Bismillah...
'Ya ALLAH kau selamatkan la saudara2 kami yang berada di Mesir..permudahkan lah urusan mereka disana'
Amin..
YaAllah,
Astagfirullah al'azim,
SubhanaAllah,
La illahaillaAllah,
hanya kalimah itu yg mampu keluar dari mulot cikcleo bile mendapat berita tentang pergolakan yg sedang berlaku di Mesir sekarang.
lantas tangan terus mencapai handphone dan terus SMS rakan2 yg mempunyai saudara di Mesir.
Alhamdulillah..
setakat ini mereka semua selamat..
kali ni cikcleo nak cerita sikit pasal pergolakan yang sedang berlaku di Mesir. Apa yang cikcleo tahu, pergolakan di Mesir yang diketuai oleh Mohamed ElBaradei berlaku akibat dari ketidakpuasahatian rakyat Mesir terhadap perlantikan Perdana Menteri mereka yang baru iaitu Hosni Mubarak. Mereka mengadakan demonstrasi agar rejim mubarak yang telah memerintah selama 30tahun itu berundur kerana mereka ingin kerajaan baru memerintah Mesir dan inginkan perlantikan president mereka dilakukan berdasarkan sistem demokrasi dimana mereka berhak utk menetukan president mereka sendiri.
kesan dari demonstrasi ini tersangat la terok..dimana terlepasnya seramai 6000 banduan dari penjara. betapa bahayanya keselamatan org ramai apabila terdapatnya penjenayah yang berkeliaran di kawasan kediaman mereka terutama pelajar2 Malaysia disana. kedai2 di rompak, rumah2 dipecah masuk, mesin ATM di pecahkan, talian internet dan telephone disekat, airport dibakar, terdapat kes rogol dan terjadinya pembunuhan. Ya ALLAH, gerunnya mendegarnya, mereka terputus bekalan makanan, nak beli makanan kedai dirompak, nak keluarkan duit ATM pecah. paling membimbangkan adalah pelajar siswi..
darurat telah diisytiharkan, namun rakyat Mesir tetap mahu mengadakan demonstrasi untuk mengulingkan rejim mubarak.
Penunjuk perasaan mula berhimpun lagi di Dataran Tahrir semalam-Berita harian |
Picture from teratakarmo.com
Picture from utusan |
dan cikcleo terbuka blog.ariff dan teratakarmo.com dimana ia menyeru agar para blogger dpt membantu dengan menyebarkan luahan hati seorang pelajar perubatan di Mesir,
isikandungannya adalah seperti berikut:
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know.
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita .
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia,
sila hubungi
Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Twitter: DyyaDizarch (Unavailable)
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
Nadia
So what can you do now?
- Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
- Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
- Share this on Facebook. - blog.ariff
Mari lah kita semua membantu saudara2 kita yg berada di Mesir sekarang agar mereka dapat pulang dengan keadaan selamat. Gunakanlah kelebihan sebagai blogger untuk menyebarkan dan menyampaikan msg ini agar kerajaan Malaysia segera bertindak utk menyelamatkan mereka.
dan semoga apa yg diperkatakan oleh PM bahawa kerajaan Malaysia akan membawa keluar pelajar2 Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara dpt disegerakan.
InsyaALLAH..
ALWAYS PRAY FOR OUR SISTERS AND BROTHERS AT EGYPT
1 comment:
Thanks kerana buat entri nie. Doakan moga pelajar dan rakyat Malaysia selamat kembali
Post a Comment