Friday, July 8, 2011

Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan!

Assalammualaikum wbt.
Segala puji bagi Allah,
Pencipta seluruh alam,

Solat..
solat itu tiang agama,
Semua umat islam wajib menunaikan solat, 
no excuse! walaupun terlantar sakit,
Tapi masih ada yang tak menendahkannya,

Ada yang bertudung litup labuh cantik menutp aurat,
Tapi..solat ke laut!

Ada yang terlampau sibuk sampai solat tertinggal,
walhal rezeki itu Allah yang bagi,
Tak reti lagi nak bersyukur,

Saya pasti ada segelintir kita yang mempunyai rakan atau orang yang terdekat yang masih endah tak endah kan saranan Allah yang satu ini..tidak kira rakan sepejabat, kuliah mahupun kaum keluarga sendiri.
Berdoa lah kepada Allah agar hati mereka di buka dan di beri hidayah dari nya.

Pic from google

Mari kita berkongsi hadis dari H.R. Attabrani yang berbunyi:

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan".
selain itu terdapat juga hadis yang saya rasa menarik untuk di kongsi bersama, berkenaan dengan besarnya ganjaran bagi yang menunaikan solat:
 
 "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" ( H.R.Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" ( H.R.Attabrani)
 
Renung-renungkan dan selamat beramal ;)