اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه
"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"
Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum wbt
Salam Maulidur Rasul cikcleo ucapkan kepada semua pembaca blog kudus ini..
berkenaan dengan tajuk entry nie..cikcleo percaya bahawa masih ade lagi segelintir umat islam di luar sana yang masih tidak faham dan ada yang tidak tahu pasal Maulidur Rasul..
yang mereka tahu bila maulidur rasul cuti!
Apa tu Maulidur rasul??sampai disambut bagai di Malaysia nie..
Maulidur Rasul akan diingati oleh semua umat islam di dunia kerana ia merupakan dimana Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W dilahir kan..iaitu pada 12 Rabiulawal tahun Gajah yang bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.
kita menyambut maulidur rasul sebagai tanda ingatan terhadap Rasullullah S.A.W yang tercinta..
tetapi bagaimana kita menyambutnya???
Maulidur Rasul disambut dgn memperbanyakkan berselawat keatas nabi..
Subhanaallah sungguh besar ganjaran yg diberi jika kita berselawat ke atas nabi S.A.W.
antaranya:
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلمwalaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan
Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith
)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup 14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaahصلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلمbertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .
Sumber Rujukan :http://al-syahidah.blogspot.com
********************************************
Sungguh besar ganjarannya kan??marilah kita sama2 sentiasa mengingati baginda S.A.W kerana baginda S.A.W juga selalu mengingati umatnya sehingga ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda S.A.W masih menyebut 'umati..umati..umati' yang bermaksud 'umatku..umatku..umatku..
Terlalu banyak cerita tentang betapa sayang dan kasihnya nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya sehingga membuatkan cikcleo menitiskan airmata..
Oleh itu..sayangilah nabi kita..jgn hanya sekadar cakap dimulut bahawa ' yup! aku sayang nabi s.a.w '.
tapi hakikatnya..tidak melakukan apa yang disuruh..sungguh2 rugi..
dan janganlah hanya berselawat ketika maulidur rasul sahaja..
basahkan la juga bibir mu dgn zikir kepada Allah beserta selawat keatas nabi..
sesungguhnya dgn byk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W akan sedikit sebanyak membantu kita di akhirat kelak..mudah kan??tidak perlu bekerja keras..hanya berselawat menggunakan mulut atau hati..xluak ape2 pon..
oleh itu, marilah kita bersama menanamkan habit baru dengan sentiasa berselawat keatas nabi S.A.W.
Salam Maulidur Rasul..
Sekian
LOVE SO MUCH RASULLULLAH S.A.W
4 comments:
banyak sebenarnya faedah dan manfaat berselawat...
salam maulidurrasul
nice n3 to share
@BeaN MorENo
yup!!macam2 kan manfaat kite dpt dgn berselawat..oleh itu..marilah kite berselawat ;)
@http://aniesandyou.blogspot.com
thanks dear!! ;)
Post a Comment