Monday, October 8, 2012

Katakan Tak Nak Pada Rokok - Tips Berhenti Merokok.

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Tadi aku dok la selak-selak paper metro..pastu mata terhenti pada m/s 3..hmmm very good advertising!

"80% MANGSA KANSER LEHER ADALAH PEROKOK"
"90% MANGSA KANSER PARU-PARU ADALAH PEROKOK" 

So, berhentilah merokok sekarang!! dekat iklan tu ada beri beberapa tip untuk berhenti merokok, aku just nak share tip-tip ni kepada perokok-perokok di luar sana. Meh baca jap.


  1. Kunyah gula-gula getah dan buah-buahan tapi elakkan benda manis.
  2. Basuh tangan kerana tangan basah mengelakan anda memegang rokok.
  3. Mandi dengan kerap.
  4. Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.
  5. Alihkan perhatian anda dengan bersenam.
  6. Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.
  7. Lengahkan masa sekurang-kurangnya 5minit sebelum menyalakan rokok.
  8. Minum air masak. Elakkan minuman berkafein.
  9. Sibukkan diri untuk mengalih perhatian dan melupakan rokok.
  10. Elakkan diri dari tempat ramai orang merokok
  11. Pilih tarikh untuk berhenti merokok dan berusaha ke arahnya.
  12. Dapatkan bantuan daripada perkhidmatan berhenti merokok yang berdekatan.
Haaa..acanner? okey? boleh? selamat beramal yer!! jangan dok membazir bakar duit tu lagi..gud luck =)

Bye!


4 comments:

Wani. J said...

sharing is caring,, :D

Ira Khazali said...

erk... terkehel leher aku pas baca..

kay_are said...

saya tidak merokok.. ^__^

mona said...

mungkin... blh mencuba kaedah yg ditawarkan di sini ^_^
diharap dpt memberi manfaat kepade yg memerlukan.
blh juge bace dan suggest kaedah2 tersebut kpd org2 yg tersayang yg anda mahu die berhenti merokok! kan?

Jom Berhenti Merokok