Friday, July 29, 2011

Air Mata seorang pemain bola yang tak dapat beraksi untuk negara, sebab kenapa Norshahrul Idlan Talaha menitiskan air mata

Assalammualaikum wbt..

Aku tahu ramai yang kecewa sebab kita tewas dalam saringan kelayakan piala dunia. Tapi ada yang lebih kecewa..mula-mula aku tengok gambar dia menitiskan air mata di dalam surat khabar..tapi tadi terbaca status FB isteri beliau..tersentuh hati aku dengan kata-kata ni..

klik untuk tumbesaran

klik lagi untuk tumbesaran
sedih kita..sedih lagi pemain yang tak dapat nak beraksi untuk negara dan untuk semua penyokong.
gambar - Berita Harian
Sokongan terhadap harimau malaya takkan pernah putus..tingkatkan prestasi agar peminat bola terus menerus memberikan sokongan yang padu lagi jitu..semua player memang hebat! =)

p/s: isya xpe kan akak share benda ni dengan penyokong2 lain? =)

Dulu nak cepat habis intern..tapi sekarang sangat sedih nak habis intern.OMG!

Assalammulaikum wbt..

Tengok tajuk pun dah tahu kan..dulu dok sangat tengok kelendar menghitung hari nak tunggu 30 sept..tapi sekarang??

entah..aku bertambah sayang dekat abang-abang, akak-akak serta rakan-rakan intern yang lain..senang cerita sayang dekat semua warga PICC lah. Bila sayang rasalah sebak nak tinggalkan PICC tu..sampai aku cakap kat akak diyana 'kak kalau orang nak kerja tanpa gaji kat sini boleh?' hahaha..buang tebiat..tapi tu lah hakikat.

Mereka baik! friendly dan caring..moment yang tak dapat dilupakan tadi..bila tayar kereta aku bocor. Thanks sangat-sangat dekat Kak Nur Diyana sebab sanggup teman tiqa sampai kereta elok, arep, mimi dan ida sebab tolong tukar tayar kereta, abang raja & abg fendi yang turun bila tahu tiqa ada masalah kereta dan cik man. terharu saya..eceh! 

special thanks to my Along Ahmad Khairul Azmi Bin Talib dan kawan sebab tak jemu datang bila tiqa perlukan bantuan..muaahhh..eceh. 3x sehari along datang PICC hanya pasal tayar kereta..hehe.

dah..bye2 =)


Menang dipuji Kalah dikeji!! Apakah??

Assalammualaikum wbt.

sokongan macam ni la yang kita nak? - utusan


Tahniah kepada Singapore kerana layak kepusingan seterusnya. Anda layak! corak permainan bagus..just yang tak best tak payah nak melambat-lambat kan permainan dengan cara buat-buat sakit..sangat tak logik dan jelik. sebab orang boleh ulang tayang aksi tu..dan terbukti memang anda sedang  berdrama. itu je lah yang tak best nya.. tapi nak buat macam mana itu salah satu taktik dalam permainan bola kot. Mungkin Malaysia juga akan buat benda yang sama kan..who's know. kita ambil je la benda ni dari sudut positif. semangat kesukanan yang penting.


Walaubagaimanapun, aku tetap berbangga dengan Harimau Malaya. yes! 100% made in Malaysia..hehe. setiap pertandingan ada kalah dan menang. terima kenyataan. kita perlu lebih berusaha untuk menandingi Singapore sebab semalam aku tengok corak permainan singapore lebih bergaya. Harimau Malaya masih muda, masih boleh diasah skill itu.cewah. ketiadaan tonggak utama seperti safiq rahim dan norshahrul idlan talaha begitu dirasai. aku sure kalau mereka ada confirm kita menang..

Penyokong bola sepak sekarang dah tak macam dulu. dah ramai peminat 'kipas susah mati' sekarang..aku bangga! Ramai kawan-kawan yang masih menyokong bola sepak walaupun kita tewas dengan Singapore. Don't be sad guys. we'll still support Harimau Malaya..yeah.

Tapi tak kurang juga yang mengutuk sakan..hmmm..pandai cakap je orang macam ni! kalau lu pandai..lu turun padang! cis..tak patriotik langsung..bila kalah mula nak keji..kutuk-kutuk tak henggat..menyirap je aku dengar dan baca. cuba la fikir positif sikit. Apek dengan Kuna semalam aku rasa memang terbaik. safee sali tu xpayah cakap la kan..dapat bola je goal..cuma semalam safee kurang dapat bola..susah aku tengok bola nak sampai dekat dia. kiri kanan orang jaga. ce korang ingat sikit bila pemain beraksi dengan baik. ni dok ingat yang buruk buat apa? sokongan padu perlu terus diberikan kepada player kita..aku terharu tengok semangat  dekat stadium semalam..dah lama tak tengok rakyat malaysia ramai cenggitu bagi sokongan. lap u lah korang..ngeh3x..

MALAYSIA vs SINGAPORE
4-6

CONGRATS SINGAPORE!
WELL DONE MALAYSIA!

gambar aksi pelawanan semalam yang diambil dari berita harian:



confirm kecewa gila Mat yo sebab tak dapat beraksi membantu pasukan.






p/s: aksi paling kelakar dan agak kurang bijak semalam aku rasa bila si keeper singapore buat sakit kepala yang tah apa nak disakitkan tah. kekurangan bijaknya minda beliau apabila reff melayangkan kad kuning..muahahahahaha..lawak antarabangsa sangat..

satu lagi janganlah salahkan si Fakhri tu sangat..semoga beliau lebih matang lepas ni ok?


Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya VS Singa..don't forget to watch it!

Assalammualaikum wbt.
google

Just wanna say don't forget to support our Harimau Malaya tonight!!!
Balik ni mandi-mandi terus sarung jersi bola aku pastu standby depan tibi..hahahak.
nak pergi stadium tak da ongkosnya dong. nak lepak mapley cam takda member..
depan tibi pun boleh =)

Saya mahu kan kemenangan malam ini..tapi kalau kalah sekalipun..sokongan terhadap bola sepak malaysia tak kan terhenti..cewah..hope semua warga malaysia pun macam tu..buang mentality lama yang asik nak menghentam je..okey? 

let's enjoy it tonight

28 JULAI 2011
8.45MALAM
STADIUM BUKIT JALIL
MAS vs SIN

P/s : puh kiri puh kanan..malayasia boleh! nervous! nervous nak tengok bola malam ni..ngeh3x.


Monday, July 25, 2011

Riak itu Syirik Kecil..syirik kecil bersama facebook..

Assalammualaikum wbt..

Sekarang ramai yang cakap FB pun boleh menjadi tempat kita mengumpul dosa jika tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Memang betul. Bukan setakat gambar yang tidak menutup aurat dengan betul seperti yang disyariatkan dalam islam, maksiat dan sebagainya tapi kadang-kadang gambar dan post kita pun sudah menampakkan riaknya. tapi kita tak sedar..iya! kita tak sedar kerana riak ini kecil sahaja tapi impaknya sangat besar..hingga terdapat hadith yang berbunyi:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
semoga kita dijauhkan dari syirik kecil ini..amin..


Sunday, July 24, 2011

Blogger yang memperbodohkan diri sendiri VS Blogger yang berhemah..anda rasa anda yang mana?

Assalammualaikum wbt..

Tadi aku dok la membaca blog orang...astagfirullahalazim...mengucap aku sekejap..sekarang blog pun boleh jadi medan orang mengumpul dosa kan??? Ramai dah blogger yang mengutuk, menyumpah seranah orang melalui blog ni..menyampaikan benda yang tak baik pun ada..Ya Allah..Jadilah blogger yang berhemah..jadikanlah blog anda sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu yang baik..jangan asyik memikirkan sangat duniawi..tak boleh kah fikir blogging untuk menyampaikan pesanan yang baik. yang at least dapat menjadi bekalan kita di akhirat kelak pabila ada insan yang mendapat sesuatu dari penulisan kita itu... Ramai dah aku nampak blogger yang tunjuk pandai agama melalui penulisan beliau..tapi totally memperbodohkan diri sendiri. menampakkan diri cetek ilmu dunia dan akhirat. 

Iya! blogging untuk memberikan pendapat. tetapi sila lah beri pendapat yang boleh membuat kan orang respect kepada kita, bukan pendapat yang membuat orang annoying dan menampakkan kebodohan diri sendiri. Jaga lah bahasa kita! tak payah suka sangat meletakkan perkataan2 yang kurang enak..

Na'uzubillah..jika tengah terlalu marah elakkan lah berblogging ye kawan-kawan..sebab terlajak kata badan binasa! kita pun akan dipandang hina.. =)

p/s: kadang-kadang kita tak sedar kesalahan yang kita lakukan bila berblogging..so think deeply before write.

Wednesday, July 20, 2011

Braces: Akhirnya..Aku Si Gigi Besi.

Assalammualaikum wbt..

Yeay..setelah 24 tahun baru aku dapat pakai braces! haha..setelah sakit mencabut gigi ku yang kukuh ini. seperti dekat entry aku di SINI dan kemudian lagi 2 gigi di cabut tapi tak seteruk yang sana tu..so boleh tengok SINI..Akhirnya braces dapat juga bersatu dengan gigi ku..keke..

Setelah aku pergi jumpa 3 doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. lastly aku pilih klinik impiana kajang. memang aku ada jumpa klinik yang lagi murah untuk perkhidmatam braces ni. ia semurah 3k. tapi after fikir baik-baik aku memilih perkhidmatan dari pakar braces sendiri.

Apa yang penting untuk membuat braces adalah x-ray. selepas x-ray baru lah doktor boleh tengok keadaan gigi kita. aku dulu x-ray dekat klinik lain. then pergi buat dekat impiana ni. tapi sebenarnya dekat Impiana Dental ni semua dah lengkap. dari A to Z just buat dekat klinik dia je. senang! harga pun sangat berpatutan. tapi kan aku dengar after raya ni harga dah lain. naik lagi. huhu. nasib baik aku buat cepat. harga standard pakai braces dekat klinik swasta dan khidmat pakar dalam 5k. tapi aku dapat 4.5k. so jimat 5rat. hehe.

Actually ada 6 step nak pakai braces ni..1st: pergi consultation dengan dentist, 2nd: x-ray. 3rd: cabut gigi 2 batang, 4th: cabut gigi lagi 2 batang (step 3 and 4 bergantung kepada jumlah gigi yag kena cabut) 5th: pakai getah di celah gigi untuk merenggangkan gigi agar senang nak masukkan besi untuk tapak braces nanti 6th: pakai braces! semua step ni makan masa dalam sebulan la.

semalam after kerja, shoot terus ke kajang. sampai-sampai terus masuk bilik doktor. sejam kemudian baru keluar dengan braces pink aku. keke. memang tak sakit pon pakai. relax je. siap pakai google lagi.. baru lah aku taw macam tu rupanya pasang braces..main dengan gam lah, dawai lah, getah lah, besi lah..adei macam-macam..

keluar-keluar je bilik doktor semua pun nak pandang..rase nak je lempang semua yang ada kat situ laju-laju. dah la aku tak reti nak tutup mulut bile dah pakai tu.hahaha. so senyum manjang je la. rasa style sangat pakai braces..ngeh3x..

so buat sementara waktu ni makan bubur je..masak sendiri ok!

sebelum pakai braces..miss Jo dengan gigi rabbit!

selepas..hehe.nampak x? huduh sebentar..
sebarang soalan tentang braces sila tanya kepada saya..cewah..poyos. ok done! tunggu 3tahun lagi. bukak dan khawin..muahaha..

bye!


Wedding Rini AF

Assalammualaikum wbt..

16 Julai 2011 Sabtu, Rini AF telah selamat dinikah kan dengan pasangannya Johanis. 17 Julai 2011 Ahad, pula tarikh majlis resepsi mereka di kediaman Rini yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.  

Aku sempatlah jugak ke Majlis mereka. Tapi tak banyak ambil gambar sebab aku datang lambat. hehe. Apa yang aku nak story baju dan make-up rini memang lawa..alah kalau orang memang dah lawa pakai ape pun lawa kan..hehe. sama cantik sama padan dengan pasangannya.  semoga Rini dan suami bahagia selamanya.

Jom layan gambar yang ada ni:

  
Nak jugak interprem ha..


yang kanan tu pengapit rini..anak buah aku..hehe.cantik die hari tu.



ok tu je gambar yang aku sempat snap. sebab pakai camera hp je. aku malas nak snap banyak-banyak gambar. buat semak. anak buah aku banyak la ambil sebab dia berkampung dekat rumah rini 3 hari. hebat bana budak sorang ni. beriya buat kerja. hehe.

adios amigos sugos!


Friday, July 15, 2011

Buffet Ramadhan di PICC

Assalammualaikum wbt..

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
PICC menawar kan buffet ramadhan yang sangat lazat
Mari beramai-ramai mencuba buffet ramadhan di PICC


p/s: Abg Faisal kita tolong promote sekali..keke..
sekian terima kasih dan selamat berpuasa! ;)




Tuesday, July 12, 2011

Contest : Bestnye Melancong!!

Assalammualaikum wbt..

jom join contest from my friend ni..Mya Arissa..
Senang je contestnya dan hadiah cukup menarik taw!!! huhu..

klik gambar untuk join!

Actually semua tempat yang aku pergi melancong pun the best..sampai pening lah kepala ni nak pilih gambar..tapi akhirnya aku memilih satu destinasi yang penuh dengan keduniaan ni..ececeyh..hehe.

tadaaaa....

USS!! trip yang independent sangat dengan kawan aku ainul mardhiah! seminggu di kota singga habis da kami jelajah!pengalaman yang sangat best!
dan tempat yang aku nak sangat-sangat pergi..ialah:

Yes!! kota london..hehe.
Orang suruh letak salah satu je..tapi di sebabkan ketamakan yang memang tak dapat dibendung..
aku pun letak gak dua2..ngeh3..

So..seterusnya aku perlu mengetag 2 orang blogger..dan blogger peberet i ialah:


ok done!!! jom wei join..support sikit member aku nie..hadiah dia tu betol2 taw..bukan main2..hehe.

p/s: weh sila bagi aku menang!!! tak menang pon aku nak gak!!hahaha.


Tetiba aku nangis tengok video ni...emotional betul!- Bersih 2.0

Assalammualaikum wbt..

Nothing to say..tengok je lah video ni:


Aku bukan penyokong mana-mana pihak pun..tapi sedih tengok keadaan macam  ni di negara kita sendiri..aku tak ada di tempat kejadian, so tak boleh nak cerita lebih. nak percaya siapa pun tak tau. yang pasti media di malaysia memang dah tak boleh percaya sebab nampak obvious gila bias..sampai aku pun meluat tengok dan dengar. tapi aku percaya mereka ada reason dalam menyampaikan berita-berita mereka   -.-'

Dalam kes ni tiada siapa salah dan tiada siapa betul. masing-masing ada pendirian mereka sendiri. yang pasti sebelum mengeluarkan pendapat kita mesti dengar dari kedua-dua belah pihak punya pendapat. kenapa mereka buat macam tu dan sebagainya..baru lah orang akan respect opinion kita. jangan membuta tuli mengatakan puak ni bodoh dan sebagainya. nanti mengaibkan dan memperbodohkan diri kita sendiri.

Aku tak ikut sangat cerita pasal Bersih ni dari awal. sebab aku memang tak ambil port. tapi lama-lama isu ni jadi hangat hingga memaksa aku turut serta memerhati.  Bagi aku tak boleh ke kita sesama melayu dan islam bersatu? tak perlu ada dua puak...tahu tak bila kita berpecah..bangsa lain di luar bertepuk tangan gelak terbahak-bahak melihat kita berpecah!

Dan jika benar mereka ingin mengada kan perhimpunan ini secara aman..tak boleh kah dibenarkan? perkara ini tidak menjadi teruk seperti dalam video jika pihak-pihak tertentu membenarkan mereka berhimpun secara aman. sebab dalam islam juga ada membenarkan. Yes aku tahu mesti ada yang cakap..'siapa suruh berhimpun dah orang tak benarkan'. But my answer is - negara kita kan democratic!

seriously aku tak menyebelahi mana-mana pihak..bersyukur lah dengan keamanan yang kita rasai sekarang. janganlah ulang benda yang sama. memberilah dengan ikhlas dan jangan pernah mengharapkan balasan. Malu lah seluruh dunia tengok. siapa yang aniaya siapa pun tak taw. korang tunggu je lah kat akhirat nanti..hehehe..

Politik sangat rumit dan penuh tipu helah. to those muslim leaders..watch out! sekali anda tersalah pimpin jawab lah di akhirat kelak. jangan rasa senang bila dah jadi ahli politik. tapi perlu sedar tangungjawab yang sangat2 besar tu. kepada wartawan juga! berita anda mungkin juga fitnah. so, jadilah wartawan yang jujur dan berakhlak kerana dosa memfitnah tersangatlah besar..seperti membunuh!

RENUNG2KAN JANGAN SAMPAI TERMENUNG ;)








Friday, July 8, 2011

Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan!

Assalammualaikum wbt.
Segala puji bagi Allah,
Pencipta seluruh alam,

Solat..
solat itu tiang agama,
Semua umat islam wajib menunaikan solat, 
no excuse! walaupun terlantar sakit,
Tapi masih ada yang tak menendahkannya,

Ada yang bertudung litup labuh cantik menutp aurat,
Tapi..solat ke laut!

Ada yang terlampau sibuk sampai solat tertinggal,
walhal rezeki itu Allah yang bagi,
Tak reti lagi nak bersyukur,

Saya pasti ada segelintir kita yang mempunyai rakan atau orang yang terdekat yang masih endah tak endah kan saranan Allah yang satu ini..tidak kira rakan sepejabat, kuliah mahupun kaum keluarga sendiri.
Berdoa lah kepada Allah agar hati mereka di buka dan di beri hidayah dari nya.

Pic from google

Mari kita berkongsi hadis dari H.R. Attabrani yang berbunyi:

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan".
selain itu terdapat juga hadis yang saya rasa menarik untuk di kongsi bersama, berkenaan dengan besarnya ganjaran bagi yang menunaikan solat:
 
 "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" ( H.R.Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" ( H.R.Attabrani)
 
Renung-renungkan dan selamat beramal ;) 
 
 

Bye Fariz..Farizah!

Assalamualaikum wbt..

Mohd Nor Fariz Bin Md Tuqiman, student UNIMAS, internship di PICC. umur 22 tahun. asal Johor. status = bujang ;p

Weh kau Farizah! (aku je yg boleh panggil dia farizah) ;)

Semoga kau berjaya menamatkan degree kau tu tanpa sebarang repeat paper dan juga dengan menunjukkan pointer yang cantik dan mantap lagi jitu!

Semoga kau khawin dengan Rahimah (bakal isteri dia) ngee.

Sentiasa ingat daku dalam doa mu..eceh.

semoga dapat kerja yang bagus-bagus.

jadi lah insan yang sentiasa merendah diri kepada pencipta..anak soleh..suami misali..

nanti da jadi dato' jangan buat-buat tak kenal aku..kahkah.

p/s: tolong la jangan merindui aku sangat yer..rindu pon diam-diam jer.lalala. hari ni last day kau kat sini kan. so tolong  buat kerja ikhlas sikit..muahaha.

Keep in touch ya!



Wednesday, July 6, 2011

WOW! Cantiknya baju khawin Tomok & Isteri! Aku suka! suka! suka sangat!

Assalammualaikum..

Wahh..memang aku tahu yang tomok khawin dah. tapi takda la nak amik port pun. Dengar-dengar gitu je lah. tak da nya pun aku ak tengok baju apa dia pakai, pelamin macam mane dan sebagainya.. yang aku tahu designer dia Hatta Dolmat..Abang si Sofi Dolmat..kawan sekolah aku, hatta dolmat ni pun senior sekolah aku, dulu masa sekolah selalu aku nampak si hatta dolmat ni dok dating kat bawah pokok dengan awek dia..dulu lah!!! time zaman jahiliyah..keke..alamaklumlah aku duduk satu kawasan perumahan dengan dia..so memang tengah hari tu nampak la dia..eceh..motip aku cerita pasal nie???? saja! haha.

Ah apa-apa pun aku bangga dengan dia sebab berjaya kini..tahniah! hehe..tadi dok bukak fb hatta dolmat ni..waahhh cantik sangat lah baju yang dia design untuk tomok dan isteri...serious cantik! nak sebijik boleh??? jatuh cinta sudah aku dengan dress ayu yang ala-ala cinderella tu dan baju tomok yang ala-ala hang tuah..

Ni ada sekeping 2 3 4 5 6 gambar yang aku ambil kat fb hatta dolmat:







cantik kan? cantik kan? kan? kan? Kalau nak tengok gambar lagi sila lah LIKE FB Hatta Dolmat nie ;p



Wordless Wednesday # Dah Cabut Lagi Dua Gigi! Tak Sakit Pon!

Boleh la gelak macam ni! lalalala..

Tuesday, July 5, 2011

Aku main senjata api macam main guli je!

Assalammualaikum wbt..

#AMARAN KERAS: INI ENTRY BONGAK. JIKA TAK TAHAN SILA SEDIAKAN BALDI UNTUK MUNTAH..MEKASIH#

Aku sekarang dah penuh dengan ilmu-ilmu tentera..muahahaha..semua jenis senjata ku da pegang..cakap jer sniper? M4?M16? muahaha..gelak bongkak! lepas ni siapa yang buat onar dengan aku..aku tembak!! tak pun aku main gulingkan bom je..simple!

Ce tengok aksi aku nie ha..dekat public lagi aku dok main senjata api ni..dah rasa macam main guli jerk..lalalala.

kau jangan nak memain ngn aku! tembak kang!
Koleksi peribadi aku
ni jugak! antik kan?
berat nie wei!
setakat tengok mayat..dah biasa!
Ni oang bawahan aku. pengesan bom!

Kereta peronda aku lah ni
kadang-kadang aku jadi polis trapik..buat speed trap.
chills jer aku nak shoot orang sambil gelak-gelak..dah aku kate main senjata api ni da macam main guli..wahh.
ni satu lagi koleksi transportation aku.
peluru yang di guna pakai.
ni rakan sekerja aku
satu lagi koleksi aku.
eh2..dato' jin samsuddin nak bergambar lak ;p
Hah..cam biasa..aku kan suka membongak!! walaupon pak polisi tu bagi aku bawak balik senapang tu free-free..pon aku taknak!!! tak rela mak..mak kan pencinta keamanan. eii tak suke la ganas-ganas ni. #gaya gediks# huh! dah-dah yang kat atas tu semua membongak yo lobih! nan hado semata-mata..weeee~

Done berangan! membongak! Belagak! menyangak! buat kerja pulak!

p/s: gambar malas nak edit sebab aku tak pakai lappy aku. pakai pc opis! harini nak cabut gigi lagi..atoi! takot nye pon aku!