Assalammualaikum wbt..
haaahah! haritu masa on the way balik dari kedah, singgah cameron jap..saje jalan2..name pon suke travelling kan. so takkan lepaskan lah! huwaa masih sejuk..tapi rasenye tak sesejuk dulu kot. dok dalam kete xpayah bukak aircond dah. bukak tingkap jer..nak share sikit beberapa tips kalau nak pergi melancong ke cameron highlands nie..
1) cameron ade 2 pekan utama..satu Tanah Rata dan satu lagi Brinchang. aku suggest pergi la menginap dekat hotel area Brinchang sebab banyak tempat-tempat menarik terletak di Brinchang. bagi budget traveller jangan risau. aku tengok kat sana banyak budget hotel. so no problem.
2) Menurut orang di sana Strawberry farm yang paling besar dekat Big Red Strawberry Farm atau Taman Agro Tourism terletak di Brinchang. mase aku pergi haritu ade krew tv3 sedang shooting..malu i..muahaha. bukan setakat strawberry jer kat situ, cactus dan bunga pun ada.
try ar waffer ni..sedap. tapi gambar ni diambil time odw makan. tu yang ade lompang tu. strawberry pon da hilang.haha. |
Strawberry Sundae..same case..dah cacat setelah dilahap oleh aku baru teringat nak ambil gambar -.-' |
bunga cantik2. |
Kalau nak petik strawberry sendiri. setengah kilo RM20. |
feeling model jap ;p |
2) Pasar Malam dekat Cameron hari-hari pon ade..tapi berlainan tempat. tempat dan waktu sila rujuk kat bawah ni;
Tempat | Hari | Masa |
Lembah Bertam | Ahad | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
Ringlet | Selasa | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
Tanah Rata | Ahad , Sabtu | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
Brinchang | Jumaat , Sabtu | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
Tringkap | Jumaat | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
Kuala Terla | Rabu | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
Kampung Raja | Isnin | 3.00 ptg – 11.30 mlm |
4) Kalau dah pergi cameron tu jangan lupa pergi Butterfly Farm, banyak taw Butterfly Farm kat sane..aku pon taktaw yang paling best kat mane sebab masa aku pergi tu tempat dia tak best! so kalau nak taw mana best singgah lah information centre kat sana atau tanya receptionist hotel anda. mostly tiket masuk kat sini RM5 untuk dewasa.
butterfly cantik..tapi aku tetap takot nak pegang. |
5) Selain tu ada cactus Point, Roses Centre (tak dapat pergi sebab time tu tutup..oh rugi), Bee Farm, Ladang Teh (Boh Factory (area Gunung Brincang), Cameron Valley), air terjun lata iskandar dan banyak lagi la.
Ladang Boh |
Latar Iskandar |
6) kalau nak shopping pergilah dekat Kea Farm..banyak benda dekat situ. harga pon not bad! try la tawar menawar eh. ha aku nak ingatkan masa dekat sini kereta parking kat tempat parking dia. biar lah jauh sikit dari kena saman. aku haritu hampir kena saman. tu pon nasib baik kakak yang jual sayur kat sana bagitaw yang polis trafik tengah menyaman orang. kalau tak kompom melayang duit bayar saman -.-'. siapa suruh tak sedia kan parking yang mencukupi kan? kan orang dah dok parking tepi jalan. hee.
7) bagi yang mahu berjalan pada waktu malam di sana silalah bawak sweater..tengahari pon sejuk. apatah lagi malam.
8) Pastikan hon kereta anda berfungsi. almaklum la jalan berpusing-pusing. so kalau ada hon lebih selamat. ada dua jalan untuk ke cameron. satu laluan simpang pulai yang lebih jauh tapi kurang pening dan second jalan Tapah yang lebih dekat tapi agak pening (aku ikut Tapah..gelojoh nak sampai).
so sempena cuti sekolah ni..jom travel!
Happy holiday & Take care ;)
3 comments:
so informative!!!nak pergi nnti!dah lama tak pergi even dnegeri sendri,,huhu
bestkan ke cameron.. saya suka ambil angin sejuk..
sedapnya waffle strwbrry dgn icecream . !!!
Post a Comment