Wednesday, February 16, 2011

GANJARAN KEPADA PENDERMA DARAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt


'Pernah menderma darah??tidak?kenapa?takot jarum?takot tengok darah?'

Haa..itu adalah alasan2 yang sering kita dengar bila sebut pasal derma darah ni.  tapi tahukah kawan2 bahawa banyak manfaat dan ganjaran yang bakal kita perolehi dengan menderma darah.baik didunia dan juga diakhirat kelak.  derma darah merupakan satu amalan yang sangat mulia kerana kita dapat membantu orang yang dalam kesusahan dan mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa seseorang..waah sungguh besar sumbangan kita hingga dapat menyelamatkan nyawa seseorang..untuk pengetahuaan semua setiap satu pendermaan keseluruhan darah (whole blood) boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa!!masyaALLAH..sungguh bahagia dengar kan.

Mengikut pakar perubatan yang telah disahkan bahawa dengan menderma darah pelbagai kebaikan bakal diterima antaranya adalah:
  1. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.  
  2. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. 
  3. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan kembali  sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan  merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang.  
  4. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini. 
  5. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga. Ini adalah benar pada golongan  lelaki yang tidak merokok yang kerap atau berulang-kali menderma darah. 

waahh...bagus kan??terdapat juga dalil2 mengenai ganjaran atau balasan daripada menderma darah ini diambil secara umum daripada sabda Rasulullah  Shallallahu 
‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar 
Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:

 “Seorang muslim itu adalah saudara seorang 
muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti 
saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong) 
hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) 
hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan 
seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu 
kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan 
barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari 
Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.” 
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Menderma darah kepada orang  Islam termasuk dalam maksud melepaskan kesusahan orang  Islam yang berhajat kepada penambahan darah. Oleh itu  orang yang menderma darah itu 
mendapat jaminan daripada Allah  Subhanahu wa Ta‘ala dengan berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, 
ditunaikan hajatnya,  dilegakan kesedihannya, ditutup 
keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia atau di akhirat kelak.

menderma darah ini merupakan fardhu kifayah dan hukumnya adalah harus selagi ia tidak memudaratkan si penderma dan si penerima.

Diharapkan dengan ganjaran dan faedah yang telah dinyatakan serta hadis yang menyokong amalan ini ia dapat membuka hati orang ramai untuk menderma darah.  dan perlu juga tahu bahawa tiada bukti yang menbunjukkan dengan menderma darah akan menyebabkan berat badan kita meningkat atau GEMOK! itu adalah satu MITOS.ia tiada kaitan dengan aktiviti menderma darah ini.

ini darah saya =)


sekian..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL =)

14 comments:

amycozzo said...

Lepas nie kita sepakat derma darah :)

Amirul Azrai said...

takut kowt derma darah..hoho

cikcleopatra said...

@AYAI
yeay ayai komen!!haha..eii dak laki kene kuat..mane ley takot2..haha.

cikcleopatra said...

@AmYcOzZo
ha camtu la..gud!!hehe.

Anonymous said...

baru 4 kali jer derma..setahun sekali jer derma darah..pas nie nk wat 2 tahun sekali lak..

cikcleopatra said...

@RuSh D
waahhh..bagusnye kamu!!!nak ikot jejak gak la..hehe.

Diari Musafir said...

Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?www.rosemujahid.blogspot.com

cikcleopatra said...

@Profesor Adab

wow!!u blog very nice...suke bace!bagus..bg kesedaran kepada yang alpa.

rayne rawt rawt said...

waaa darahhh.. :P

cikcleopatra said...

@rayne rawt rawt
haha..penah derma darah x nie??

Ieda_ishida said...

kat tmpt ida study pun ade wat derma darah.. tp sygnye ida xleh nk derma darah... sebab sakit... kurang darah dlm badan... huhuhu...

cikcleopatra said...

@IeDa_IsHiDa88
ida kene makan byk kerang taw!hati..bia tmbah darah tu ek??hee..ida study mane ek?

yayalya said...

pernah derma darah...da byk kali jg..mula2 dulu takut jg, lama2 cam seronok :)

cikcleopatra said...

@yayalya
kan!!!!mule takot..lelame waa..cam seronok..kumpul parot kesan cucuk kat tgn...muahaha.