Thursday, October 11, 2012

KALAULAH DIA TAHU...SEKEPING KERTAS INI ADALAH UNTUK DIRI NYA..

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, 10 Oktober 2012. Sebuah kereta buatan Malaysia menyusur laju dari Jitra ke Sintok kerana ingin menghadiri Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Utara Malaysia. seorang gadis berbaju kurung moden dan shawl warna merah jambu yang akan bergraduasi pada hari ini. Dia hadir ke Majlis itu bersama keluarga tersayang.

"Belajar rajin-rajin tau, nanti dapat masuk U Ambil duit ayah dalam bank tu buat belanja belajar". kata seorang ayah yang sedang tenat 7 tahun lalu kepada anaknya perempuannya. Ayah yang sedang nazak terbaring lesu di atas tilam itu juga sempat berpesan pada isteri dan juga rakannya agar dikeluarkan duit simpanannya di dalam bank untuk anaknya yang baru mendapat keputusan SPM itu. Tapi...permohonan anaknya untuk ke Universiti tidak berjaya. hanya politeknik yang menawarkan tempat. Demi untuk menjaga hati ayahnya yang sedang tenat itu, anak pun berkata yang dia berjaya masuk ke Universiti. demi untuk melihat ayah gembira dan impian ayah tercapai.

Gadis berbaju kurung moden merah jambu itu cuba untuk menahan sebak didada, menahan sebak agar air mata tidak jatuh. tidak mahu solekan tipis di mata tercemar dan tidak mahu orang di dalam kereta perasan! cepat-cepat memori 7 tahun lalu dipadam dan dialih pada perkara yang menggembirakan agar air mata terhenti! sambil jarinya laju menaip sesuatu di blackberry miliknya.

Sampai di pintu gerbang Universiti Utara Malaysia. kereta terus menyusur menuju ke Dewan Muazam Shah. hati berasa tenang. tidak gementar seperti hari semalam. Para graduan berkumpul dahulu di Dewan Tan Sri Omar untuk mendengar taklimat, kemudian bersama ke Dewan MAS. Blackberry nya berbunyi. Ada seseorang yang BBM. BBM itu berkaitan dengan apa yang telah gadis itu taip semasa perjalanan ke UUM sebentar tadi. BBM itu memberi kesan tapi cepat-cepat dia menutup semula messenger tersebut! Setiap langkah menuju ke Dewan MAS, hati terasa sesuatu. terasa sayu. Perasaan itu semakin kuat tatkala kaki melangkah masuk ke dalam dewan dan seterusnya duduk di tempat yang telah dikhas kan.

Gadis itu membelek lagi blackberry dengan cover merah jambu nya itu. Lagi sekali, ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya yang berkaitan dengan sesuatu yang ditaip semasa perjalanan ke UUM tadi. Kali ini, dia sudah tidak dapat menahan perasaan. Dia duduk diam tidak bergerak kerana tidak mahu rakan disebelah perasaan yang air mata hampir gugur. Hati terlalu sedih dan sayu! acap kali cuba untuk buang jauh-jauh perasaan itu. 

Fikiran menerawang jauh teringat arwah ayah. Ayah lah sebenar-benarnya insan yang banyak memberi motivasi dan semangat. Ayah lah penyebab dia melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Janjinya pada arwah ayah sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir tercapai jua. 6 tahun dia belajar demi mendapatkan segulung ijazah. harapan ayah melihat anak ke menara gading tercapai jua. Sebab itu dia sebak! Alangkah bahagianya dia rasa kalau ayah tercinta bersama meraikan kejayaan itu. Ingin dia nyatakan bahawa sekeping kertas ini adalah untuk ayah!

Ah..perasaan tidak boleh terus dilayan! nanti hilang pula seri diwajah. Senyum..dia terus tersenyum untuk menghilangkan duka kerana sebentar lagi dia akan berada di atas pentas untuk menerima segulung ijazah. Walau ayah tiada lagi didunia ini. tetapi ayah sentiasa berada di hati.
"Finally, after a years, today is the day..ayah, kalaulah engkau tahu, sekeping krtas ni adalah utk kamu. walaupn ayah tiada disini but u still in my heart. Al-fatihah."
Ayat itu lah yang telah menyentuh hati rakan-rakan BBM dia. Dan itulah yang sebenarnya dia ingin luahkan. 

Kepada Arwahyarham Talib Bin Yusof..ketahuilah bahawa anakmu sangat berbangga kerana memiliki dirimu sebagai ayahnya. dan kepada Hapsah Binti Hashim, terima kasih mak sebab sentiasa support anakmu untuk terus menuntut ilmu. anakmu ini tahu ramai yang mempertikaikan niat ini untuk sambung belajar kerana kondisi kewangan keluarga kita. tapi mak sentiasa support untuk terus belajar hingga peringkat tertinggi. hati nak sangat sambung lagi. tapi terpaksa ditahan kerana masalah kewangan. Dia tahu dia bukanlah dari keluarga senang, yang dimana parents boleh support untuk belajar. Berpijak pada bumi yang nyata. mungkin sekarang belum masa nya tapi suatu hari nanti InsyaAllah. 





Al-Fatihah untuk Allahyarham Talib Bin Yusof.


2 comments:

kay_are said...

sedih gile aku bace cite ni.. aku percaya arwah ayah ko tu mesti bangga bile dapat tau kau dah dapat pegang segulung ijazah.. =) ape pun tahniah sebab dah jadi graduan

Unknown said...

tahniah!!!!

SLM..please support pjaz dlm contest iphone5 gdjet impian, tlg KLIK g+ yer diside bar sblh kanan atau di entri =) TQ ^^