Monday, March 21, 2011

JANGAN BERTUNANG LAMA-LAMA..NANTI BASI!

Assalammualaikum wbt..

Anda sekarang dah sah menjadi tunangan orang? atau bakal bertunang? atau pernah putus tunang? waahh..macam-macam kan..apa yang cikcleo nak sampai kan disini kalau merancang untuk bertunang tu. jangan lah ikat lama-lama sangat. banyak buruk dari baiknya bertunang lama-lama ni. macam-macam hal boleh jadi. bak kata orang time bertunang ni adalah waktu yang genting. kene jaga hati dan perasaan pasangan masing-masing. hati kena teguh! jangan mudah di nodai. jangan terlalu ikut emosi dan nafsu!

Ada yang sudah bertunang tapi tak tahu lagi bila nak nikah! haa tu trend sekarang. dan cikcleo tak berapa setuju dengan cara tu. bagi cikcleo setelah kita bertunang kita mesti da ada matlamat. mahu hidup sebagai suami isteri yang sah! kalau tak tak payah la bertunang. nikah terus. lagi senang dan save badget. tak gitu? so kepada mereka yang dah bertahun-tahun bertunang tapi tak da plan lagi nak menikah tu. plan la sekarang. jangan tunggu lama-lama..nanti basi!! bukan tu jer..takut nanti tunang kita tu dikebas orang. biasa la hati manusia ni bila2 je boleh berubah kan? so watch out..eceh ;p

kalau hati da suka halal kan je la benda yang haram tu! lagi afdal. dapat melindungi diri kita dari melakukan maksiat ye dop??

ape nak kawen tapi budget tak mengizinkan?? ok fine memang susah kan. sekarang nak khawin da tak macam dulu. nikah je sudah! sekarang nak kenduri bagai. biasa la tu. orang kata khawin tu sekali jer seumur hidup. faham..semua orang pun nak yang terbaik dalam perkhawinan mereka. so sebelum bertunang tu pastikan ekonomi da stabil. jangan la dah bertunang lepas tu baru nak kumpul duit. aduh longgoh la macamtu. muak nunggu wei.ahaks.

Dikesempatan ini cikcleo ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Arifah Mokri dan Alfarizal..yeay sorang lagi kawan cikcleo telah maju selangkah kehadapan. mereka selamat bertunang pada 19 March 2011. congrats dear! ingat jangan tunang lama-lama ;)



Nak buat ikalan jap..cantik tak make-up die??? very different tau! tak caya tengok picture bawah ni:


Cantik.

haaa..amacam??? kawan baik cikcleo yang make up dia. Nur Syafiqah a.k.a ika. so kepada sesape nak khidmat dia cakap je dekat cikcleo. nanti cikcleo bagi contact number dia. sangat reasonable taw harga dia! murah dan berbaloi2. pasti puas hati! ;)

SEMOGA KE JINJANG PELAMIN

28 comments:

Cik Azizah said...

jijah pon tak nak tunang lama2...jijah dah berkawan pon hampir 9tahun lau tunang lama2 bertambah lagi usia bkawan..bek kawin terus je kan senang..hehhe
tapi pastikan ade duit la...huhu

jom singgah teratak jijah

http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/03/cinta-sejati.html

cikcleopatra said...

@Cik Azizah - betol2..hehe.

Cik Ezy said...

ala..
xde org nk..
cane nk tunang..
hehee

cikcleopatra said...

@Cik Ezy - hahaha..kalo da jodoh tak kemana kan..keke.

Cik Yana said...

Ingatkan cik Cleo yang bertunang. Hehehe~ Selamat bertunang kawan cik Cleo. Semoga kekal ke jinjang pelamin, pastu kekal ke akhir hayat pulak. Cik Cleo pulak, cepat-cepat la sket ye :P

Entry terkini: Serius Letak Jawatan Camni :P

Raji berkata said...

hahaha tu lah bila ad ikatan lama2 susah
rasa xselesa.. nak bernikah phtu tros kawen
ok gak cmtu =.="

cleo dh nak bernikah ker?
hohoho

Saiful Bahari said...

cik cleopatra..kamu nak exchange backlink?
sila ke blog saya..seperti yang kamu minta..
klik tabs exchange,copy backlink saya..dan pamerkan di blog anda,selepas itu saya akan pamerkan backlink anda di blog saya

kay_are said...

terase.. aku dah tunang 28 juta tahun tapi x kawin2 g ni.. cane? ahakz.. yang tukang taip, sile nasihat diri sendiri sekali ye.. bile anda nye turn? =P

mommylavender said...

yup cantik....jauh beza dari face asl, berseri2 tau...cantik sgt

Heidi Shafiq said...

wah pandai giler mekap..

noraauliyya said...

cikcle0 bla lak? =)ngeee...

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

memang susah kalau dah terikat lama-lama tapi sekadar tunangan je...
kadang tu ada jugak yang tak tahan...
bag OE lah... better terus je nikah kalau dah cukup duit...
kenapa nak tunang je dulu kalau dah cukup syaratnya...

memanglah kadang tu orang kata tunang tulah masa nak berkenal-kenalan...
tapi kalau dah tahu memang pilihan tu yang terbaik, berkenalan masa lepas kahwin pun pun boleh...
itu pendapat OE lah...
hehe...

OE tunang pun belum lagi...

anyway, congrats to your friend... cantik...
(n_n)

kau kesah ke?? said...

sebelom mekup ngn selelpas berbeza. cantek..

FARISZ@AZ.Com said...

Kalau couple lama2 pun basi.
Baik nikah terus.





Pendakwah di Pintu Neraka



 Tutorial blog

Qaseh dalia adelia said...

tempoh paling lama pun tak smpai setahun bulan2 dah okie...3 bulan pun dah okey kan..btw cantek mekap tu ..mekap merubah segalanya hehe congrats

cikcleopatra said...

@Cik Yana - erk??tunggu cikyana la kawen lu.hee.

cikcleopatra said...

@Raji berkata - aku tunggu ko yg nikah dulu la raji oi!.hehe.

cikcleopatra said...

@kay_are - erk? tu ko tunang tak official..hehe. nanti la aku nasihat kan diri aku ni..keke.

cikcleopatra said...

@mommylavender - kan/ kan? kan? pandai die make up kan.

cikcleopatra said...

@Heidi Shafiq - hah taw tak per.berminat?hehe.

cikcleopatra said...

@noraauliyya - alaaa.....soalan maut..haha.

cikcleopatra said...

@Orkid Edyliyne @ OrkEd - yerp! tu yg paling bagus..tapi biasa la manusia..da nak tersuke.adei payah nak tolak.hehe.

cikcleopatra said...

@kau kesah ke?? - kan??macam cikcleo kan??wakaka..

cikcleopatra said...

@FARISZ@AZ.Com - betol3..hehe.

cikcleopatra said...

@Qaseh dalia adelia - betol tu qaseh. setahun tu kira lama sgt la tu..
cantek kan! heehe.

rj Etika said...

eh chupp...macam kenal oo muke die. Tapi kenape Arifah Mokri? Yg kawan aku time skolah rendah dulu name die Atikah Mokri aku rase. oh...rindu. :')

Anonymous said...

tukang make up tu tinggal katner?berapa no phone dia?

cikcleopatra said...

anon : kalau nak pm saye dkt fb saye.tq.