Tuesday, December 18, 2012

Terfikir dan Berfikir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Terfikir..yee..aku terfikir..bila terfikir terus berfikir..selama ni aku takda matlamat dalam hidup..just follow the flows..tiada cita-cita. kalau ade rezeki dekat situ just grab..tiada impian sebab rasa tak mampu nak capai impian yang tinggi-tinggi. malas berfikir sebab berfikir memeningkan kepala aku sendiri.  But now, when my age almost 26years, i start thinking..thinking about my life..what actually i want in my life. takkan nak jadi remaja 25 years yang masih makan gaji, masih duduk bersama parents, masih habiskan masa dengan perkara-perkara lagha..i need to improve my self..berkawan dengan ramai orang. dengan orang-orang yang berjaya. yes! that's it! i need to read more because before this aku sangat2 tak suke membaca..surat khabar pun taknak baca. hish! terok bebeno. before this, aku seorang yg less confident! sentiasa merasakan idea yang aku dapat tak bernas. kadang-kadang tak berani nak keluarkan pendapat sendiri. but after i join herbalife family dan lihat kejayaan rakan2 sebaya banyak yang dipelajari. aku belajar cara nak dapatkan keyakinan diri. baru aku nampak matlamat hidup. baru terasa sangat rugi tak sedar benda-benda ni dari awal.

so, to all my readers, please doakan kejayaan aku. aku nak jadi seorang insan yang berjaya didunia dan akhirat. InsyaAllah..Teringat kata-kata my sponser yang beri makna sangat dalam pada diriku..
"Big success usually comes after the worst moment of your life that everything u plan doesn't work, everything u work for lost and every single thing in the world turn their back on you..The best results often comes after the WORST moment of your life..If this happen..get back up stronger because u are closer to your goals than anyone else. CHALLENGES is there to make you realize how strong u are".
Apapun yang kita buat dalam dunia ni ingat semua kerana Allah s.w.t..ikhlas adalah kuncinya. jangan sekali2 berpaling pada agama. diwaktu jatuh dan bangun sujud pada hanya Allah s.w.t.

Gambar Hiasan ;p


Wish me luck.
Salam =)


Resdung Improve!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

err cane nak start cerita eh..ok berdasarkan tajuk diatas..actually aku ade penyakit resdung..tapi tahap yang light2 je la..setakat kalau kena habuk pastu bersin tak henggat dan terus selsema tu memang aku la..sebab tu mak aku malas nak suruh aku buat keje kemas-kemas yang berkaitan dengan habuk-habuk ni..hihihi..*lega*. Hidung aku tersangat sensetif dengan habuk. kalau terpaksa buat kerja2 mengemas ni aku kena jadi ninja..tutup hidung dengan mulut pakai kain. pastu pakej main lawan pedang..hehe..tu tipu..dan aku agak allergic dengan udang. kalau makan udang nanti mula la  mulut gatal-gatal pastu nak naik bintik2 kat area mulut..dulu tak pun..2 3 tahun kebelakangan ni baru jadi..da la aku hantu udang..memang aku balun jer..ade aku qesah..cacat sementara takpa, asal dapat makan..erk -.-'

Tapi haritu aku tersangat rajin nak kemas bilik yang tersangat super sepah tu kepada gurly bedroom. siap pergi Ikea beli perabut..almaklum la aku sekarang ni buat partime as personal wellness coach. so aku kene ade satu workplace dekat rumah..memudah kan aku membalas semua pertanyaan customer dan promosi.

So benda paling penting adalah dapatkan kerusi dan meja kecil untuk bilik yang kecil ni and i got what i want!! cuma chair tu je terpaksa tukar sebab color yang aku nak xde..sedih gile! but never mind..

Penat aku mengemas sorang2..angkat perabot sorang2..berhabuk sorang2..adei berpoloh-poloh..tapi yang aku noticed, aku langsung tak tutup hidung aku ala-ala ninja tu taw..and langsung tak bersin sepanjang proses kemas mengemas tu!!!!! waaa..improvement yang sangat bagus! Alhamdulillah..One more thing, dari pagi sampai ke malam tak makan ape pun, breakfast and lunch dengan F1 Shake Nutrition Mix and teamix saja..awesome! kalau dulu xmakan siap la mengigil tak boleh nak buat keja da. But bagus eh shake ni..dalam pukul 9 malam macamtu after siap kemas2 baru la menikmati makan malam...lambt! but perut sangat nice..tak meragam and energy memang superb la..sebab lepas dok kemas-kemas tu boleh lagi reply pertanyaan customer dekat fb.hewhewhew.Thumbs up pada teamix lemon & hibiscus ;)

Inilah hasilnya setelah seharian habis kaki dan badan2 sakit selama satu hari..but no problem..i like it..after ni bole cat kaler pink..dan semua nya nak pink la..agaga..

My new workplace!!I love my desk..kecil dan comel..

jimat duit.pakai barang-barang yang terpakai sajo.

Step  by step..one by one..semoga Allah murahkan rezeki..dan tolong doakan kejayaan saya ye!! =)
anyone yang memerlukan personal wellness coach untuk menurunkan berat badan atau improve resdung macam aku..just let me noe..coaching free, i love to share my knowledge.. whatsup 0123553059 or just leave ur message at my fb inbox.. ;)

Salam.

Monday, December 10, 2012

Malaysia VS Thailand

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum wbt..

Aku tengah demam bola ni..Piala Suzuki 2012..semua tiket game dekat Bukit Jalil aku dapat free. Tapi game yang aku pergi hanya lah game Malaysia VS Thailand..sebab ade pakwe nak tolong amik dan drive pergi SBJ tu..hihi..tiket aku support sepenuhnya.eceh..kemain kau temah oi.



Thanks to my beloved cousin abg, ucop and sara kerana sanggup kutip aku, adik and kakak aku kat bangi..sayang korang ketat2..tengok bola sambil makan ramai2 dalam stadium tu mmg best! walaaupun lambat kan! kiteorg sampai SBJ lambat because of traffic jem! jem lebat tambah dengan hujan lagi semalam, ku gagahkan juga diri untuk ke SBJ.kerana mu Harimau Malaya..hihi.sampai je stadium aku da tingtong sebab nak carik seat dah takde..bahana datang terlalu lambat! so memang tak la kau nak duduk dekat seat kan!! tapi dapat port baik punya..adk beradk aku dengan cousin aku siap dok bersila lagi sambil makan beger, bihun, jambu batu, kuaci..haaa santai sgt! sampai nak tercekik la aku..tengah sedap ngap beger..matyo sumbat gol!! mmg tersumbat la kerongkong aku dengan daging beger tu..terus aku simpan beger tu..pastu terjerit-jerit..bhahaha..

mamat ni..gol ke x ke..keje die melantak je..haha. this is my 'abg'. kazen paling kamcing  ngn aku.

orang lain da tukar jersi baru..temah still dgn jersi lama..ade die kesah? ;p


Bila dekat stadium aku rase kurang nebes sikit nak dibandingkan tengok bola dekat rumah, maybe sebab ramai penyokong lain kan..so semangat tu lain sikit ^_^
Penyokong Malaysia ada best ada yang tak..yang tak sebab ade mamat sebelah aku ni xley tengok player malaysia buat salah sikit..nak mengondem aje nye keje die..sakit je telinge aku ni dengar..meleleh jer taik telinga..eh! ;p

Btw semalam harimau malaya main not bad la..walau seri tapi aku tetap puas hati. semoga mereka dapat terus meningkat kan kualiti permainan. tutup mulut si gajah perang yang sangat bongkak itu! hihi..


view from my seat..seat ke?

Balik rumah terus rebah..mengantuk kemain kau! penat sangat sebab aku buat macam2 benda satu hari tu..memang rase nak MC dah pagi ni..tapi gagah kan jugak la..sampai la aku minum teamix lemon dan hibiscus herbalife terus ada balik energy!! aku agak terkejut la..sebab sebelum minum tea tu..badan tersangat lemah. siap da plan nak tido kat opis lagi. tapi pekene je teamix tu seriously segar!!!!sampai petang ok! memang aku terasa sangat perbezaan consume teamix herbalife dgn tidak. kalo aku x amik teamix, lepas makan harus terhanggok-hangok ngantok tahap dewa. tapi kalo consume herbalife ni aku kalo ngantok pun masih boleh kawal..ngantok2 manje gittew. ;p

so meh la try herbalife..berbaloi2..kalo berminat nah contact number ni..consultant yang baik sgt! boleh coach orang untuk menurun atau menaikkan berat badan lagi..nama die Cik Atiqah - 0123553059. ;)

Ok tetiba terpromote Herbalife..takpa bak kata kawan baik aku naha..'benda baik kot!'.

eh baru perasan pic ucop ngn sara xde..almaklumla kang kalo aku upload pic depa, depa mintak dwet royalti..barang baik la katekan..puuii..haha.

oraito!
bye-bye.
GO HARIMAU GO!!



Wednesday, November 28, 2012

Hotel Putra Iskandar, Seri Iskandar, Tronoh, Perak

Bismillahirrahmnirrahim...
Assalamualaikum wbt.

Oraite disebabkan rating pasal Hotel Putra Iskandar, Seri Iskandar ni begitu tinggi dan jadi popular post plus ada yang bertanya pasal no telefon dan sebagainya plus lagi hotel ni tak ada website. dan aku juga paham yang kawasan situ sangat payah nak cari penginapan terutama bila musim nak konvo or student nak follow up research depa or nak register masuk. So sebagai seorang manusia yang dulu pun ada masalah nak cari or search pasal hotel-hotel ni aku telah sedaya upaya carik balik no telefon hotel ni..ternyata payah jugak. But lastly jumpa..then aku call dan tanya beberapa soalan pada receptionist tu. so, hopefully details aku bagi ni boleh membantu. Ade sedikit perubahan pada harga bilik yang telah aku papar kan pada entry lama dulu di SINI. Lets Check out:

Contact No. : 

05-3713900

Address : 


25-26, Psn Dataran Perdana 2,
Jln Tronoh,
32610 Seri Iskandar,
Perak

Room rate : 

Standard Room : RM90.00
Superior Room : RM110.00
Deluxe Room : RM130.00
Family Room : RM140.00
Eksekutif Room : RM160.00

Semoga entry ini cukup membantu anda ye..pihak hotel kene bayar komisen lebih kat gua ni..agagaga..

Bye-bye =)


Friday, November 23, 2012

Pray For Gaza and Save Gaza..

Bismillahirrahmanirahim..
Asalamualaikum wbt..

"Ya Allah..Kau lindungilah saudara islamku di Gaza..kau bantulah mereka Ya Allah.."

Sedih, Geram, Marah, Terkilan semua ada..tatkala tangan menyelak surat khabar..air mata terus menitis melihat kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza yang tidak berdosa. semakin ramai kanak-kanak dan wanita menjadi sasaran. Terus tangan diangkat dan doa dipanjatkan pada illahi agar saudara2 ku di palestin tabah menghadapi dugaan ini.

Jauh disudut hati ingin saja aku pergi membantu, membawa mereka ke malaysia yang aman damai ini. hidup di negara ku ini. tapi apakan daya. hanya doa, sumbang dan boikot saja mampu aku lakukan dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka dan menghentikan dana kepada israel laknatulah itu. terfikir mana perginya pemimpin2 islam didunia ini. mengapa mesir memberi ruang untuk tentera israel menyerang Gaza sedangkan kita sama2 negara islam ;'( sungguh kecil kuasa orang islam di dunia ini hingga tidak mampu membantu saudara seislam sendiri.

Alasan yang digunakan oleh Israel untuk menyerang palestin sungguh tak rasional!! tentera hamas memang menyerang israel di sempadan gaza..tapi sebab apa??? sebab mereka mahu pembebasan dan tidak mahu tanah mereka dijajah serta diceroboh!!!!!! negara barat seronok menyokong israel terutamanya Barack Obama! terang-terangan memberi kenyataan bahawa itu hak israel untuk mempertahankan diri. tapi pemimpin dungu ini tak fikir tentang hak penduduk palestin yang dahagakan kemerdekaan dari dulu, tak sedarkah bahawa tanah palestin semakin hari semakin kecil atas jajahan israel??? Astagfirullahalazim...boleh menitik air mata ni jika terkenangkan nasib penduduk Gaza.

Itu kisah di Gaza..di Malaysia pula lain ceritanya..sibuk orang Israel menyerang Palestin. kita sibuk dengan isu Boikot McD..Frankly speaking, itu hak anda sama ada mahu makan atau tidak McD tu. Bagi aku, selagi aku termampu untuk membantu dan menyokong saudara di palestin aku akan lakukan. setakat memboikot dengan tak makan McD, Nestle, Coca-Cola tak mati pun! Benda ni nampak remeh bagi sesetengah pihak sampai di isukan pula. Masing-masing berdebat mahu menegakkan pendirian masing2..memang tak berdosa tak makan semua ni. ini bukan soal dosa atau apa-apa je. ni soal KEMANUSIAAN! kita tak sedar yang sebenarnya tanpa kita tahu sedikit dari keuntugan McD tu telah disalurkan pada Israel. Sanggup pulak kita tengok israel terus-menerus membedil Palestin sebab sumber kewangan yang tak pernah putus dari kita. Waalahualam..jauh bezanya pergi berperang sendiri di Gaza dengan berperang nafsu untuk tidak makan McD di negara yang aman damai dan kaya dengan pelbagai jenis makanan lain. Takkan tu pun tak mampu untuk dilakukan?? fikir-fikirkanlah.

*oraite, actually entry ni ditaip sebelum gencatan senjata dilaksanakan. terhenti di 3/4 jalan kerana urusan kerja yang tiba-tiba sibuk kemain!hihihi..well now Alhamdulillah, saudara kita di Gaza kembali selamat. Aku berdoa sangat yang mereka terus selamat. mudah-mudahan..walau aku tahu kisah sejarah Islam sebenarnya. Islam akan selamat apabila turunnya seorang nabi Allah, Isa AS yang bakal menyelamat umat islam dan islam akan menang jua suatu hari nanti dalam peperangan dan waktu itu nanti kiamat sudah tersangat hampir dengan kita. Adei..meremang pulak bebulu rome nih..so ayuh tingkatkan ibadah dan always pray for gaza.*

Wasalam..


Thursday, October 11, 2012

KALAULAH DIA TAHU...SEKEPING KERTAS INI ADALAH UNTUK DIRI NYA..

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, 10 Oktober 2012. Sebuah kereta buatan Malaysia menyusur laju dari Jitra ke Sintok kerana ingin menghadiri Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Utara Malaysia. seorang gadis berbaju kurung moden dan shawl warna merah jambu yang akan bergraduasi pada hari ini. Dia hadir ke Majlis itu bersama keluarga tersayang.

"Belajar rajin-rajin tau, nanti dapat masuk U Ambil duit ayah dalam bank tu buat belanja belajar". kata seorang ayah yang sedang tenat 7 tahun lalu kepada anaknya perempuannya. Ayah yang sedang nazak terbaring lesu di atas tilam itu juga sempat berpesan pada isteri dan juga rakannya agar dikeluarkan duit simpanannya di dalam bank untuk anaknya yang baru mendapat keputusan SPM itu. Tapi...permohonan anaknya untuk ke Universiti tidak berjaya. hanya politeknik yang menawarkan tempat. Demi untuk menjaga hati ayahnya yang sedang tenat itu, anak pun berkata yang dia berjaya masuk ke Universiti. demi untuk melihat ayah gembira dan impian ayah tercapai.

Gadis berbaju kurung moden merah jambu itu cuba untuk menahan sebak didada, menahan sebak agar air mata tidak jatuh. tidak mahu solekan tipis di mata tercemar dan tidak mahu orang di dalam kereta perasan! cepat-cepat memori 7 tahun lalu dipadam dan dialih pada perkara yang menggembirakan agar air mata terhenti! sambil jarinya laju menaip sesuatu di blackberry miliknya.

Sampai di pintu gerbang Universiti Utara Malaysia. kereta terus menyusur menuju ke Dewan Muazam Shah. hati berasa tenang. tidak gementar seperti hari semalam. Para graduan berkumpul dahulu di Dewan Tan Sri Omar untuk mendengar taklimat, kemudian bersama ke Dewan MAS. Blackberry nya berbunyi. Ada seseorang yang BBM. BBM itu berkaitan dengan apa yang telah gadis itu taip semasa perjalanan ke UUM sebentar tadi. BBM itu memberi kesan tapi cepat-cepat dia menutup semula messenger tersebut! Setiap langkah menuju ke Dewan MAS, hati terasa sesuatu. terasa sayu. Perasaan itu semakin kuat tatkala kaki melangkah masuk ke dalam dewan dan seterusnya duduk di tempat yang telah dikhas kan.

Gadis itu membelek lagi blackberry dengan cover merah jambu nya itu. Lagi sekali, ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya yang berkaitan dengan sesuatu yang ditaip semasa perjalanan ke UUM tadi. Kali ini, dia sudah tidak dapat menahan perasaan. Dia duduk diam tidak bergerak kerana tidak mahu rakan disebelah perasaan yang air mata hampir gugur. Hati terlalu sedih dan sayu! acap kali cuba untuk buang jauh-jauh perasaan itu. 

Fikiran menerawang jauh teringat arwah ayah. Ayah lah sebenar-benarnya insan yang banyak memberi motivasi dan semangat. Ayah lah penyebab dia melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Janjinya pada arwah ayah sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir tercapai jua. 6 tahun dia belajar demi mendapatkan segulung ijazah. harapan ayah melihat anak ke menara gading tercapai jua. Sebab itu dia sebak! Alangkah bahagianya dia rasa kalau ayah tercinta bersama meraikan kejayaan itu. Ingin dia nyatakan bahawa sekeping kertas ini adalah untuk ayah!

Ah..perasaan tidak boleh terus dilayan! nanti hilang pula seri diwajah. Senyum..dia terus tersenyum untuk menghilangkan duka kerana sebentar lagi dia akan berada di atas pentas untuk menerima segulung ijazah. Walau ayah tiada lagi didunia ini. tetapi ayah sentiasa berada di hati.
"Finally, after a years, today is the day..ayah, kalaulah engkau tahu, sekeping krtas ni adalah utk kamu. walaupn ayah tiada disini but u still in my heart. Al-fatihah."
Ayat itu lah yang telah menyentuh hati rakan-rakan BBM dia. Dan itulah yang sebenarnya dia ingin luahkan. 

Kepada Arwahyarham Talib Bin Yusof..ketahuilah bahawa anakmu sangat berbangga kerana memiliki dirimu sebagai ayahnya. dan kepada Hapsah Binti Hashim, terima kasih mak sebab sentiasa support anakmu untuk terus menuntut ilmu. anakmu ini tahu ramai yang mempertikaikan niat ini untuk sambung belajar kerana kondisi kewangan keluarga kita. tapi mak sentiasa support untuk terus belajar hingga peringkat tertinggi. hati nak sangat sambung lagi. tapi terpaksa ditahan kerana masalah kewangan. Dia tahu dia bukanlah dari keluarga senang, yang dimana parents boleh support untuk belajar. Berpijak pada bumi yang nyata. mungkin sekarang belum masa nya tapi suatu hari nanti InsyaAllah. 





Al-Fatihah untuk Allahyarham Talib Bin Yusof.


Monday, October 8, 2012

Katakan Tak Nak Pada Rokok - Tips Berhenti Merokok.

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Tadi aku dok la selak-selak paper metro..pastu mata terhenti pada m/s 3..hmmm very good advertising!

"80% MANGSA KANSER LEHER ADALAH PEROKOK"
"90% MANGSA KANSER PARU-PARU ADALAH PEROKOK" 

So, berhentilah merokok sekarang!! dekat iklan tu ada beri beberapa tip untuk berhenti merokok, aku just nak share tip-tip ni kepada perokok-perokok di luar sana. Meh baca jap.


  1. Kunyah gula-gula getah dan buah-buahan tapi elakkan benda manis.
  2. Basuh tangan kerana tangan basah mengelakan anda memegang rokok.
  3. Mandi dengan kerap.
  4. Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.
  5. Alihkan perhatian anda dengan bersenam.
  6. Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.
  7. Lengahkan masa sekurang-kurangnya 5minit sebelum menyalakan rokok.
  8. Minum air masak. Elakkan minuman berkafein.
  9. Sibukkan diri untuk mengalih perhatian dan melupakan rokok.
  10. Elakkan diri dari tempat ramai orang merokok
  11. Pilih tarikh untuk berhenti merokok dan berusaha ke arahnya.
  12. Dapatkan bantuan daripada perkhidmatan berhenti merokok yang berdekatan.
Haaa..acanner? okey? boleh? selamat beramal yer!! jangan dok membazir bakar duit tu lagi..gud luck =)

Bye!


Wednesday, October 3, 2012

#Kawan2 yang kita suka - Nur Syafiqah Mohd Gawus

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Orang panggil dia ni ika jer..tapi kadang-kadang aku panggil je dia ni senah @ jemah.
Budak-budak ni cakap dia macam makcik. tapi aku rasa takde pun! die cute kot !hahaha..
Aku kawan dengan dia ni sejak mata aku celik di dunia. aku taktau bila aku mula berkenalan dengan dia sebab bila aku hidup je memang aku dah kawan dengan dia. sebab kami ada bau-bau bacang. kira sedara jauh tapi berkawan baik. dari kecil sampai besar bersama. dia lah jaga aku dari tadika sampai ke sekolah rendah dan sampai lah sekarang. dulu kami macam belangkas..nama pun nak sama..atiqah dan syafiqah!
ke mana2 je nak bersama. sampai suatu masa kami masuk sekolah rendah time tu darjah satu. ditakdirkan kelas kami lain-lain. kau tau aku boleh buat perangai masa tu! Aku menangis dan tak mahu ke sekolah sebab kelas kami lain..Hamaigad!! terpakse lah ayah aku mohon pada cikgu untuk tukarkan kelas..damn it. malu pulak bila ingat balik! haha..pergi sekolah sama-sama naik moto ayah aku..weng weng weng..best!

Tapi lepastu masuk darjah 3 kami jadi rengang. ye la masing2 dah ade kawan lain. sebab kelas kami dah lain. dia pandai sikit dari aku mase tu. masuk lah kelas pandai. aku yang lembap padan lah muka..haha..tapi tu dulu k! sekarang dah sama! setelah aku tewas A dlam UPSR dan PMR..finally aku berjaya kaut lebih A dalam SPM..hoyeay! hahaha. sebab kami selalu dibanding-banding dalam peperiksaan besar taw! sekarang 2 2 pun da berjaya mendapat segulung ijazah. dia lepasan UIAM sekarang bekerja di tengah kota KL.

Kenapa aku mulakan cerita aku dengan minah ni ye?? sebab dia paling tua antara kami! 2 Februari 1987.
sebab tu macam makcik2 kot! Eh mulut kau temah! hahaha..actually xde pun macam makcik..dia ibarat ibu. mungkin sebab dia anak sulung, sifat keibuan tu terserlah. sangat penyabar orangnya. keyakinan diri sangat tinggi. seorang yang rajin bekerja dan pandai mencari duit! kadang-kadang mulut dia laser jugak! dan kalau kau nak tau senah woi..aku jadi laha sebab belajar dari kau taw. dulu aku sering jaga hati kawan-kawan tapi kawan-kawan tak pernah nak jaga hati aku. men melaha jer..tapi sampai satu tahap aku berfikir sampai bila aku nak bersabar..then start dari kau senah aku memberanikan diri. setiap kata-kata kau aku bidas kalau tak betol. ade aku kesah??haha.

Ika ni sangat peramah, berani dan muka tak tahu malu.haha..anak solehah..senang cerita dia sangat sesuai untuk dijadikan calon isteri. isyaAllah akan menjadi isteri yang mithali. kalau kitorang berpiknik ramai-ramai pun dia lah tukang kemas dan dia tak pernah merungut taw! dia seorang yang sangat penyabar dan tak kesah..tapi satu je masalah dia ni..dia sedang mencari cinta dan cinta itu masih belum ditemui..ececeyh..dia juga selalu disenangi oleh para ibu kerana sifat dia yang ringan tulang dan peramah tu..ke sebab dia pun macam makcik2 eh??haha..

Ika mempunyai suara yang lunak..thats why dia suka sangat berkaroke..dan dengan suara yang lunak itu beliau telah memanfaatkan kelebihan itu pada sesuatu yang bermanfaat. dia seorang emcee..kalau ade siapa-siapa nak pakai emcee boleh lah hubungi beliau. tak kira untuk wedding atau apa-apa event sekali pun. QIYASARI WEDDING EMCEE atau boleh hubungi 012-3990219. eh terpromote bisness pulak! haha. kena bagi aku komisyen ni woi kalau dapat job! hihi. kalau nak cerita pasal perempuan ni memang kene buat part 1 till 5 kot.haha. oh ye..dia ade blog jugak tau! ce la tengok ape yang die carutkan tu kat SINI..haha.


For u ika, I always love u and always by ur side..aku sentiasa mendoakan agar kau dikurniakan jodoh yang terbaik. kau sangat layak mendapat yang terbaik. kau seorang kawan/pendengar/penasihat/kakak yang baik. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. terima kasih sebab sudi susah senang dengan aku. Nanti kalau da kahwin kau jangan lupa kami!! #eh :')

p/s: sila kurus dengan cepat!

Bye!




Kawan-Kawan Yang Kita Suka =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Kenapa kita nak berkawan dengan dia? korang ada sebab tak kenapa korang  nak berkawan dengan kawan-kawan korang? aku tak pernah terfikir pun kenapa aku nak berkawan dengan kawan-kawan aku sebab aku just berkawan.

Tajuk aku tu macam tajuk sebuah teater kan? teater mini jer yang penah aku tonton bersama kawan-kawan yang aku suka suatu ketika dulu..dan melalui teater ni la baru aku tersedar yang sebenar aku kawan dengan diorang sebab aku suka! ye! sebab aku suka la aku nak kawan! kan?? ade ke orang kawan dengan orang yang die xsuke?? tapi zaman sekarang tak mustahil jugak kan?? huhu..

Dulu aku pernah cerita pasal kawan-kawan aku..kawan-kawan baik aku..ade yang da kahwin pun. Tapi one by one hilang bila dah kahwin..bukan hilang apa..cuma hilang nikmat menjadi bujang yang dapat hu ha hu ha tak tentu hala tu jer ;p

Bila dah kahwin sah2 lah mereka ade tanggungjawab pada pasangan masing..itu adalah lumrah kita dalam menjalani kehidupan di bumi Allah...baby-remaja-dewasa-kahwin-dapat baby-tua-mati. tu lah kitaran hidup kita!

Aku tak pernah story pasal kawan-kawan baik aku kan??kalau cerita pasal dorang memang banyak kot. aku ingat nak buat tribute pasal dorang one by one..ye aku taw ade korang kesah??tapi aku suka bila aku dapat bercerita pasal dorang..they make me smile ;)

Oh ye..kawan-kawan aku ni semua single taw! sometimes we love to be single because we can spent our time together without any commmitment with others. Tapi...sampai bile kan ;(
So..kot-kot dengan cerita aku pasal dorang ni..tersangkut pulak uolls dengan dorang kan best!hahaha..

Tapi...langit tak selalunye cerah..sangat menyakitkan bila kawan baik kita sendiri putuskan hubungan atas sebab yang kita sendiri tak tahu. bagi aku seorang kawan yang baik. kita harus berterus terang setiap apa yang kita tidak puas hati agar ia tidak terus terpendam dan menjadi nanah. dan sangat rugi bagi mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan terutama teman karib. bukan saja dimurkai Allah bahkan dibenci orang.
Tapi ade aku kesah??hahaha..yang penting aku ade kawan yang aku suke! susah senang..gelak tawa semua bersama..InsyaAllah..





Dear My  Friends,
Please...jaga lah relationship kita sebaiknya..
Jangan biar anasir-anasir negatif mempengaruhi kita..
Jangan dengar kata-kata orang lain lebih dari kalangan kita sendiri..
Jangan pernah ada shak wasangka antara kita..
Jangan pernah mengungkit dengan setiap kebaikan yang ada..
Jangan terlalu berkira dengan wang ringgit yang ditabur..
Tegurlah setiap tingkahlaku yang buruk..


p/s: Anyway..Congratulation to my dearest friend Nur Hafizah Abu Bakar sebab akan berkonvokesyen pada 6.10.2012 di PICC..

Bye!
Love U!



Tuesday, October 2, 2012

Tips Shopping Di Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Tadi kan..aku saje la dok view statistik..again!! story pasal langkawi yang sudah berabad lalu menjadi tarikan..eh bukan pasal langkawi jer..tapi semua entry pasal holiday statistik tinggi! and actually pasal langkawi dulu nak update part 3 tapi tak jadi sebab terdapat kekecohan dalam hidup sekejap.agaga..kecoh la sangat! sebenarnye dah ade niat nak share pasal tempat shopping yang menarik di langkawi tapi tergendala. so di pagi yang indah ini izinkan saya share dengan semua!! ececeyh..

1) Pinggan Mangkuk
untuk mendapatkan pinggan mangkuk yang cantik macam porceline (betul ke tidak spelling ni) dan macam-macam lagi la aku cadangkan pergi terus ke Idaman Suri. harga dekat sini lebih murah dan pilihan lebih banyak taw!

2) Coklat
untuk coklat pulak disarankan pergi cari di Haji Ismail Group. macam-macam jenis coklat ade..sediakan duit je. harga takde la semua murah dekat HIG ni..depends jugak pada coklat. contoh masa aku nak beli coklat Daim haritu. dekat HIG RM14.90 tapi aku ade jumpe dekat kedai lain RM13.90 tapi coklat2 lain HIG lagi murah. so..pandai-pandai lah..

3) Kain Batik
Untuk kain-kain sarung ni, setelah aku tanya kawan-kawan aku yang duduk di langkawi mereka menyarankan untuk borong di Beras Terbakar..tapi mak cakap lebih kurang je harga dia..muahaha..maybe anak jati langkawi lebih arif kot. tapi dari pandangan aku. dekat beras terbakar banyak pilihan! so takpayah nak penin-pening kepala..pergi je la sana..ngeh3.

4) Gamat
Ok. bagi segala jenis produk yang berkaitan gamat pula, aku pergi ke Nusantara. situ macam-macam pun ada..tinggal pilih, ambil dan bayar jer. situ banyak pilihan!

5) Rokok
Actually rokok harga sama jer dekat mana-mana dalam langkawi ni..tapi member aku kata kalau nak murah lagi carik dekat kedai-kedai runcit kecik-kecik tu je..situ harga lebih murah. let say harga 1katon RM47.00 tapi dekat kedai runcit kecik2 ni boleh dapat RM45.00 1katon.

Hmm..rasanye lima item ni je kot yang terhangat di Langkawi..huhu..dah habis idea sebab aku pergi langkawi 5bulan yang lalu..sekarang dah ingat2 tidak dah..at least aku boleh share something yang boleh memudahkan korang..so takpayah dah korang nak tercarik-carik dan membanding-banding kan harga lagi kat sana..buang masa je kan. oh ye..kalau korang balik hari je and beli barang2 banyak..korang kena tax taw! tapi kalau duduk berhari-hari takde masalah cume simpan tiket flight atau feri korang masa datang tu jer.

hope entry ni membantu lah..enjoy and happy shopping! ;)


WOW!!! Ramainye yang view!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Saje la pagi ni bukak blog ni..tengok-tengok statistik kejap..al-maklum la cikcleo ni kan da lama gila tak update blog..jarang-jarang..kadang-kadang gittew..ada ke tidak yang nak membace nye lagi?? ke dok syok sendiri aje nye cikcleo senget ni..

Wow!! tanjat beruk gegurl bile tengok statistik..bulan lepas bape kerat je story gegurl update..tapi reader lebih 1k..hmm kire ok la tu kan bagi orang yang malas nak mengupdate cam gegurl ni..eh jap cikcleo jap gegurl...sah gedik! heee..

So temanya lepasni aku kene mengrajinkan diri untuk mengupdate sebab ada yang membaca..tak gittew??puuiii...ni kire perasan ke ha??lalalala..

bye sayangs! 
love u! ;p




Friday, September 28, 2012

BRACES: Selepas Setahun Bergigi Besi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.

Search pasal braces??pendakap gigi??
Haa..tu lah rating tertinggi kat blog cikcleopatra ni..
aku dulu macam korang jugak..before pakai natang ni nak buat research dulu..bukan nak membabi buta je pakai..ye dop??mesti korang nak tau price, klinik mana yang offer harga terendah, better service semua, lepastu nak tahu step dia semua kan? aku tahu ler..sebab tu sume keje aku dulu.hehe.

Now da 1 year aku pakai..Alhamdulillah..takde masalah pun..just klinik yang aku langgani tu (errr boleh ke gune ayat laggani tu??lantaklah..haha) lembap sikit because da semakin ramai patience die..dokter ortho pulak sorang je..kadang2 aku bengang gak sebab sometimes tu kene tunggu sampai hampir 2 bulan untuk next appoinment..aduyai..lambat la gigi aku nak gerak gamaknye kan..terpakse la kawin dengan braces cenggini..#eh haha.

Oraite..so far so gud..most of my friend cakap gigi da teratur dan kedalam..haha..Alhamdulillah..tengok la hasilnya selepas setahun..penat aku tayang gigi ni..sungguh-sungguh aku nak jadi kan gigi aku tu subjek utama dalam gambar ni...dah macam itik je aku tengok..tapi untuk uolss tak pe la..terima la aku seadonya..

ni baru je keluar dari dental clinic terus snap gambar dengan o-ring biru with my gigi rabbit ;p
kalau nak tengok perbezaan dulu dan sekarang sila lah ke SINI..lagi buruk!!!malu pulak bila tengok balik..haiya..naif nye aku bergambar..haha..agaknya bila aku da bukak braces ni nanti cane lak la post aku..kehkehkeh.

Oh yea..nampak x macam ade getah kaler cream yang kiri kanan tu?? haa..yang tu motip nya untuk mempercepatkan pergerakan gigi aku ni..skrang gigi bawah tinggal sikit je lagi ruang untuk dirapatkan..siang malam la aku pakai..dan selama setahun jugak aku xdapat dipisahkan dengan pencungkil gigi dan juga listerin! setiap kali lepas makan wajib mencungkil sebab makanan salu tersekat..selagi tak tengok cermin lepas makan jangan harap aku nak borak sakan dgn korang!!hihi..

Ramai orang cakap pakai braces senang kena ulser kan??tapi selama setahun aku pakai braces sekali je aku kena ulser uolss..punye la aku berjaga-jaga..pantang aku banyak cakap!! kompom ulser..haiya..tapi dengan listerin semuanya selesai.ececeyh..aku kumur dengan listerin paling pedas tu..insyaAllah ulser xjadi dan mulut rase segar bugar ;)

ermm..tu je nak share..tunggu la lagi setahun ke pulak aku update lagi..hehe..anything just ask me okey..insyaAllah aku akan sedaye upaya menjawab ;)

bye!



Lebih baik jika dia mencintai kita lebih dari kita mencintai dia

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Sempena jumaat yang indah ini..aku nak share sikit pasal ayat ni:
"Lebih baik jika dia mencintai kita lebih dari kita mencintai dia"
ermmm betol ke?? dulu yes i do! aku carik benda ni..but susah la sebenarnya..macamane la kita nak cinta orang yang kita cinta suam2 kuku tu je? ;p

TAPI....sebenarnya betul sangat perumpamaan tu..SEBAB..kita boleh mengubah dan mendidik diri kita untuk mencintainya dan memberi yang terbaik kepada sebuah perhubungan..tapi sangat sukar untuk mengubah orang lain untuk menyintai kita sepenuh hatinya..

hiduplah dengan orang yang boleh membahagiakan kita dari orang yang menyakiti hati kita je tapi kita terpakse rela sebab kita sayang die..hamaigad!! paham x? hahaha.

Ok la..aku nak pergi membeli dan belah di jusco..hooyeah!

Bye!


Friday, September 7, 2012

Andai Aku Bercinta Lagi...

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
WalailahaillAllah,
WaAllahuakbar,

Assalamulaikum wbt.

Wah3!! terlalu banyak perkara yang dipendam seorang diri selama ni..sekali berblog nak masukkan semua. nak masukkan semua perkara yang dipelajari dalam tempoh berdiam diri. Nak kongsi kepada semua! Aku bukanlah wanita solehah tapi cuba untuk mengubah diri menjadi solehah..insyaAllah =)

Aku akui aku pernah terjebak dalam kancah 'couple'.
couple dalam tempoh yang agak lama.
tapi malas nak cerita bab-bab couple ni sebab baru sekarang aku rasa benda tu lagha, buang masa je...aiyark =.='

Kenapa la baru sekarang sedar kan? tapi syukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku bertaubat.
Allah baru uji sikit, tapi Alhamdulillah mata hati aku terbuka luas untuk melihat hikmahnya.
Aku perbanyakkan membaca bahan-bahan ilmiah berkaitan hubungan cinta sesama manusia. Ternyata selama ni aku leka dan alpa dengan godaan syaiton semata. syaiton yang bersorak riang bila dapat menyesatkan anak-anak adam.

Sekarang dan Andai aku bercinta lagi..
Aku mohon agar Allah kurniakan aku seorang imam yang dapat membimbing aku, ahli keluargaku serta zuriatku.
Aku mohon seorang insan yang yang dapat mencintaiku kerana Allah Ta'ala.
Aku mohon seorang insan yang dapat membimbing aku di dunia dan akhirat.
Hanya itu yang aku pandang..aku tidak perlukan seorang yang berjawatan besar, berharta benda, kacak bergaya yang dimana dulu itu tidak lari dari perhatianku.
Sekarang cukuplah seorang imam untuk ku..tempat untuk aku bertanya tentang agama..agama..iye agama..

Mula berhenti untuk mencari yang sempurna dan soleh.
tetapi cuba sedaya upaya untuk mensolehahkan diri ku.
Kerana "yang soleh untuk yang solehah' kn?

Andaiku bercinta lagi,
Aku mohon Allah jauhkan aku dari segala bentuk maksiat yang dulu dipandang enteng saja.
yang aku anggap remeh dan tak pernah terfikir bahawa perkara-perkara itu dimurkai.
Aku inginkan sebuah hubungan yang halal.
Hubungan yang diredhai Allah.
yang bebas berpimpin tangan, berucap cinta dan rindu tanpa salah.

Aku nak kahwin???
Jawapannya..IYA.
Aku nak kahwin..
Jodoh itu rahsia Allah..Tapi Allah juga tak suruh kita tunngu je jodoh tu datang bergolek. kita perlu berusaha diringi doa tanpa putus kita juga berhak untuk memilih yang terbaik ikut kepada kehendak kita. InsyaAllah. yang penting Doa dan S to the A to the B to the A to the R..SABAR! :')

Sumber: google

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang sangat indah." 





IKHLAS kerana Allah..

Bismillahhirahmanirahim..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
Wala ila haillahallah,
WaAllahuakbar,

Assalamualaikum wbt.

IKHLAS..
Kadang-kadang kita ucap ikhlas dibibir tapi hakikatnya hati mengungkit..
Redha dibibir tapi kesal dihati..
Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah tapi dihati inginkan balasan..

Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Mudah diungkap tapi sangat sukar untuk dipraktikkan dengan erti kata sebenar kerana Allah SWT..
Sebab Syaiton itu sentiasa ada untuk menyesatkan kita umat nabi Muhammad SAW.

Marilah kita belajar ikhlas dengan percaya pada Allah. 
Percaya denga janji Allah.

Rezeki kita akan dimurahkan jika kita ikhlas apabila bersedekah kerana Allah SWT.
itu janji Allah!
Tapi berapa ramai orang yang riak dan menunjuk2 apabila bersedekah?
Berapa ramai yang kongsikan sedikit daripada gaji dan bonus yang diperolehi dengan bersedekah?
Berapa ramai yang berkira-kira dahulu sebelum bersedekah?
Semua ni kerana mereka tidak percaya pada janji Allah.

Itu soal sedekah..bagaimana pula soal dalam berkasih sayang sesama manusia?
Berapa ramai yang berkasih sayang kerana Allah?
Berapa ramai yang bercinta ikhlas kerana Allah demi mendapat keredhaa-NYA?

Itu soal Kasih sayang sesama manusia..bagaimana pula dalam menajalankan kerja seharian kita?
Berapa ramai yang bekerja mencari rezeki dan pendapatan yang halal ikhlas kerana Allah? kerana kerja itu satu ibadah?
Berapa ramai yang belajar demi mendapat ilmu ikhlas kerana Allah?

Ikhlas itu sentiasa bersama kita sejak kita mula mengenal dunia..tapi tidak semua dapat mempraktikkan ikhals itu dari makna yang sebenar-benarnya IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Sekadar renungan untuk kita bersama. Semoga kita dapat mendidik hati dan jiwa kita kepada makna ikhlas yang sebenar =)


ISTIQOMAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani..

Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak update blog! lama sungguh! sangat lame! ishk terlalu lama! aiyoyo lamanye... :)
Entry sebelum ni pun macam tergendala..memang sangat tak istiqomah la hati ni untuk menyambung cerita langkawi tersebut. Nak update sekarang macam burppp xlayan =.='

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam tempoh mendiam kan diri di blog ini..terlalu banyak dugaan dan cabaran hidup yang berlaku. Berlaku perubahan besar dalam hidup dan aku mula mengenali erti sebuah kehidupan sebenar..ececeh pepoyos je ayat. tapi itulah kenyataan =.='

Ramadhan yang lepas telah mengajar aku banyak perkara baru dalam mendekatkan diri kepada-NYA, sedikit demi sedikit aku cuba untuk berubah menjadi seorang muslimah yang betul-betul dikehendaki islam, yang telah digariskan di dalam AL-quran dan As-suunah.

Bukan senang mahu mendekatkan diri kepada-NYA, ada saja cabaran dan dugaan. semua tu perlu ditepis. Jujur aku cakap perubahan ini berlaku setelah aku diberi ujian yang alahai kecil sangat..ala-ala celah2 gigi gittew..tapi biasa lah aku manusia lemah yang tipis sabarnya. Melalui Ramadhan kali inilah aku mengenali majlis-majlis ilmu yang dulu aku sangat malas nak pergi. aku mula mengenal tahjud yang boleh dikira dengan jari berapa kali aku bangun untuk melakukannya. mula melakukan dhuha yang tak pernah aku nak buat. Teruknya lah kak temah ni!!! 

Masih dalam proses merubah diri. seriously BUKAN MUDAH!! syaiton sentiasa membisikan perkara-perkara yang munkar! Paling sukar adalah untuk melawan NAFSU! Ya nafsu..nafsu yang macam-macam tu =.=' #YaAllahKauIStiqomahKanLahAku..


Friday, May 11, 2012

4 Hari 3 Malam Langkawi Trip - Part 2

Assalmmualaikum wbt...

Alhamdulillah Allah telah menetapkan iman aku untuk mengupdate cerita Langkawi ni..hehe..#examptdkotaknakpegikanpompuan kalau blog cepat je kau update..ngeee..

Sambung cerita part one tu..malam tu kami ingat nak makan seafood..bajet dapat la makan seafood sedap gila tenuk macam kat Umbai tu kan..tapi nan hado la peah oi...carik punya carik sekali dapat yang ala-ala je..like-like je..dekat Jelani seafood jalan nak ke pantai cenang nun. seafood dia da tak fresh taw..tapi nasib baik masakan dia sedap. kire bole la..huhu.

Hari ke tiga tu aku punya la excited..bukan aku je..family aku pon excited kemain sebab ape kawan-kawan? sebab nak pergi naik cable car..perghh tak tido malam aku mengenangkan cable car taw!!okey yang ni aku tipu..hehe..sampai je dekat cable car tengok tak ramai orang..dalam hati aku berkata-kata 'tak ramai pon orang, ini sudah bagus..tak payah nak beratur panjang..hip-hip hoorey!! tapi kan..bila sampai je kat kaunter tu aku nampak benda alah ni:

Cis bedebah aku berak kau tadah betol la..tutup!!!hmm..

motip taken this picture???konon2 naik!hah.

Boring!!!!!ok fine..xper la..kami pon pegi la jalan-jalan dekat Pantai Pasir Hitam...snap la picture dalam lapanbelas enambelas keping..lepastu pergi pulak shopping kain batik mak aku dekat Beras Terbakar..

nampak pasir hitam tu??mak tak hitam key!!

kemain shopping!

Pilih-pilih..ni dekat Beras terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba-lumba #eh

Disebab kan tempat-tempat ni dekat-dekat..so awal-awal lagi dah habis sesi pelancongan kami..di tengah jalan nak pulang nampak pulak signboard Buffalo Park..tempat yang sememangnya aku nak pergi #ni semua sebab banyak tengok tv le ni..pengaruh! aku pon mempengaruhi mereka semua untuk pergi sana walaupon mase tu perut masing-masing dah menyanyikan lagi rindu kepada nasik!

sampai sane je memang takda orang ohkey! kami jer taw..staff pon 2 orang je kot..makcik2 je,,dah tu sape suruh kau datang time orang rehat solat jemaat kan!hambik...but we dont care pun..masuk jugak la dengan bayaran RM3/pax adult..tak de ape pon kat dalam tu..kebau aje..kawan ijah..muahaha..busuk kemain! sampai totop2 hidung la..tapi rugi sebab kami tak dapat tengok cara mereka perah susu kebau, cara buat cheese dan sebagainya la..at the end makcik tu bagi kami rase susu kerbau yang tidak dicampur apa-apa..susu asli..yang baru diperah dan diletak sedikit garam sahaja..kurlas!! tapi hanya aku dengan sahid je pon yang minum.yang lain tak hingin..lega aku..dapat minum banyak..dekat situ jugak ade jual aiskrim yang diperbuat dari susu lembu, mozarela cheese, dadih, susu..semua yang berasaskan kerbau la..harga murah lah..dan sedap! aku pekena aiskrim..manis kemain sebab tu muka aku bertambah manis sejak balik dari langkawi ni *ok fine! sila muntah*


cepat snap!!tak tahan aku bau si kebau ni..

susu kebau..mai minum! #ini bukan iklan dr rozmey ye.

Huh lepas tu kami balik rumah..mak nak masak katanya..aku pun da muak asik makan luar je..lebih rela makan air tangan mak dekat rumah...walaupon hanya berlaukkan telur dadar dan sardin..huu..kenyang dan puas hati beb! dah petang tu taktaw nak p mana pulak..awal lagi kot..kami pun buat keputusan nak pergi makan mahsuri sebab tempat ni dekat dengan rumah kami..tak lengkap pulak kalau da datang langkawi tapi tak pergi kota mahsuri kan..kami pun pergi la dengan bayaran masuk RM5/pax..waahh aku ingat makam mahsuri ni just makam je..rupa-rupanya menarik jugak..agagaga..




Jelas terpancar kegembiraan dari wajah2 diatas..hahaha...Lepas tu pergi makan malam..makan makan makan..mane tak pregnant 3bulannya aku kat sana..haha..then aku rasa macam da malas nak story panjang-panjang..nanti la aku sambung cerita seterusnya..nak bagi tips shopping dekat Langkawi sikit..hihi..

Again..semoga Allah lembutkan lah hati hambanya ini untuk menyambung cerita..Amin..

Adios
Amigos
sugus


4 Hari 3 Malam Langkawi Trip

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt

Waaa...da lame tak online..blogspot da berubah wajah uolss..err jap lagi la mengexplore setiap pelosok blogspot ni..sekarang nak hupdate story aku dan family ke langkawi yang sudah agak basi mungkin -.-'
busy la..tak da masa nak membloging..*perosak bahasa kot kau ni pompuan!*

Aku saja la plan satu trip..motip trip ni nak bawak beberapa orang yang aku sayang merasa naik kapal tobang..dah tu dorang dok merungut kat aku tak penah naik kapal tobang..asik kau je naik sorang kan..so dengan rasa penuh kemanusian dan kasih sayang aku pun bawak la mereka bercuti..dalam negara je pun..airasia je pun! kau ingat aku mampo nak naik kapal tobang tambang mahal??memang tak lah kan..




Trip ni bulan lepas yakni 25-28 April 2012. 5 orang peserta termasuk aku terlibat dalam rombongan ini..ececeh..sebelum gerak ke Langkawi aku dah book rest house atau lebih dikenali sebagai homestay dekat dengan padang mat sirat..pemilik homestay ni bagi aku pakej skali dengan Avanza 4hari 3malam RM750.00..ni pun puas aku menggoda pakcik tu baru dapat harga terbaik..hahaha..gatal kau pompuan!

Temin Homestay nama rest house ni..kalau siapa yang memang nak rasa suasana kampung dengan rumah yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan seperti sawah padi, pokok pisang dan sebagainya. pastu siap dengan katak dan serangga-serangga kampung meh ler try dok sini..memang menenangkan tapi aku tak suke segala jenis binatang -.-'

gambar dalam rumah je ade..gambar luar sumpah lupa nak amik.

hall dia..luar rumah lagi best taw.

Hari pertama sampai, habis dah kami jalan..pergi carik makan dekat pekan kuah..kemain jauh kau makan kan..pastu jalan-jalan dekat landmark langkawi iaitu dataran lang! snap 2 3 picture than balik, malam macam bosan pergi pulak jalan dekat Pantai Chenang..makan dan cuci mata kat sana.ngeh3..

muke teruja nak makan!pantang sangat!

Dataran Lang kejap.

Hari ke-2 kami pergi island hoping..sepatutnya boleh dapat dalam RM25.00 kalau 8 orang..tapi disebabkan aku rase tegah kaya mase bercuti tu..orang tu charge RM30.00 satu kepala pun aku tak kesah.agaga..reason..sebab kami hanya 5 orang..layan..first dia bawak kami pergi Pulau Dayang Bunting..toilet dekat sini memang sangat bersih..terpelihara..so dapat la adik aku membuang dengan tenang..eh..hihi..tapi agak mencabar la nak sampai ke tasik dayang bunting tu..sebab kau kena mendaki tangga woo..tapi aku salute kat mak aku yang da nak dekat 60 tahun tu..relax je dia mendaki..tak macam adik aku..sikit da mengah..eh pompuan tu lagi kena..*ampunkan aku ijah*. Lepas tu, pilot boat tu bawak kami pergi Pulau Singa Besar pulak..best sgt!!!sebab dekat sini adalah tempat burung helang..sungguh teruja aku tengok burung helang yang banyak dari jarak yang dekat..woooo seronot! the last island is Pulau Beras Basah..dekat sini mandi manda je..view dia cantik taw..

Dekat Jetty Island Hopping

On the Boat!

Taraaa..welcome to Tasik Dayang Bunting..have a safe journey!
Kaber mengah..haiya..

sampai!yeay ;p


Pulau Singa Besar..banyak gile eagle

Pulau Beras Basah


Sape nak buat island hopping dekat langkawi boleh la ambil contact number ni

Eh macam panjang gila kucing pulak entry ni..ermm nanti aku update lagi la yer untuk next-next day..agagaga..*malas sudah* doakan lah semoga Allah tetapkan iman aku untuk terus menerus update..#eh.

adios!
amigos!
sugos!


Friday, April 13, 2012

Wonderful Melaka

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum wbt..

Lama gile tak update blog ni..tak menahan..rase cam da tak de skill mengarang dah..hancur lebur di telan penyu..erk??*pengaruh cerita cinta kura-kura*whatthefish la kan masuk cite tu lak kat sini..aigo2!!tengok! intro pun da lari ke laut tempat penyu bermain..erk penyu lagi..hmm -.-'

Whatever la kan..tapi motip beradanya aku disini adalah untuk mengupdate story aku travel ke Melaka. mesti ada orang yang cakap Melaka??alaa apa sangat la ade kat Melaka tu..boring!! lame gile meninggalkan negeri melaka tu dari senarai destinasi pelancongan gue..sekali da pergi..waaahh awesome!! tercanggak-canggak aku memikirkan tentang kemajuan negeri Melaka dan kehebatan Datuk Bandar mereka mengilhamkan tarikan yang pelbagai di tu..sungguh terharu..nak nanes jap..sob3x..

Kami bertolak dalam pukul 11 lebih la..menaiki vios si melah..pelesup die bawak kete dalam sejam da sampai Melaka..hamboi kemain kawan aku sorang ni. si jijah dan senah hanya mampu menggaru kan kepale sambil kecut perut tengok..aku cool jer..hahaha.*retis kan??kene pandai kaber*hihik.

Sampai Melaka masing-masing menggaru kepale xtaw nak pergi mane..aku jugak kene mencetus kan idea..hmm..mula-mula nak pergi check in Hotel dulu. Avillion Legacy Hotel Melaka adalah hotel yang bertuah itu kerana akan menerima gadis2 jelitawan ini. hahaha sila muntah..sekian..kami da book Superior Room RM218 rege nye..check in satu malam aje pun yakni hari ahad..bak kate si senah..jimat sikit holiday time bukan weekend nie..so sepakat la kami mengambil cuti untuk ke esokkan hari..hamaigad...

Jijah yang membajet comel di lobby hotel..keke..

dekat parking hotel ye..retis bertemu retis bak kate si jijah. fake sangat taw!
Tapi disebab kan kesalahan teknikal..kami terjalak pulak hingga ke Klebang..niat di hati nak minum coconut shake kat situ..tapi dukacita dimaklumkan orang yang beratur nak beli coconut shake tu panjang kemain..hamaigad!tapi rupa-rupanya ada lagi gerai untuk makan&minum kat situ..oleh demikian selamatlah si senah dan jijah dari beratur panjang.agagaga..*i retiss..xboleh keluar kereta, cair make up* wah menggeletis sgt.haha..

rase nak ngorat abg ni la..boleh minum coconut shake pree hari2.agaga..

terbukti sedap! habis kau..

Si Senah bergambar di depan kedai tersebut..

Coconut shake die Seriously best!! no wonder orang ramai kemain..kami order coconut shake special.murah siot!! RM2.00 je satu cawan..mampu nak dapat kalau kat KL???nan hado...siap bungkus bawak balik lagi..hiii..nyummy.

After menyantap coconut shake dan bihun goreng yang aku tapaw dari rumah kami pulang la ke sangkar..#eh..hotel la..agak lembap ye person yang incharge kami tu..orang sebelah da masuk 2..kami still xdapat check in..berangin betol aku la..servis xde la baik sangat hotel ni..like2 je..after ngok ngek ngok ngek sejam 2..lepas solat perjalanan diteruskan..tak sah la kalo datang melaka tak pergi Umbai kan..pe kena ikan bakar..pergh...siyes sedap!! xpenah aku makan seafood sesedap itu..lalalala..kami makan di Muara Ikan Bakar..Ikan Jenahak sekor buat bakar saja..udang masak butter dan udang goreng tepung..1st time aku makan seafood dengan nasi lemak..ow gittew rupanya special ikan bakar umbai ni..makan ngn nasi lemak -.-'

semua mentedarah kerana lapar..licin memang takda kasihan punye..sedap gile..lagi2 udang butter..ikan dia pon memang fresh..huh lapa lak tetiba..perut kenyang semua pon tersandar..total RM116..wah berbaloi-baloi..makan 4orang..hahak..memang dasar perut tong drum memasing ni..agagaga..

masakan kat sini memang best!



lepas kenyang berjalan-jalan la kami ke Menara Taming Sari..entrance fee RM10/adult..kami naek malam..so nice bandar melaka from top..semua pon terkinja2 nak amik gambar kan!!sampai penat la operator tu ulang *sila jangan berdiri* terima kasih..haha.hamaigad..

view dari atas menara taming sari..wajib naek kalo ke Melaka

Benda bulat belakang tu la yang kiteorang naek td..sila abaikan entiti dihadapan..hihi.si senah,jijah,melah..

Destinasi seterusnya Melaka River Cruise..RM10/adult jugak...tak terkata bhai..memang aku da lame gila kot xdatang Melaka..sungai yang dulu nye koto dan busuk berubah wajah. salu aku dengar kat tv dan bace kat pappper (versi Jozan dalam lawak ke der) je. tapi memang sangat best la cruise nie..aku naek malam..penataan cahaya tu menarik..tapi bau as usual la..haha..cam haram je bau die..ngeh3x..ape2pon RM10 memang berbaloi..



view sepanjang perjalanan cruise tersebut
feeling2 macam kat venice jap..hehe

Next destination...Jonker Walk..Jonker Walk nie ada bazar macam kat feringgi tu la..lebih kurang macam uptown.hanya dibuka pada hari jumaat, sabtu, ahad..menarik barang-barang dia..unik! tapi duit nan hado..u just shadap je la temah oi..malam pun sudah larut..kami kembali pulang ke sangkar avillion =p

jonker walk

Macam panjang pulak kan entry nie..bese la..lame xdapat menaip..sekali taip terpanjang pulak.hihi..hari esoknye pula kami target nak makan asam pedas melaka di bukit katil..pergh!!!memang terbaik der.yang tak baik rege nye je..mahey kemain kau..tapi naseb sedap..huh maveles!

sedap!!sampai aku pon da macam Dr. Rozmey..agagaga

sekian sudah cerita aku tentang melaka bandaraya bersejarah..pergilah melancong ke melaka..gerenti puas hati..i loike..next story pasal Langkawi dan Medan pulak yer..doakan aku rajin menaip..agagaga..

Adios..
Sugos..

p/s: kak ain picc!!saya da menaip ni..hihi..
p/s: kepada teletubies sekalian..jijah, senah, melah sila jangan kondem aku yer..hahaha #bersedia je la aku >_<'