Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
Lalu Yahya a.s. bertanya:
"Adakah bahagian aku didalamnya?".
Berkata iblis:
"Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir".
Bertanya Yahya a.s. lagi:
"Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?".
Berkata iblis: "Tidak".
Yahya a.s. berkata:
"Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya".
Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata:
"Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Haa..sebab tu la kita akan merasa malas setiap kali lepas kenyang. Syaiton saje je nak buat kita jadi malas agar kita tak melakukan ibadat kita kepada Allah. Maka seronok lah syaiton2 ini. bergembira diatas kejayaan mereka untuk membuatkan kita berasa malas untuk solat dan berzikir pada Allah. Allah..mudah sangat kita diperdaya syaiton..
KENE PRAKTIS BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG NI..OH~
9 comments:
btul3..susah kan.nak berhenti walopon dah kenyang...kadang2 dah sendawa pon ley tambah lagi...hish..teruk3..hehehe
patot lew malas..
selg boleh sumbat, cik ezy sumbat..
mmg ssh betol nk benti sblom knyg..
haha..
lps mkn jdk cam ular sawa..
m'lingkar je..
keh3
=)
=)
=)
hehe. kalo sy plak, bila da mkn ketika lapar tu, mmg melantak jawabnya.haha. bahaya2.
biasanya selagi belum kenyang mesti nk melantak lagi..=)
mcm mana tau senior kt smkbbb..=)
Msred pun bukan orang yang macam tu...heheheee...
3kg je pun.. gua makan banyak still mantain fit rilek je =P camtu sesame kite berusaha untuk behenti sebelum kenyang.. hee
Post a Comment