Friday, March 11, 2011

BERCERITA TENTANG KEMATIAN

Assalammualaikum wbt..

Tersentak dan terkejut sebentar bila terdengar berita kematian bapa kepada seorang rakan cikcleo iaitu ABBY ADIB..Abby baru sahaja pulang ke KL..tak sampai lagi rasenye..Al fatihah untuk arwah bapa beliau. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..

Abby aku cilok pic fb ko ye.

Sekarang banyak kejadian mati mengejut. dan banyak juga kes sakit jantung..mereka yang sihat walafiat tetiba rebah dan pergi meninggalkan dunia ini selamanya. itu adalah salah satu tanda kecil kiamat. Astagfirullah alazim..bersediakan aku untuk pergi mengadap yang esa? rase macam terlalu banyak dosa yang cikcleo lakukan. hina betol diri ini. sudah cukupkah iman di dada ni? walallahualam..

Selalu ingatkan diri ni bahawa jangan lengah2kan solat sebab kite tak taw ajal kite bile. ajal tu xkan datang lambat atau cepat walau sesaat pon. bile da termaktub bahawa waktu itu adalah waktu kematian kita maka pergilah kita. tanpa kompromi lagi. tanpa memikirkan ade yang bersedih akan pemergian kita. ruginya kita kalo pergi mengadap illahi tanpa sempat menunaikan solat.hmm..

pesanan cikcleo untuk mereka yang baru sahaja kehilangan orang tersayang terutama rakan cikcleo Abby.. tabahlah sayang..aku dulu telah merasainya..kehilangan ayah tercinta diusia 18 tahun..lagi2 aku tersangat rapat dengan arwah. walaubagaimanapun masih besyukur kerana sempat membesar dan merasai kasih sayang arwah. dan paling bersyukur kerana masih mempunyai mak dan adik beradik. huh! kene stop bercerita pasal arwah kerana air mata akan jatuh lagi beberapa saat!stop! oraite. memang perit. makan tahun untuk cikcleo melupakan arwah.

Tapi kita kene redha. Allah lebih sayang kan mereka. biarlah mereka pergi kerana makin lama hidup di dunia makin banyak dosa yang kita kumpul secara tidak sedar. Segala yang terjadi ade hikmah. ini ujian Allah berikan kepada kita. dia pinjam kan orang yang kita sayang dan ambil semula orang yang kita sayang tu. Tu memang hak Allah. bersyukurlah sebab Allah bagi jugak peluang untuk kita berkasih sayang kan? macam BFF cikcleo Mohd Sahid, beliau langsung tak pernah rase kasih sayang ayah kandung. arwah ayah dia pergi ketika dia didalam kandungan ibu lagi dan kawan cikcleo Ummi Syafiqah pula telah kehilangan bapa tercinta ketika berusia 11tahun dan kehilangan ibu ketika berusia 23 tahun. lagi sedih dan berat ujian itu. terpaksa menjadi ketua keluarga di usia 23tahun dan membesarkan adik2 beliau. sedangkan orang lain ketika itu masih manja dengan ibu bapa mereka. *ummi i respect u!*

sahid
ummie

Ingat la bahawa dunia ini hanya sementara. Akhirat itu yang kekal abadi. Arwah tak pergi selamanya tetapi pergi dahulu ke alam yang kekal dan meninggalkan dunia yang sementara ini. pasti kita akan bertemu jika akidah kita tidak terpesong. Insya ALLAH.

Perbanyakkan lah sedekahkan Al fatihah kepada arwah, bacakan yassin, beramal jariah untuk arwah. jangan terlalu bersedih dan meratapi kematian kerana itu tandanya kita tak redha dengan hukum alam yang telah Allah tetapkan. Allah maha mengetahui setiap apa yang dilakukan. jaga tingakah laku kita didunia ini agar arwah tidak dipersoalkan di dalam kubur. Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan hambanya. dia maha mengasihi.

3 perkara yang akan dibawa kedalam kubur adalah;
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
so, apa yang kita dapat bantu arwah adalah dengan menjadi anak soleh dengan cara mendoakan kesejahteraan arwah disana dan mengamalkan segala ilmu yang telah arwah ajar kepada kita serta sebarkan la. 

Hanya mereka yang pernah kehilangan sahaja dapa merasai keperitan itu. dan tabahlah! dan ingatlah bahawa ade lagi orang yang menerima ujian yang sangat hebat lebih dari apa yang telah kita lalui. syukur kerana masih ada lagi orang yang kita sayangi disisi dan sayangi lah mereka. Allah masih tinggal kan adik beradik kepada kita, tinggal kan ibu kepada kita. bayangkan lah ade orang yang telah kehilangan seluruh ahli keluarga. subhanaALLAH..sungguh berat ujian itu.

cikcleo nak share sepotong ayat yang bermaksud:
siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya cubaan.               (Al-Hadith)
Kerana itu, janganlah kita berasa gundah dan bersedih kerana suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta dan rumah terbakar. Betapapun itu semua merupakan sesuatu yang telah Allah taqdirkan dan semua yang telah menjadi taqdir Allah pasti terjadi. Kita tidak mempunyai pilihan lain, selain menerima taqdir itu, kerana Allah yang berhak menentukan. dengan adanya cubaan, kita justeru mendapat pahala dan dosa kita akan diampuni. Maka berbahagialah orang2 yang ditimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap yang maha mengambil, maha pemberi, maha mengekang  lagi maha lapang.


p/s: Tolong sedekahkan Al fatihah kepada arwah Ayah cikcleo TALIB BIN YUSOF, Arwah ayah Abby, Arwah ayah Sahid, serta untuk kedua ibu bapa Ummi..Al fatihah..

INGAT MATI ITU AMALAN YANG BAIK


6 comments:

Adlan said...

semoga arwah ayah kawan anda dicucuri rahmat. aminn...

sasha_dynas :) said...

takziah abby semoga arwah ditempatkan besama2 org beriman...

cikcleopatra said...

@Adlan Solis

insyaALLAH..thanks!

cikcleopatra said...

@MuRaBbI CiNta

amin!!!

sue mohd said...

Al-fatihah utk arwah ayah kak abby :(

cikcleopatra said...

@sue mohd
- al fatihah...