Assalammualaikum wbt..
Nothing to say..tengok je lah video ni:
Aku bukan penyokong mana-mana pihak pun..tapi sedih tengok keadaan macam ni di negara kita sendiri..aku tak ada di tempat kejadian, so tak boleh nak cerita lebih. nak percaya siapa pun tak tau. yang pasti media di malaysia memang dah tak boleh percaya sebab nampak obvious gila bias..sampai aku pun meluat tengok dan dengar. tapi aku percaya mereka ada reason dalam menyampaikan berita-berita mereka -.-'
Dalam kes ni tiada siapa salah dan tiada siapa betul. masing-masing ada pendirian mereka sendiri. yang pasti sebelum mengeluarkan pendapat kita mesti dengar dari kedua-dua belah pihak punya pendapat. kenapa mereka buat macam tu dan sebagainya..baru lah orang akan respect opinion kita. jangan membuta tuli mengatakan puak ni bodoh dan sebagainya. nanti mengaibkan dan memperbodohkan diri kita sendiri.
Aku tak ikut sangat cerita pasal Bersih ni dari awal. sebab aku memang tak ambil port. tapi lama-lama isu ni jadi hangat hingga memaksa aku turut serta memerhati. Bagi aku tak boleh ke kita sesama melayu dan islam bersatu? tak perlu ada dua puak...tahu tak bila kita berpecah..bangsa lain di luar bertepuk tangan gelak terbahak-bahak melihat kita berpecah!
Dan jika benar mereka ingin mengada kan perhimpunan ini secara aman..tak boleh kah dibenarkan? perkara ini tidak menjadi teruk seperti dalam video jika pihak-pihak tertentu membenarkan mereka berhimpun secara aman. sebab dalam islam juga ada membenarkan. Yes aku tahu mesti ada yang cakap..'siapa suruh berhimpun dah orang tak benarkan'. But my answer is - negara kita kan democratic!
seriously aku tak menyebelahi mana-mana pihak..bersyukur lah dengan keamanan yang kita rasai sekarang. janganlah ulang benda yang sama. memberilah dengan ikhlas dan jangan pernah mengharapkan balasan. Malu lah seluruh dunia tengok. siapa yang aniaya siapa pun tak taw. korang tunggu je lah kat akhirat nanti..hehehe..
Politik sangat rumit dan penuh tipu helah. to those muslim leaders..watch out! sekali anda tersalah pimpin jawab lah di akhirat kelak. jangan rasa senang bila dah jadi ahli politik. tapi perlu sedar tangungjawab yang sangat2 besar tu. kepada wartawan juga! berita anda mungkin juga fitnah. so, jadilah wartawan yang jujur dan berakhlak kerana dosa memfitnah tersangatlah besar..seperti membunuh!
RENUNG2KAN JANGAN SAMPAI TERMENUNG ;)
4 comments:
kadang-kadang politik semakin pelik kan?
nice video oo !
Entahlah susah nak percaye sumber2 yang ade sekarang ni , ade yang edit ade yang tak. Memang susah nak percaye. Ape yang mampu hanye berdoa Allah tunjukan mereka2 ke jalan yang benar.
betul2, like entri ni. msg2 ade agenda tersendiri. xtau sape betul sape salah, media xblh nk percaya dh. X boleh ke bersatu?? kann.. sedih tgk bangsa melayu bergaduh sesama sendiri.. -.-
Post a Comment