Thursday, March 31, 2011

Si Merah Jambu!

Assalammualaikum wbt..

Merah jambu? pink? yeww!! tak suke taw!! rase nak bagi penampor jarak jauh jer kat orang yang mengeluarkan statement cam tuh! selalu sangat dah dengar. cam bagus pulak kan. well nak buat cemana da tu pendapat orang pasal kaler tu. stereotype sangat taw!! try open your mind about this color..tak la teruk sangat pon. terutamanya lelaki!

pink kaler di anggap sangat gurly..untuk perempuan2 lembut gitu. haish..tak berkembang sangat fikiran tu. kalau lelaki yang pakai kaler pink kang ha mula la dok ngumpat sana sini. padahal pink tu just kaler jer der! bukan hape pon.

tapi bagi cikcleo. lelaki yang pakai kaler pink tu sangat2 berani! kenapa? nak taw? sebab kebanyakkan lelaki malu nak pakai pink ni. so bila ade yang pakai cikcleo akan anggap dia seorang lelaki yang berani. tapi tengok gak kat cara jalan die der. kalau kepit jer tu nan hado la! ;) *tetibe teringat sein pakai kemeja pink dalam adamaya..oh so suweet*

Ada juga yang mengatakan bahawa antara kaler peberet nabi Muhammad SAW ialah merah jambu. tapi cikcleo tak dapat la nak cari hadis sahih pasal kaler tu. so tak berani nak cakap lelebih. tapi yang pasti baginda ada memanggil isterinya Aisyah dengan panggilan 'si merah jambu'. how sweet..sile panggil cikcleo 'si merah jambu' selepas ini.mekaseh.muahaha.

cikcleo setakat ni memang suka kaler pink! setakat ni lah yer. tapi takde la obeses sangat. biasa jerk. manusia ni mempunyai sikap yang suka berubah-ubah. dulu minat biru. then pink + putih..sekarang rase cam sikit2 tertarik ngn hijau! waahhh..kaler2 kesukaan nabi takpe.ngeh3..

So temanya, jangan lah kita terlalu benci sangat dengan kaler pink tu. ingat benci2 la..nanti lama2 suka. macam cikcleo la.dulu tak suke beno dengan hijau.sekarang?????????? cam nice jer ;p

panggil aku 'si merah jambu'! muahaha.
bersama bff yang sangat terencat. sebab tu gambar ni saaannggaaatt senonoh ;p

p/s: sangat bz la da nak hujung2 sem ni ^_^'

PINK ITU MENAWAN!

Tuesday, March 29, 2011

Cam Bagus Je Dapat Anugerah Dekan!

Assalammualaikum wbt..


Tajuk nak mengelabah tak hengat kan!!! cam bagus! tajuk entry yang nak carik pasal..muahaha..Jap2..korang penah tak dalam hidup korang dapat Dean List atau singkatannya DL? atau kalau kat politeknik2 dorang panggil Anugerah Ketua Jabatan a.k.a AKJ??

waahh mesti setiap sem dapat kan!!! taw dah! tahniah. Actually bagus sangat ke student yang dapat DL nie?? what do u think?? mesti la korang nak cakap mesti la bagus! kalau tak takdenye la dapat DL tu.haish! tapi setakat mana bagusnya mereka ni? ingat pointer tinggi2 tu boleh senang2 dapat keje ke? boleh independent ker? tak di nafikan pointer juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan awal untuk bekerja nanti. tapi kalau pointer gempak nak mam tapi bile pergi interview kerja tergagap gagap macam si lady gagap tu pe kess?? wat malu jerk der!

Dalam diri seseorang individu bukan setakat IQ yang diambil kira tetapi EQ kite juga. macamane kita membawa diri kita. boleh berkomunikasi dengan baik dan sihat tubuh badan. kalau korang tergolong dalam golongan yang tinggi IQ dan EQ memang terbaik la wook.bagus!

Tapi!! jangan terlalu berbangga. sedar tak bila kita berbangga dengan diri kita sendiri secara kita tak perasan ia telah membawa kepada perasaan riak! ya Allah jauhkan la diri kita dari riak. bukan sahaja tidak disukai oleh maha pencipta malah orang sekeliling pon boleh nak muntah kalau tengok kita riak sangat. memang bagus keputusan exam awak tu. tapi tak perlu nak reveal kepada semua orang kan??? di canang kan kesana sini..tak cukup kat dalam dalam fb dan twitter. pastu dia ketuk umah jenjiran semata nak bgtaw keputusan exam nie << ok yang ni tipu,kahkah..

Bukan tak boleh nak berbangga dengan diri kita sendiri tapi cukup la sekadar mengucapkan Alhamdulillah. ade orang yang lagi hebat. bersyukur sebab Allah bagi can kat kite nak berjaya. kalau Allah tu nak uji kita sekelip mate jer dia boleh tarik balik kelebihan kita tu!

Apa-apa pun tahniah kepada yang berjaya! itu hadiah untuk penat lelah anda dalam menelaah buku2. anda layak untuk memperolehinya.  tapi ingat kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata ;)
Kepandaian anda tu bukan datang dari gen mak bapak korang tapi dari keizinan yang maha esa!



the best part ever! kan??
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH..

p/s: congratulations kepada semua rakan2 yang menerima anugerah dekan tadi. semoga ia menjadi inspirasi untuk anda terus berjaya! 

SUKA ORANG YANG PANDAI DAN TAK KEDEKUT ILMU!

Sunday, March 27, 2011

LADY GAGA KRITIK MALAYSIA KERANA LIRIK LAGU NYA

Assalammualaikum wbt..



Lady Gaga telah mengkritik Malaysia kerana telah men'censored' kan lagu dia. si lady gaga ni cakap:

'What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard.
'You must do everything that you can if you want to be liberated by your society. You must call, you must not stop, you must protest peaceably.' - Lanjut.


Haa..isu panas ni kan..ada yang bersetuju dengan si Lady Gaga ni dan tidak kurang jugak yang tak bersetuju..jom kita baca sikit bait-bait lirik lagu: 


No matter gay, straight or bi lesbian, transgendered life
I’m on the right track, baby
I was born to survive
No matter black, white or beige
chola or orient made
I’m on the right track, baby
I was born to be brave

erk?? no matter what ker? anda2 semua kesah tak dengan trans gender ni? cikcleo kesah! memang terang2 dalam islam melarang! full stop! dilaknat Allah wei transgender ni. memang lirik dia memberi semangat untuk kita terus hidup dengan pendirian kita, tapi kalau di landasan yang salah pe cer???tak rela i ohkey!

Kita di negara islam. that's why la lagu tu di tapis. lagi2 remaja kita yang senang sangat terpengaruh dengan budaya barat ni! terlalu banyak da pengaruh tu. malas nak cakap da. bukan masalah kerajaan Malaysia ni kolot, ketinggalan zaman or apa-apa la..tapi ni satu tanggungjawab!  Ada pepatah mengatakan,
"Janganlah kita meremehkan sesuatu perbuatan baik itu, walaupun hanya dengan sekadar senyuman".
Look! korang tersenarai ke dalam golongan yang meremehkan perkara baik yang dilakukan ni?? huh jangan wei..benda ni memang sah2 dilaknat Allah. tengok je la sejarah kaum Nabi Lut tu! tak kan tak serik2 kot.

Hee..kerana sebaris lirik lagu tu..macam-macam isu timbul kan. bukan taknak tengok sebaris ayat tu dari sudut yang positif. tapi..memang takda! tak boleh terima kot. rasanya bukan agama islam je melarang malah semua agama kot melarang trans gender ni.

Lady gaga tu kene buat kajian dulu sebelum bercakap la cikcleo rase. sebab nanti memalukan diri dia sendiri. dia tak paham agama orang dan budaya orang kat malaysia ni..so tak sesuai sungguh dia menyuruh remaja2 kita bangkit menegakkan kan hak. hak ape? haktuih adelah..muahaha.

p/s: kepada peminat Lady Gaga ni sila jangan hentam saya. hanya menyampaikan pendapat dan janganlah minda kita ni senang sangat dikuasai oleh barat. Waallahualam..

MARILAH MENYAMPAIKAN  PERKARA YANG BAIK ITU WALAUPUN SEPATAH

BLOG MACAM SAMPAH! ENTRY ENTAH APA-APA

Assalammualaikum wbt..

kadang-kadang tengah dok berbual dengan kawan-kawan kang terdengar la depa dok cakap.

"Blog tah hape-hape ntah, tulisan membosan kan!"
Oh~ itu perkara biasa. cikcleo pon tahu yang penulisan cikcleo ni tak sebagus Ben Ashaari, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan yang seangkatan dengan nya la kan. lagipon memang tak setanding sangat la cikcleo dengan dorang semua tu. dorang da lama berkecimpung dalam dunia blog ni sedangkan cikcleo baru sebulan jaggung (nak cakap setahun jaggung macam lama jugak ^_^')

So kalau penulisan cikcleo ni macam sampah mintak maaf la ye. kalau ade yang meluat nak baca, hmm nak buat cendana eh? tak payah baca lah kot kan?hee.itu adalah yang terbaik.

tanpa sampah tu kita takkan jadi pandai..takkan jadi hebat. makin banyak kita menulis makin banyak perkara yang kita perbaiki. ye dop?

cikcleo akui yang cikcleo masih dalam proses belajar dan cuba untuk memperbaiki mutu penulisan. sila tegur kalau ada yang tak best dan jangan lokek ilmu untuk dikongsi.

kepada yang mengatakan blog orang macam sampah tu, sila buat blog sendiri try tengok karya anda pula. mugkin meletopz mana taw kan? boleh i tumpang 2 kaki..yang tak suka baca atau menyampah atau borink! sila jangan baca. takot anda diserang sakit jantung kerana perasaan menyampah yang keterlaluan. ;)

Mekaseh.

YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG BURUK JUGA DATANGNYA DARI ALLAH TAPI DI ATAS KE KHILAFAN DIRI SENDIRI

DAPAT HADIAH HARI JADI!

Assalammualaikum wbt..

woot woot..cikcleo dapat hadiah hari jadi + menjadi followers yang ke-123..wahhh sangat terharu ohkey bila dapat! nak nanes boley??? ;p

Thanks anies bagi cikcleo hadiah tu. anies ke anies hisham tu?hikhik..so sweet..actually anies pos 2 minggu lepas. tp cikcleo baru pergi tengok peti surat tadi. berpoloh2 tiak dok selongkar surat yang beribu2 lemon tu..almaklum la dok Hostel memang cenggini. takde org nak bagitaw kalo surat da sampai. hee.

Thanks a lot anies..big hugs for you.ngee~Alhamdulillah.

p/s: tahap kemalasan megupload gambar sekarang berada di tahap cipanzi ;p

MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARI MENERIMA

Saturday, March 26, 2011

NEW LOOK!

Assalammualaikum wbt..

nampak tak? nampak? nampak perubahan kat blog cikcleo ni tak? muahaha..sebenarnya tak de niat pun nak tukar segala benda kat blog ni. just nak praktikkan ilmu baru selepas belajar dari qaseh tadi..belajar guna Adobe photoshop.huhu..seronok dapat ilmu baru! tu yang terus praktikkan tu. niat asal nak siap kat keja kertas penyelidikan menyimpang kepada penyelidikan blog and adobe photoshop..grrr..geram dengan diri sendiri!

habis la macam ni. da pandai guna photoshop. kompom dok tukar2 jer la.well sampai rambang mata nak pilih design sendirik..boley tak macam  ni? riak ke tu?haish!! tapi header tu tak santek pon. saja nak try2..nanti nak buat lagi baik!!huwaaaa...thanks qaseh qistina! sayang lebih banyak! ;)

Friday, March 25, 2011

aku REVIEW sambil SEDEKAH !

Assalammualaikum wbt..


Haa..kenal tak siapa empunya header kat atas ni??? kalau anda dari SB pasti kenal. pemes kot mamat nie. penuh dia je dekat wall SB tu.hakhak. Bekas budak poly cikcleo PSIS.eceh. dia taktaw pon. kami pon tak kenal.hee. sekarang dia dekat poly Arau. woot woot.

cikcleo suka sharing2 traffic nie. saling bantu membantu gitu! i loike. i loike la kyrul lu punye segment. sedekah2 gitu an! walaupun traffic cikcleo ni yang hado je ;p

Suka jer masuk blog kyrul ni. loading tak de hal. header cun! blog kemas. hitam putih cam tahik cicak memang semart la bro! seriously blog dia memang ohkey sangat. followers pon da 7++..

so kepada sesapa yang nak join segment bro ni. silalah klik SINI.

ADA TRAFFIC SHARE2 LA SIKIT KAN ;)

THANKS FOR BUFFERED EARNING NUFFNANG!

Assalammualaikum wbt..

Awal bulan ni cikcleo dapat banyak BE dari nuffnang! terharu mak jap noks! terima kasih nuffnang! sayang nuffnang lebih banyak..hee.


Walaupun tak sebanyak orang lain tapi bersyukur dah sebab sudi gak nuffnang bagi BE ni kat cikcleo.weee~
usaha tangga kejayaan! go nuffnang go!! antara iklan yang best tu adalah:

Taylors University Open Day March 2011 CPC S
IPTV CPC LB
MAS MH Buddy CPC SS
Maxis BB Torch White CPC LB
Sunkist Dash CPC LB
FOX Sucker Punch CPC LB
DiGi Super Reload CPC SS
Maxis HTC Maroon 5 CPC SS
Pepsico Quaker CPC SS
AMP Mix FM Breakfast Show CPC LB
Axe Police Rich CPC LB
LG Optimus One CPC SS
Burger King New Promotion CPC SS
CIMB Clicks Pay and Win CPC SS
Celcom Xpax Great Sales CPC S

p/s: kalau ada iklan tu sila lah klik! tengok dulu. tak kene bayar pon ;)

JOM JOIN KOMUNITI NUFFNANG!

CLEOPATRA ITU BUKAN AKU! CIKCLEOPATRA ITU AKU!

Assalammualaikum wbt..

Tetiba aku tergerak hati nak bercerita pasal cleopatra. aku pasti ramai yang pernah dengar nama cleopatra tapi kurang pasti dengan sejarah insan yang bernama cleopatra ini. semua ni bermula masa class sains social aku. tengah dok lecturer tu mengajar tetibe dia tanya
'Siapa Cleopatra??kenal tak??'
dan dengan sepantas kilat serta efisennya kawan2 aku terus menunjukkan jejari runcing mereka yang cantik tu kat aku..watdepish!! 'itu nickname aku jer la oi oi!!!' bikin aku nebes. sebbek lecturer tu tak perasan. kalo tak tak kenaye aku kene jawab persoalan dia satu persatu!! tak cukup dengan kawan kiri kanan aku jer. tapi yang dok nun jauh disana pon dok pandang2 aku. aisey man. terpakse la aku tersenyum2 kerang cam cleopatra sambil menahan nebes di hati..kahkah.

pesanan aku kepada rakan2 ku si shasha, pika, mat noor, wani dan yang lain-lain tu aku bukan cleopatra wei!!! tapi kalau cikcleopatra tu takpa..keke.

oraite tak pa la, aku nak habaq mai ni, aku letak  nickname cikcleopatra ni sebab nya:

First: aku kagum dengan kebijaksanaan akal fikiran si cleopatra ni dalam memerintah Mesir. beliau seorang yang cerdas sehingga mampu menguasai sehingga 9 bahasa. seorang pemimpin wanita yang berkaliber hingga berjaya memerintah Mesir dengan baik dan mampu mengurangkan kadar hutang negara mesir ketika zaman pemerintahannya iaitu ketika sebelum masihi ye. Beliau juga mampu menawan hati serta mempunyai zuriat bersama Julius Ceaser yang merupakan pemimpin empayar rom yang sangat dikagumi serta mark antony.

Second: kecantikan beliau. tapi  yang ni tak sure sangat. dulunya aku banyak dengar bahawa cleopatra ni sangat cantik dan terkenal dengan rutin beliau yang suka mandi susu. tapi ada juga kenyataan yang menyatakan bahawa cleopatra ni tak cantik kerana memiliki hidung yang tinggi dan mulut yang lebar.


terlalu banyak mitos tentang cleopatra ni. aku pasti banyak yang di tokok tambah dari orang sezaman dengan beliau kerana cleopatra ini mempunyai ramai musuh. dan pasti musuhnya tidak mahu cerita sebenar tentang cleopatra ini tersebar dan menjadi sejarah. 

Cleopatra ni dari keturunan Firaun dan sebenarnya semua wanita dalam keturunan firaun ni dipanggil cleopatra. cuma cleopatra yang ke VII merupakan wanita yang paling disegani dan berwibawa.

Aku tambah sikit 'Cik' kat depan tu untuk menunjukkan yang aku ni Malaysian. wanita melayu gitu.hakhak. yang hado yo la. so segala yang baik tentang sikap cleopatra tu diambil dan yang buruk tu buang kek longkang yo la.

kalau nak cerita pasal minah cleopatra ni memang banyak. nanti la aku buat satu entry khas cerita tentang beliau sebab memang terlalu banyak mitos tak kira yang baik dan buruk tentang si cleopatra ni.

diulang sekali yer..cleopatra itu bukan aku! cikcleopatra itu aku.lalalala..

PELAKON YANG MELAKONKAN WATAK CLEOPATRA, ELIZABETH TAYLOR BARU SAHAJA PASSES AWAY ON 23MARCH2011 

Wednesday, March 23, 2011

SEJARAH WARISAN DUNIA - LEMBAH BUJANG

Assalammualaikum wbt..

cikcleo baru balik dari educational trip to Lembah Bujang, Merbok, Kedah. dah lama tak join educational trip ni. selalu join trip yang enjoy2 gitu. tapi bile pergi lembah bujang ni..waahh sangat banyak ilmu baru diperolehi. my general knowledge become better! tak ramai remaja sekarang yang suka kan educational trip ni. mereka kata bosan. ade yang pegi pon asik sebok bergambar. bukan nak kutip segala ilmu yang diberikan. sangat2 rugi cikcleo rase.

Apa yang ada di Lembah Bujang? ok actually da lama nak kesana kerana di lembah bujang terdapat kesan candi peninggalan pedagang-pedagang dahulu kala sebelum pemeritahan kerajaan melayu melaka lagi. 

what is candi? candi merupakan kuil atau tokong! tetapi setelah kerajaan melayu melaka memerintah nama candi di tukar kepada kuil atau tokong. seni bina ni sudah sangat lama berada di kawasan lembah bujang. sudah beratus-ratus tahun lama nya.

marilah beramai-ramai ke lembah bujang untuk menghargai warisan sejarah dunia dan Malaysia khususnya. hasil peninggalan ini sangat-sangat berharga dan kita sebagai rakyat Malaysia patut menyanyangi hasil peninggalan sejarah ini. kerana kerajaan sekarang cuba untuk menggazetkan candi di lembah bujang ini sebagai warisan dunia. semoga ia berjaya!

kalau rakyat Malaysia sendiri tak menghargai warisan ni. amat memalukan. kalau ditanya apa sejarah warisan yang ada di Malaysia. boleh anda senaraikan? kalau boleh syabas! tapi kalau tidak mula lah mengenali sejarah warisan negara kita. sesekali pergilah melawat kawasan palancongan warisan. bukan hanya sibuk untuk berhibur semata-mata. rakyat malaysia sekarang semakin berpendidikan so sepatutnya kawasan-kawasan pelancongan begini sudah semakin popular dikalangan kita.

melawat dan mengkaji candi ni tiada kaitan dengan keagamaan. yang penting niat kita untuk mencari ilmu. so tiada masalah rasanya kalau niat tu betul. ye dop?? sebab itu lah sultan kedah telah memberi kebenaran semula untuk mengeskavasi candi-candi ini pada tahun 2006 setelah majlis fatwa melarang untuk mengeskavasi candi-candi ini pada taun 1995 atas sebab keagamaan. yang penting niat tu untuk mencari ilmu! 

so jom lah kita layan gambar-gambar sekitar lawatan ke Lembah Bujang ini:

kawasan ni terletak dekat dengan gunung jerai. so kawasan dia  memang berbukit.

Candi Hindhu

Candi Lembah Bujang. yang ni yang terbesar.

tour guide yang sangat bagus.

candi buddha

lagi satu candi hindhu.

sangat tekun mendengar segala penerangan

ini adalah manik yang dijumpai di sekitar lembah bujang. manik ini sangat berharga dan tiada lagi sekarang.
satu manik tu mencecah harga RM50 sebiji. makcik kayo!

lokasi seterusnya

kawasan ni baru selesai si eskavasi pada tahun 2006.

jadilah individu yang berhemah dan berilmu. kepada penduduk di negeri Kedah terutamanya. anda harus pergi ke kawasan ini kerana baru anda tahu sejarah negeri Kedah yang sangat menarik untuk diterokai.

p/s: balik jer dari trip ni terus demam kerana sejuk yang melampau semasa di dalam bus ^_^' 

TAHUKAH ANDA SEMUA KAWASAN SAWAH PADI DI KEDAH DAHULUNYA MERUPAKAN  LAUT?



Monday, March 21, 2011

JANGAN BERTUNANG LAMA-LAMA..NANTI BASI!

Assalammualaikum wbt..

Anda sekarang dah sah menjadi tunangan orang? atau bakal bertunang? atau pernah putus tunang? waahh..macam-macam kan..apa yang cikcleo nak sampai kan disini kalau merancang untuk bertunang tu. jangan lah ikat lama-lama sangat. banyak buruk dari baiknya bertunang lama-lama ni. macam-macam hal boleh jadi. bak kata orang time bertunang ni adalah waktu yang genting. kene jaga hati dan perasaan pasangan masing-masing. hati kena teguh! jangan mudah di nodai. jangan terlalu ikut emosi dan nafsu!

Ada yang sudah bertunang tapi tak tahu lagi bila nak nikah! haa tu trend sekarang. dan cikcleo tak berapa setuju dengan cara tu. bagi cikcleo setelah kita bertunang kita mesti da ada matlamat. mahu hidup sebagai suami isteri yang sah! kalau tak tak payah la bertunang. nikah terus. lagi senang dan save badget. tak gitu? so kepada mereka yang dah bertahun-tahun bertunang tapi tak da plan lagi nak menikah tu. plan la sekarang. jangan tunggu lama-lama..nanti basi!! bukan tu jer..takut nanti tunang kita tu dikebas orang. biasa la hati manusia ni bila2 je boleh berubah kan? so watch out..eceh ;p

kalau hati da suka halal kan je la benda yang haram tu! lagi afdal. dapat melindungi diri kita dari melakukan maksiat ye dop??

ape nak kawen tapi budget tak mengizinkan?? ok fine memang susah kan. sekarang nak khawin da tak macam dulu. nikah je sudah! sekarang nak kenduri bagai. biasa la tu. orang kata khawin tu sekali jer seumur hidup. faham..semua orang pun nak yang terbaik dalam perkhawinan mereka. so sebelum bertunang tu pastikan ekonomi da stabil. jangan la dah bertunang lepas tu baru nak kumpul duit. aduh longgoh la macamtu. muak nunggu wei.ahaks.

Dikesempatan ini cikcleo ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Arifah Mokri dan Alfarizal..yeay sorang lagi kawan cikcleo telah maju selangkah kehadapan. mereka selamat bertunang pada 19 March 2011. congrats dear! ingat jangan tunang lama-lama ;)



Nak buat ikalan jap..cantik tak make-up die??? very different tau! tak caya tengok picture bawah ni:


Cantik.

haaa..amacam??? kawan baik cikcleo yang make up dia. Nur Syafiqah a.k.a ika. so kepada sesape nak khidmat dia cakap je dekat cikcleo. nanti cikcleo bagi contact number dia. sangat reasonable taw harga dia! murah dan berbaloi2. pasti puas hati! ;)

SEMOGA KE JINJANG PELAMIN

HAPPY BIRTHDAY! SEMAKIN PANJANG UMUR ATAU SEMAKIN PENDEK UMUR KITA?

Assalammualaikum wbt..


Allhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada cikcleo untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. semoga diri ini jauh dari melakukan perkara2 yang dimurkai oleh Allah..insyaAllah.

Ada sesetengah orang excited menyambut ulangtahun kelahiran. tertunggu-tunggu hari istimewa itu. tidak kurang juga yang tidak mahu menyambut kerana semakin tua katanya. Alhamdulillah sekali lagi, kerana pada 20 march 2011 cikcleo telah diberi keizinan oleh yang maha esa untuk meneruskan hidup dan bertemu lagi tarikh tersebut. tarikh ulang tahun kelahiran cikcleo. jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan rakan2 yang mengingati tarikh tersebut, very2 appreciated. pergh da macam menang award pulak..wakaka..poyos..

Tapi entry kali ni memang entry serious! pernah tak kita terfikir setiap kali hari jadi kita, adakah umur kita semakin panjang atau semakin pendek? Iya mungkin semakin panjang kerana makin lama kita hidup di dunia yang fana ini tetapi boleh juga semakin pendek kerana kita semakin menemui ajal kita, yang kita sendiri tidak tahu bila.Waallahualam..

Oleh itu, hendak lah kita sentiasa bersyukur dan bertaqwa kepada Allah. semakin meningkat umur kita semakin gigih lah kita mengisi dada dengan ilmu2 yang bermanfaat. bukan masih melakukan maksiat dan melakukan kerja2 yang lagha.

May Allah bless all of us ;)

p/s : Happy birthday to may beloved brother too.ZAMRI TALIB. we share the same date! bertuah kan? dalam family kami ber2 mempunyai tarikh hari jadi yang sama. the bad thing is cikcleo tak pernah dapat hadiah dari dia!! sebab nanti dia mintak hadiah dia pulak! uwaaa..

p/s : then, thank you very2 much to my roomate, Nor Syazwani Addnan and Naqibah Harun for the cake. i like it and appeciate ;)

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI

Saturday, March 19, 2011

SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

Assalammualaikum wbt..

Hari ni cikcleo takde keje dan nak join bloglist yuyu zulaikha..sape tak kenal adek manis ni..hee..followers da 3+++..kecik cenonet orangnye..somel macam cikcleo..wahh tipu!!haha..yuyu comel cam bidadari..tu yuyu yang cakap ;p

bloglist ni terhad kepada 100 orang jer!! so cepat2!!! Klik sini untuk join.


haaa..comel kan yuyu???ewah!!! mmg pon!! i loike ;)

p/s: puh kiri puh kanan..semoga cikcleo terpilih..waaahh..kecoh minah nie ^_^'

CONTEST : EIJA HASSAN SAYA NAK HEADER BARU!

Assalammualaikum wbt..

Setelah sekian lama..cikcleo nak join contest ija! wee..support member plus mmg nak dia makeover my blog!! (mintak2 menang! puh kiri puh kanan!! eija bagi cikcleo menang!!!wakaka)..

well ija memang berbakat dalam meng 'make over blog' hee.. tak caye pegi la tengok blog die der!! klik sini.

haa somel woo budak tecik nie..
dear ija (eceh),

cikcleo teringin sangat nak ija buat header and make over blog cikcleo macam blog cik yana nie..cantek la..cikcleo suke sangat!!huhu.kalo cikcleo menang la kan T_T

then, cikcleo nak mengajak dan mengetag blogger pika, nelly, manja ..hee anda2 sile join wokeh!

Dan kepada semua especially blogger2 baru ni adelah peluang terbaik anda! let's join!

Friday, March 18, 2011

HILANG SERI KALAU JADI PENGAPIT PENGANTIN! BENARKAH??

Assalammualaikum wbt..

hyep!! cikcleo back!!hee..rase cam da 8 tahun jer tak online <<< ok tipu!;p Baru selesai majlis kahwin anak sedara cikcleo NUR AMIRA HANIM BINTI ZULKIFLI..huh tahniah dear..cepat2 dapat baby..hee. mase kenduri khawin tu cikcleo telah menjadi pengapit terjun! tetibe terkene terjadi pengapit! adei..dengan senang hatinya cikcleo menyambut tugasan tu..da lame sebenarnya teringin nak jadi pengapit..haha.kantoi!lalalala..

Punye la semangat ni..sampai suruh kakak ipar make up kan..then dia cakap
"ishk mane boley jadi pengapit tak kawen lagi! nanti lambat kawin taw! hilang seri pengantin tu"
uwaaa..yeke??tak mau la..terbantut sikit nak jadi pengapit..tapi..tengok kawan2 ramai je jadi pengapit..lex jer T_T..ade orang lain pulak kate

"jadi pengapit? cepat la kawen lepas ni"

Pulak dah??? dalam fikiran cikcleo pulak

'Ala kalau da jodoh tu tak kemane..Allah tu da tetapkan bila kita kawen, cikcleo percaya dengan ketetapan Allah..takde pulak dalam mane2 hadis mengata kan kalo jadi pengapit tu lambat/cepat kawen kan?? so chills..hee.'
Tapi jangan lambat wei!! cepat tu tak pe..longgoh lak nak tunggu jodoh tu kang. nanti anak baru nak hidup mak da nak mati..wakaka.

Dekat bawah ni cikcleo share se co'ot gambar sekitar majlis ;)

Bride with her 'uwan' and aunty.

Payung tu cantek.

no caption

kepak2 kebung2

seronok jadi pengapit nie..mane2 jer ade gambar aku ;p

Beb!! wa tunggu nasik minyak lu! cepat sikit..wa nak kawen gak..haha.

hai..bile la pulak turn aku?? bak kate raji..'tak tercabar ke anak buah da kawen dulu'..haha.
hantu kau raji.
 p/s: jangan komen hape2 pasal baju aku..mekaseh..lalala..

Wednesday, March 16, 2011

MALAYSIA MAHU LOJI NUKLEAR??PATUT KE TIDAK?

Assalammualaikum wbt..

Hari ni busy sangat sampai newspaper pon tak sempat nak bace.. tapi tadi sempat pegi baca newspaper on9..nak bace satu persatu mmg longgoh la dengan keadaan internet yang mogok tak tentu pasal ni.lembab seyh line maxis kat hostel anak buah cikcleo ni..lebeh baik dok kat hutan sintok tu lagi laju!!hahak.

Lately ni cikcleo amat tertarik dengan segala perkembangan yang berlaku di Jepun. lagi2 tentang keadaan loji nuklear die yang telah meletup satu persatu. nak nangis tadi bace berita pasal duta Jepun ke Malaysia ketika press conference. sampai menangis die sebab terlalu sedih dengan bencana yang berlaku di Jepun. T_T bahan radiokaktif nuklear telah merebak ke Tokyo..bayangkan la berapa ramai orang kat jepun tu. Kalo Tokyo darurat cemane la kan? da la situ pusat ekonomi mereka. kesan bom atom di Hiroshima pon masih ade lagi, ini pula datang lagi sekali nuklear..bertabahlah Jepun!

Ok sekarang kita kembali ke Malaysia pula. Dulu pernah diusulkan bahawa Malaysia bakal memiliki sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Tetapi isu ini berbangkit semula setelah kebocoron loji nuklear di Jepun berlaku. seperti yang kita sedia maklum kesan nya sangat terok! nak cakap lebih cikcleo bukan nye arif sangat dalam bidang nie tapi cikcleo rase semua pon tahu kesan buruk nuklear ni kan..Tun Dr Mahathir sendiri pun tidak bersetuju dengan kaedah ini apatah lagi la cikcleo ;) cukup lah dengan 4 sumber tenaga yang negara kita ada iaitu Hydro, gas, arang dan minyak toksah lah nuklear kan?

lebih baik tidak melibatkan nuklear. bukan sahaja kita tidak mempunyai tenaga pakar dalam bidang ini bahkan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di Malaysia dimasa hadapan. cukuplah kejadian di Ukrain dan Jepun ini. Banyak nyawa dah terkorban. 

walaubagaimanapun, kabinet yang akan menentukan dan kita tengoklah apa keputusannya. cikcleo menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berpandang jauh dan tahu setiap tindakannya.

anda pula bagaimana? eceyh!

MOH LAH KITA JADI INSAN YANG BERILMU.MEMIKIRKAN SETIAP PERKARA YANG TERJADI

BLOG AKU BERHABUK!

Assalammualaikum wbt..

pergh!! sehari da tak hupdate entry..rase macam da berhabuk dan bersawang je blog cikcleo ni. Baru lepas exam untuk minggu ni. minggu depan ade lagi T_T

Sekarang mahu bergegas ke suatu tempat pula. Anak buahnye kawen! ok fine..mak buah tak kawen lagi kan! die langkah bendul T_T..hee ape nak buat jodoh da sampai..sebat je lah kan. sekarang aku lak nunggu orang sebat aku..erkk??boley ke gune ayat tu? ;p

Keje banyak lagi tak settle ni!! tapi terpakse la pegi gak. ape pulak la orang kate mak sedare tak datang kenduri anak buah. padahal bukan jauh pon. tiga langkah je da sampai <<< ha ni tipu!

So, cikcleo tak taw la dapat menghupdate story2 ke tak..aku pasti merindui mu!!!bukan kay are yer..harap maklum..haha..

Then, cikcleo nak berterima kasih kepada semua yang sudi mengfolow blog cikcleo ni. cikcleo taw cikcleo baru lagi. tapi dengan sokongan anda yang tak berbelah bagi tu telah membuat kan ku terharu!!waa mekaseh byk2!!yang klik iklan nuffnang cikcleo pon terima kasih!! suka tengok BE yang tak seberape tu..jadi lah..hahak.

cikcleo akan sedaye upaya menjejak semua yang meninggalkan jejak di blog ini. tu adalah cara cikcleo untuk keep in touch dengan semua blogger dan tanda terima kasih sebab sudi view blog ini..cewah!

Oklah. banyak perkara perlu diselesaikan. miss me!! ;p

BERUMAH TANGGA ITU SUNAT ;)

Wasalam.

Sunday, March 13, 2011

MY READER FROM US! BUT WHO'S?

Assalammualaikum wbt..

Halamak terpakse gak online..ceyy..padahal ati tu mengelintis nak tengok blog..gediks punye pompuan! dei ingat sikit lu ade exam tawuk?? ^_^'

Sebenarnye cikcleo da lame muskil..ade reader dari US nie..selalu view cikcleo punye blog. boleh dikatekan tiap2 hari taw!! thanks you U! tee hee. Tapi siapakah??hmmm setahu cikcleo, cikcleo tak de lak kawan dari US..hmm ntah mungkin terlepas pandang. tak pon die antara kawan2 blogger cikcleo..tak percaya tengok ni;



Iye memang ada lagi reader dari negara2 lain..tapi tak la sekerap readers dari US (hari2 stats cikcleo menunjukkan ade reader dari US datang taw!)..aduh excited naw nak taw nih!!lalalalala..

Jika anda adalah orang yang cikcleo cari..sile lah komen yer!!!nak bagi hadiah nie..hahak..

dah tu jer..mekasey daun keladi!saye nak pegi sambung study! ;)

MENGELABAH JAP SEBAB STUDY LAST MINUTE T_T

LOJI NUKLEAR DI JEPUN MELETUP!

Assalammualaikum wbt..

pic from google

Sekarang keadaan di Jepun makin teruk.. setelah dilanda gempa bumi dan tsunami. Setelah kebakaran yang terjadi di loji minyak..dan sekarang Bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) pula meletup semalam.

sangat bahaya!!!dengan menghidu bahan radioktif tersebut boleh membawa kerosakan kepada sel tubuh manusia dan kecacatan kekal  serta kepada segala jenis penyakit seperti kanser, kerosakan otak, mengalami masalah kesuburan, bagi wanita yang mengandung pula anak di dalam kandungan boleh cacat serta beribu2 jenis penyakit lagi serta membawa maut!..sangat2 terok kan??

Harap2 Jepun dapat menangani masalah tersebut kerana ini melibatkan nyawa ramai orang..bukan sahaja penduduk Jepun sendiri bah kan negara2 yang berdekatan dengan jepun termasuk la Malaysia! Debu2 radioktif tu akan berterbangan di ruang udara dan mengambil masa bertahun-tahun untuk hilang. seperti peristiwa  kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima serta melibatkan banyak negara dan banyak orang yang telah menderita kerana bahan radioktif ini T_T

Semoga selamat semuanya. Allah itu maha berkuasa. sekali dia kata 'Kun Fa Ya Kun' maka jadi lah ia. Negara Jepun yang berteknologi tinggi itu pon menjadi padang jarak padang terkukur dalam beberapa minit sahaja dengan kuasa Allah. segala barang berteknologi tinggi ranap dan musnah sekelip mata. SubhanaAllah. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Musibah diberi kerana dia sayang kita!

Apa-apa pun kita tunggu sahaja berita selanjutnya dari Jepun kerana mereka telah menghantar anggota mereka yang terlatih ke loji tersebut. semoga mereka dapat mengatasi masalah tersebut segera.

Renung2kan dan selamat beramal..

YA ALLAH  KAU TABAHKANLAH HATI MEREKA YANG DITIMPA MUSIBAH INI

Saturday, March 12, 2011

TERPAKSA STUDY LA..

Assalammualaikum wbt...

cikcleo tak dapat nak hupdate harini..tapi tak boleh la tengok blog tak hupdate..cam tak best jerk..huwaa..
cikcleo ade ekjem selasa and rabu!!! sape ley tolong ajar ekonomi????please!! wa bongok sikit dalam hal ni T_T..

Taw tak Cemane cikcleo boley mendapat hidayah untuk study dgn tetibenye?? sebab wa mmg malas nak study!! tak suke tak suke!! ceritenye cenggini, semalam wa mimpi keputusan ekjem wa sangat teruk..tercorot dalam sejarah kehidupan ^_^'..so wa pon study la hari ni..cuak punye pasal..tapi baru study lapan ratus enambelas lima puluh empat suku setengah minit da membongkang cam nih:


Huwaaa...cendana nih????Pastu bagun tido ngadap lappy lak..nak tengok blog katenye..windu!!! hahaktuiihh...dei!! tolong la study dei!! poocik! T_T

Oh wa stress dengan tidak semene-menenya..lalalalalala...

BELAJA ITU IBADAH ^_^'

Friday, March 11, 2011

LEBIH KURANG 20 BUAH NEGARA TELAH MENGELUARKAN AMARAN TSUNAMI.

Assalamualaikum wbt..

(News from CNN and I just share here)
Tsunami Map

(CNN) -- The threat of a tsunami prompted the U.S. National Weather Service to issue a warning for at least 20 countries and numerous Pacific islands after an 8.9-magnitude earthquake struck Japan Friday.
The wide-ranging list includes Russia and Indonesia, Central American countries like Guatemala, El Salvador and Costa Rica and the U.S. state of Hawaii. The weather service's bulletin is intended "as advice to government agencies."

The quake, which struck near the coast of Honshu on Friday afternoon unleashed a wall of water that rushed in toward land, leveling houses and cars in its path.
Authorities in the U.S. territory of Guam said a tsunami could hit the island as early as 7:09 p.m. (4:09 a.m. ET). Sirens sounded in Hawaii around 10 p.m. Thursday (3 a.m. ET), warning residents they could expect tsunami waves five hours later.

The West Coast and Alaska Tsunami Warning Center early Friday issued a tsunami warning for coastal areas along the United States and Canadian west coasts. The tsunami warning includes coastal areas of California and Oregon from Point Conception to the Oregon-Washington border. It also includes coastal areas of Alaska from Amchitka Pass to Attu.

In the Philippines, the government has evacuated 20 coast areas. A tsunami could could hit by 6 p.m. (5 a.m. ET), it said.

Meanwhile, the regional government in eastern Taiwan's Taitung county canceled classes and work, but did not immediately begin evacuations.

Russia's emergency situations ministry said more than 11,000 people living in dangerous areas had been evacuated after a tsunami warning was issued for the Kuril Islands. Ships docked in open ports were heading back out to sea to avoid being hit by tsunami waves, the ministry said.

Chip McCreary of the Pacific Tsunami Warning Center said officials estimated the quake was already causing waves with magnitudes of up to 2 meters above normal sea level.

"This is a very large earthquake. We've evaluated it as about the same size as the earthquake last year in Chile. However, it's much closer to the Hawaiian islands than the Chile earthquake," he said.

The National Weather Service list includes Japan, Russia, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, Fiji, Mexico, New Zealand, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia, Peru and the United States.

Numerous Pacific islands, including some U.S. territories, are also on the list.

Friday's 8.9-magnitude temblor in Japan was the largest earthquake since a 9.0-magnitude earthquake struck the Banda Aceh area of Indonesia on Dec. 26, 2004, causing a massive tsunami that killed about 250,000 people in 14 countries and washed away entire communities. The tsunami caused nearly $10 billion in damage and more casualties than any other tsunami in history, according to the United Nations.
Tsunami waves can travel at speeds of 800 kilometers per hour. The earthquake, initially reported as a 7.8 earthquake, was upgraded to an 8.9 quake.

"When you jump a magnitude from 7 to 8, it's not 10 times stronger, it's a 1000 times stronger," said CNN International meteorologist Ivan Cabrera. "With an ... earthquake that shallow, that close to shore, there will be more than one tsunami."


READ MORE HERE

p/s: tetibe rase nervous..Ya Allah semoga lindungilah mereka..

BILA ALLAH SEBUT 'KUN FAYA KUN' MAKA JADI LAH IA.

JAPAN HIT BY TSUNAMI AFTER MASSIVE EARTHQUAKE

Assalammualaikum wbt..

Astagfirullah alazim..
Subhana Allah..
Ya Allah.

Beristighfar sebentar apabila melihat kejadian tsunami yang baru sahaja berlaku di Sendai Japan..Ya Allah semoga rakan2 kita di sana selamat..Tsunami berlaku setelah gempa bumi berskala 8.9 melanda jepun. sangat2 teruk! habis semua kawasan Sendai diliputi air laut dan menyebabkan berlakunya kebakaran dibeberapa kawasan termasuk Tokyo..tragis sungguh. Tsunami tersebut juga dijangka akan sampai ke Taiwan, Indonesia, Filipina, Hawai, Rusia sehingga lah Chile. Waallahualam..

Kawasan gempa dan tsunami

Sila klik SINI untuk melihat video dan membaca laporan selanjutnya.

RISAU TENTANG KESELAMATAN SEORANG KAWAN DISANA