Saturday, March 5, 2011

HANTU KAK LIMAH KEMBALI

Assalammualaikum wbt..

Pada 2 march 2011, dalam pukul 10.00 malam, bertempat di bilik puaka DPP Bank Muamalat Portion A, Paras4. beberapa orang remaja wanita telah membuat kejutan kepada 2 manusia yang bernama aini dan chacha.  kejutan tersebut telah membuatkan mangsa berdua ini bertukar menjadi hantu kak limah dan hantu kak jenab. ishk3..sadis sekali..mari kita saksikan kronologi kejadian tersebut.

antara ahli2 yang telah berkomplot. tudung yg dipakai itu topeng semata2..nak tunjuk baik..padahal!! (ampunkan kami penunggu gua 3x ;p)
mereka sedang menunggu mangsa!
dan mereka ini telah ditugaskan untuk memantau kedatagan mangsa!

kak limah datang!!!!!!!!!!!jerit seorang ahli (ha yang ni tipu..hahak)..seorang ahli yang sangat pandai berlakon telah memanggil mangsa untuk masuk ke bilik puaka ini..dan si magsa dengan innocent nye masuk tanpa sebarang syak wasangka! ahli2 komplot yang lain berdebar2 menanti kedatangan mangsa..dan!!akhirnya magsa masuk juga ke lembah puaka ini..dan akibatnya ini yang terjadi:

mangsa telah disimbah dengan abu kemenyan! ambik ko!muahaha..dan kedengaran suara latar menyanyikan lagu 'enjit2 semut..sape sakit naek atas' (sile nyanyi ikut melodi kak limah! terima kasih)

yeay!! mission complete!! HAPPY BIRTHDAY NOOR AINI SUAIDI - 2 march 1987! dan menjadi hantu kak limah pada tahun 2011.

ade gaya hantu kak limah x???sila angkat kening 2x tanda setuju!cepat! ;p
kak limah sangat menyerlah!!perempuan2 badget innocent telah bergambar bersama kek kak limah sebelom dikekah kan dengan tanpa rasa belas kasihan!

Dan ahli2 yang berkomplot pon menyambut dengan membedal itu kek bersama2..nyummy sedap!

kan da cakap tadi..mereka membedal ini kek tanpa rase kasihan!

Dan setelah berborak-borak..terkinje-kinje..bergossip-gossip..tergedik-gediks..terlompat-lompat..ok dah penat aku nak menaip ^_^' tibe lah masa untuk menggenakan mangsa yang seterusnya!  hantu kak jenab pulak..senarnya pada awalan si mangsa-2 merupakan ahli yang telah berkomplot bersama tetapi tanpa pengetahuannya ahli yg lain telah membetray dan cemolot kepada mangsa-2. muahahaha...dan hasil daripada menikam member dari belakang..maka ini lah hasil perolehannya:

cha2 diserang dengan abu mayat mutusami a/l mariyapan yang dok di ujung kampung.

HAPPY BUFDAY CHACHA - 3march 1986 dan menjadi hantu kak jenab pada 2011 ;p

pembelot pula dengan rase tidak bersalah telah ber 'peace' berjemaah termasuk kak limah! dan meninggalkan cha2@kak jenab ketakutan disitu.
dan inilah hasilnya! maaf gambar terpaksa di blur kan kerana dikhuatiri ade yang mimpi ngeri malam ini ;p ade gaya hantu kak jenab x?? (ampunkan kami penunggu gua 3x)


itulah dia serba sedikit cerita tentang penghuni asrama yang xade keroje..bersatu padu menyambut hari jadi teman..hahak..march oh march!!

Mereka yang terlibat dalam aktiviti haram ini adalah - sumarni, nadia, salwana, diyana, siti manisah, siti aishah, noorazwa, syarina, hafizah dan noratiqah..keke.

mereka semua bersedia untuk menandatangani kontrak jika ada yang berminat untuk mengambil mereka berlakon..muahaha..

sekian.


2 comments:

Shazrizul said...

Saya berminat utk menjadi penaja untuk cerita Hantu Kak Jenab!. Hehehe.

cikcleopatra said...

@Shazrizul
hahaha..cikcleo pelakon utama!!!!cop dulu..hahak.