Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Orang panggil dia ni ika jer..tapi kadang-kadang aku panggil je dia ni senah @ jemah.
Budak-budak ni cakap dia macam makcik. tapi aku rasa takde pun! die cute kot !hahaha..
Aku kawan dengan dia ni sejak mata aku celik di dunia. aku taktau bila aku mula berkenalan dengan dia sebab bila aku hidup je memang aku dah kawan dengan dia. sebab kami ada bau-bau bacang. kira sedara jauh tapi berkawan baik. dari kecil sampai besar bersama. dia lah jaga aku dari tadika sampai ke sekolah rendah dan sampai lah sekarang. dulu kami macam belangkas..nama pun nak sama..atiqah dan syafiqah!
ke mana2 je nak bersama. sampai suatu masa kami masuk sekolah rendah time tu darjah satu. ditakdirkan kelas kami lain-lain. kau tau aku boleh buat perangai masa tu! Aku menangis dan tak mahu ke sekolah sebab kelas kami lain..Hamaigad!! terpakse lah ayah aku mohon pada cikgu untuk tukarkan kelas..damn it. malu pulak bila ingat balik! haha..pergi sekolah sama-sama naik moto ayah aku..weng weng weng..best!
Tapi lepastu masuk darjah 3 kami jadi rengang. ye la masing2 dah ade kawan lain. sebab kelas kami dah lain. dia pandai sikit dari aku mase tu. masuk lah kelas pandai. aku yang lembap padan lah muka..haha..tapi tu dulu k! sekarang dah sama! setelah aku tewas A dlam UPSR dan PMR..finally aku berjaya kaut lebih A dalam SPM..hoyeay! hahaha. sebab kami selalu dibanding-banding dalam peperiksaan besar taw! sekarang 2 2 pun da berjaya mendapat segulung ijazah. dia lepasan UIAM sekarang bekerja di tengah kota KL.
Kenapa aku mulakan cerita aku dengan minah ni ye?? sebab dia paling tua antara kami! 2 Februari 1987.
sebab tu macam makcik2 kot! Eh mulut kau temah! hahaha..actually xde pun macam makcik..dia ibarat ibu. mungkin sebab dia anak sulung, sifat keibuan tu terserlah. sangat penyabar orangnya. keyakinan diri sangat tinggi. seorang yang rajin bekerja dan pandai mencari duit! kadang-kadang mulut dia laser jugak! dan kalau kau nak tau senah woi..aku jadi laha sebab belajar dari kau taw. dulu aku sering jaga hati kawan-kawan tapi kawan-kawan tak pernah nak jaga hati aku. men melaha jer..tapi sampai satu tahap aku berfikir sampai bila aku nak bersabar..then start dari kau senah aku memberanikan diri. setiap kata-kata kau aku bidas kalau tak betol. ade aku kesah??haha.
Ika ni sangat peramah, berani dan muka tak tahu malu.haha..anak solehah..senang cerita dia sangat sesuai untuk dijadikan calon isteri. isyaAllah akan menjadi isteri yang mithali. kalau kitorang berpiknik ramai-ramai pun dia lah tukang kemas dan dia tak pernah merungut taw! dia seorang yang sangat penyabar dan tak kesah..tapi satu je masalah dia ni..dia sedang mencari cinta dan cinta itu masih belum ditemui..ececeyh..dia juga selalu disenangi oleh para ibu kerana sifat dia yang ringan tulang dan peramah tu..ke sebab dia pun macam makcik2 eh??haha..
Ika mempunyai suara yang lunak..thats why dia suka sangat berkaroke..dan dengan suara yang lunak itu beliau telah memanfaatkan kelebihan itu pada sesuatu yang bermanfaat. dia seorang emcee..kalau ade siapa-siapa nak pakai emcee boleh lah hubungi beliau. tak kira untuk wedding atau apa-apa event sekali pun. QIYASARI WEDDING EMCEE atau boleh hubungi 012-3990219. eh terpromote bisness pulak! haha. kena bagi aku komisyen ni woi kalau dapat job! hihi. kalau nak cerita pasal perempuan ni memang kene buat part 1 till 5 kot.haha. oh ye..dia ade blog jugak tau! ce la tengok ape yang die carutkan tu kat SINI..haha.
For u ika, I always love u and always by ur side..aku sentiasa mendoakan agar kau dikurniakan jodoh yang terbaik. kau sangat layak mendapat yang terbaik. kau seorang kawan/pendengar/penasihat/kakak yang baik. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. terima kasih sebab sudi susah senang dengan aku. Nanti kalau da kahwin kau jangan lupa kami!! #eh :')
p/s: sila kurus dengan cepat!
Bye!
2 comments:
suka2
woit.. hehehehe
Post a Comment