Friday, June 24, 2011

Dunia Intership Aku

Assalammualaikum wbt..

Dah nak dekat sebulan aku intern baru nak kasi cerita dunia aku sekarang kan?kan?kan? sebab korang bukan kesah pon..muahaha..sekarang aku tengah internship atau praktikal atau latihan industri di Putrajaya International Konvensyen Centre (PICC). 1 June till 30 September 2011. whoaahhh...mempersembahkan PICC >>>


Haa..tiap-tiap pagi dengan naik kuda hitam aku memecut ke putrajaya dari bangi..dalam 20minit sampai lah PICC ni..kalau tapik lite hijau semua lagi cepat lah aku sampai..keke. masuk kerja pukul 8 balik pukul 5..ha waktu kerja ni pilihan aku sebab PICC ade bagi 3 choice waktu kerja..tapi aku pilih waktu normal.

Dekat sini ade 9 orang student praktikal. paling ramai wei..tapi kami telah di pecah kan ikut 6 unit yakni unit khidmat pelanggan, penyelarasan majlis, f&b, bankuet/logistik and kewangan.cewah! setiap unit tu ada dalam seorang atau 2 sahaja. aku dengan seorang indian from UUM but different course. sekarang aku di unit pengurusan majlis (Bankuet/logistik). so kerja memang dengan kerusi meja je la dan bergaul pun banyak dengan kaum adam..wah heaven sangat..gatal punye perempuan! ^_^'..2 minggu aku kat sini selain buat kerja office aku gak buat kerja2 ni:

check sama ada semua perabut dan susunan lengkap mengikut seperti apa yang dikehendaki oleh pihak penganjur.

dan sekali lagi. maap time ni memang betol2 nak kentut..tu pasal wat muke cam tuh.lalala..
tu dia..kak bibah tengah mengemas stage
Haaa..kau tau mokhtar..selain tu kerja aku mengarah orang je la..tak caya tengok ni:

Hah tolong susun kerusi-kerusi ni semua cepat...berburak je.
Haa..ni dia..Hadi kemas kan tablecloth tu semua!!jangan nak gelak sangat lah kan!
wahhh..belagak sangat lah kau temah! berangan jer lah dapat! dorang baca mampuih aku! keke..Abg Hadi!!!!!ampunkan temah bang...cewah..abg hadi and bos dia Encik Din very very very very very very (sampai lapanplohenambelas kali) nice!! thanks giving me something knowledge here and sangat tak kedekut ilmu dan tak muak melayan pertanyaan aku yang kdg2 cam bangang tu.hahak. biasa la aku kan dari spesis LEMB..aiyark.

dan seterusnya..ni je lah kerja di unit logistik ni. semua kerja clerk and bos pun aku nak sapu..muahaha..tamak ilmu takpe kan. lepas tu boleh la aku berangan dan belagak ala-ala bos macam nih:

wahh..class kau temah..head of state..tempat conference mase OIC dulu..conference room ni sangat special dan ada tarikan serta ceritanya tersendiri..nanti aku cerita eh.

Dan again..temah belagak macam PM..sebabnya suite ni selalunya agung, PM and TPM jer duduk. Suite Negara  namanya.
Dah..selebihnya memang gambar aku tengah berangan jer lebih..kang sakit kencing manis lak korang tengok..muahaha..so far aku happy kat sini. nak kata terlalu banyak kerja tu tidak. dan nak kata tiada kerja langsung pun tidak. so - so jer la. staff baik-baik dan caring sangat. i loike! i always think positif during doing my internship. that's what my lecture said..so my intern become smooth and happy ;)

p/s: my partner said our intern just left 91 days...hahaha..klaka tengok semua menghitung hari ;p



Thursday, June 23, 2011

Aku memang serba boleh!

Assalammualaikum wbt..

Huh..busy aku kerja dekat PICC ni..semua kerja aku kena handle..jadi bidan terjun pun ada..haritu masa satu event kat PICC ni tiba-tiba MC dia tak datang pulak. kelam kabut pihak penganjur cari MC baru..aku kesian la pulak tengok dorang dok kelam kabut tu..lastly aku pergi kat bos dia and cakap:

Aku : sir, you nak try I x?

Sir : what???try you?

Aku : eh..mean try as a MC (grrrr..)

Sir : Really? oh tqvm..tq..tq..tq..(sambil melutut dan menangis kat aku)

Aku : erk..it's ok..small matter..


then, akhirnya..MC of the day adalah aku..speaking cayak punye..ternganga semua orang dengar kemerduan suare aku..walaupun tengah sakit-sakit gigi ni..pastu sempat lah member aku snap gambar aku satu dua..

menanti ketibaan VVIP..

Lepas habis jer jadi MC ni..aku pun berlari ke dewan sebelah pulak..sebab aku dengar-dengar dorang tak cukup camera man..so aku apa lagi..terus volunteer nak jadi camera women berdasarkan skill yang telah aku pelajari di kelas memandu dulu..eh bukan..kelas video la..aku pun bertindak ganas dengan meng 'conquer' kamera kat c2..tak caya? tengok ni:

concentrate gila kot aku..event besar la katakan
pergh..sangat banyak benda yang aku pelajari sepanjang intern kat sini..memang tak pernah aku imagine langsung dalam hidup aku yang aku akan jadi MC dan camera women dekat event besar-besar cani..dan yang paling aku xsangka aku dah tipu korang..muahahahaha...

Ok..saja nak update aku buat kerja tadi..aku bukan ngangkang je ea dok sini..kerja siap blogging la..kehkehkeh. 

p/s: Sila doakan gigi aku cepat sembuh! macey ;)

Wednesday, June 22, 2011

gigi dicabut tanpa bius!

Assalammualaikum wbt..

haa tadi aku cerita pasal tulang gigi aku yang hebat gila..2 doktor pun surrender dengan gigi aku ni..kalau nak baca boleh la klik SINI. kehkehkeh. sambungannya..hari isnin aku pergi lagi klinik yang sama untuk continue sesi mencabut gigi atas aku yang dah goyang menanti retak jer tu. kali ni doktor lain pulak yer. depa kata doktor ni dah biasa cabut gigi-gigi yang macam aku ni. terasa terok bebenor lak aku ni.keke..

masa nak cabut gigi ni aku da agak trauma..nak nanes da tunggu turn tu. tapi mane boleh nanes..jatuh ke macho an aku beb!

pastu nurse pon panggil name aku..aku pon masuk terus baring..setelah aku maklum kan yang 2 doktor tak berjaya cabut gigi atas aku ni. doktor tu pon kate.'ni yang saya rasa nervous lak ni'..doktor tu tak taw aku nya nervous lagi la da tahap gadebos taw! sekali dia letak bius..sekali bius tak jalan, 2nd bius pon tak jalan..mak ai! teruk gila wei..sampai 3 bius dia letak still tak jalan. yang mulot aku ni da macam ikan flower hon da. bosa yo.

doktor bagi aku 2 pilihan samada aku nak tunggu next week atau nak tahan sakit. pergh..aku memang tak sanggup nak tunggu lagi wei..tak cabut lagi sakit sebab gigi tu dah digoyangkan haritu! doktor tu suspek gusi aku yang kat bahagian akar tu da luka kesan dari hari sabtu haritu dan possibility untuk gigi aku patah tinggi! aku time tu gulp! kalau patah sikit dia akan biakan. tapi kalau patah banyak dia akan buat minor operation. gilo!!!ah taknak aku. gila aku berdoa dalam hati agar dipermudahkan urusan aku.

aku kata 'baiklah doktor, kita cuba'..

sekali doktor tu ketok sikit je gigi aku..meraung kot aku..memang tak segan silu dah nages dalam bilik tu. nurse dengan doktor terdiam tengok aku..sakit dia wei..memang bukan kepalang lah.sangat2 sakit ohkey. bukan aku nak mengediks ke apa ye. doktor tu cakap gigi aku ni kuat lagi. tak goyang. memang gile! lama la jugak aku hold bagi sakit hilang. tu nasib baik doktor tu bagi aku makan ponstan. kalau tak mahu meninggal aku dalam bilik tu. haish..

tapi lepas jer tragedi tu. doktor tanya lagi nak sambung tak. bagi aku sama je. kalau aku tunggu minggu depan pon belum tentu tak sakit kan. so aku proceed jer la..tapi yang peliknya lepas tu gigi aku dah kebas. kat gigi dan gusi memang tak sakit. cuma yang sakit kat bahagian dalam dekat-dekat dengan akar tau. aku pun bertabah la menahan kesakitan..doktor tu pon sangat cermat buat kerja. sekejap je dia goyang kan gigi aku..then, 'prakkkk'..adoi bunyi benda patah..memang semua orang dalam bilik surgeri tu ingat gigi aku dah patah..bersedia je lah.

lastly doktor cakap..'dah goyang dah ni..bersedia..saya nak cabut'.
1..2..3..ta da.....

kau nampak ni peah!!! mane tak sakit nye gigi aku..da la panjang..bengkok lak tu akar die..
atoi ai..memang menyeksakan jiwa raga aku betol la.seriau aku.
bersyukur gila aku gigi ni tak patah..keluar jer dari bilik surgery tu meraung aku..nagis sambil gelak.adoi kelakar betol la.hahaha.

p/s: lagi 2 gigi nak kena cabut..aduh memang aku ni carik penyakit la -.-'


Tulang aku sangat kuat!!! percayalah..

Assalammualaikum wbt..

gambar dipinjam dari encik google
sabtu lepas aku pergi cabut gigi dekat klinik Impiana Kajang..gigi aku kuat lagi. tak da pon masalah problem nya dengan gigi aku ni..tapi atas sebab aku nak pakai gigi besi atau pun braces..aku terpaksa mengorbankan 4 batang gigi aku yang masih kuat dan sihat ni. pergh sangat mencabar ohkey nak cabut..kalau aku taw sakit macam ni sumpah aku tak nak pakai. lantak la..kehkehkeh..yer la tu!

serious wei..ni bukan main-main..kau bayangkan lah 3 doktor yang nak mencabut gigi aku ni. dasyat tak dasyat lu pikir la sendiri. gigi aku terlalu kuat untuk dicabut..tapi sebab dia da bius so aku tak rase pape la..siap gelak-gelak lagi dalam bilik doktor tu..doktor pulak tak habis-habis cakap benda ni.

Doktor gigi : Atiqah, awak makan apa ni??? kuat nya gigi awak.. 
Aku : hahahaha (gelak bangga..hamboi!)

setelah doktor gigi pompuan ni tak berjaya maka datang la seorang lagi doktor lelaki..pakar braces!

Doktor Pakar : Atiqah, awak ada makan herba-herba ke? gigi awak kuat sangat ni.. 
Aku : minum susu jer (sambil gelak lagi)

sampai merah2 tangan doktor tu nak tarik gigi aku..sejam kot..ishk..tak pulak tengok aku.nek lengoh aku menganga..sampai bengkak la bibir aku ni yang memang da sedia bengkak.hee..

akhirnya dapat cabut gak gigi bawah aku..yeay! Alhamdulillah..lega aku..pastu berhempas pulas pulak  nak cabut gigi atas..ha yang ni doktor dah hilang tenaga..lastly dia surrender..doktor suruh aku sambung hari isnin..tunggu doktor yang memang da biasa cabut gigi batu macam aku ni.

keluar bilik surgeri tu. doktor nampak mak aku. dia tanya lagi kat mak aku;

Doktor pakar : makcik..anak makcik makan apa ni???gigi dia kuat sangat lah. 
Mak aku : dia kuat mengunyah tebu kecik-kecik dulu! sambil gelak.. 
Aku : erk???? (a'ah lah..mase kecik2 dulu..keke.)

balik jer rumah..mak ai..demam terus..bius dah hilang..sakit tak inggat wei..nanes terok aku! masa tu tak peduli dah. yang aku taw sakit dan aku nak nanes puas2..makan ubat terus tido..lega sikit..kira aku bergantung pada ubat jer la..xda ubat aku mati!!!wah scary sangat..

Tapi cerita cabut gigi yang sangat scary ni tak berhenti sampai sini jer ea..tunggu lah mak nak cerita kat uolss..yang lagi dasyat kebabom punye..yang aku nanes meraung kat bilik doktor lagi. memang hilang kemaluan aku time tu.muahaha..

sebenarnya gigi aku kuat sebab aku sangat suka benda-benda yang ada kaitan dengan kalsium yer adik2..kau taw kalau mak aku pergi market beli barang aku mesti pergi ambil kalsium yang banyak perasa tu..ada menggo, grape, orange, vanilla, coklat, ha benda alah tu la..yang untuk tinggi tu..keke. pastu aku memang kuat minum susu..tak kire la susu ape pon sampai sekarang perot aku da tak boleh nak terima susu..kalau minum susu sekarang ni pasti aku akan meluru ke tandas..cicit berryit..hee.

p/s: gigi da takda ni nak cakap pon payah..asik keluar angin jer ;p


Oh sangat mencabar nak cek result exam sem ni!

Assalammualaikum wbt..



keputusan exam bagi semua kampus UUM seluruh Malaysia di keluarkan pada 20 June 2011..tapi aku hanya dapat cek pada 22 June 2011..giler ah!! tak pernah aku buat selamber derk badak aku jer x tengok result exam..tanya kawan-kawan lain semua da cek..ishk3..kalau tak..memang mengelitis aku nak tengok..tapi faktor-faktor lain yang menyebabkan aku tak tengok ialah..portal uum yang banyak songeh lak sem ni, taktaw la kena godam ke hape..pastu tenet umah aku lak yang lagi banyak songeh mongeh..then, kerja banyak kat opis..lastly sebab gigi aku sakit!!!!!! walaupun gigi dengan tangan cam jauh jer jaraknye..tapi bila gigi aku sakit..otak aku pon down sekali..ishk3..

sekali datang kerja hari ni terus bukak portal da..nasib baik portal sudah effisen dan cekap sekali..sekali klik je..jeng jeng jeng...ALHAMDULILLAH..keputusan terbaik yang pernah aku dapat sepanjang degree aku ni..mak ai nampak sangat aku teruk kan!!!haha..

Dah..terbaik aku tu tak lah baik sangat macam kawan-kawan yang lain..just enough for me..walaupon!!! hanya sangat-sangat beryukur pada mu ya Allah..dengan rezeki mu ini..


Monday, June 20, 2011

Blog kini di publish

Assalammualaikum wbt..

2 hari aku terpaksa private kan blog aku ni atas sebab-sebab yang tertentu..dan kini kembali normal..yeay! semua ni sebab my friend..hikhikhik..kalau semuanya dah selesai nanti aku akan cerita apa akan jadi..iA..kalau korang perasan ada beberapa entry aku terpaksa di private kan buat sementara waktu..biasalah entry panas..hikhik..

hari ni banyak kerja..my partner tak datang pula..biasa lah LID 2011 my officer agak sibuk..so kerja-kerja yang celah-celah gigi tu aku la kena tolong serba sedikit.hee. alaa small matter je tu!! = p

actually dapat MC hari ni tapi nak pergi kerja jugak-jugak sebab nak tengok LID 2011...muahaha..bukan selalu kan. so bertabah lah kau wahai cikcleo T_T.

dah-dah..den nak poie siap kan kerja..adios amigos gajos!

Thursday, June 16, 2011

2 perkara yang mesti kita lupakan dan mesti kita ingat



Luangkan mase sejenak untuk sama-sama kita fikirkan
perkara yang patut kita lupakan dan perkara yang perlu kita ingati.

Assalammualaikum wbt..


Dua Hal Yang Mesti di lupakan :

1. Kesalahan Orang Lain pada kita 

2. Kebaikan kita pada Orang lain 



Dua Hal yang Mesti di Ingat :

1. Kesalahan kita pada Orang lain 

2. Kebaikan Orang lain pada kita.



semoga kata-kata ini menjadi amalan kita setiap hari! =)

Kalau suka boleh la LIKE,

Monday, June 6, 2011

Aku dan Naruto Shipuden

Assalammualaikum wbt..

Haa ni entry lama yer..tapi aku dah siap taip tiba2 gambar tak boleh nak upload..tapi sekarang dah boleh upload dengan cantiknya..so aku nak post gak entry ni..hehe. bak kata orang taknak menganaktirikan entry2 lama. ini kisah Hari Belia yang memang dah sangat basi jugak..tapi AAK?

Masa hari belia hari tu, 2 hari aku turun putrajaya semata-mata mahu mencari duit poket sebab poket ku kini kosong dan sangat kering kontang! (ape aku tulis ni?aku sendiri tak paham!hahah)..member aku Elok Nuraini yang kerja dekat KBS ada SMS aku..dia cakap nak kerja part time tak untuk hari belia..benda yang aku tanya dulu adalah gaji!! wakakaka.sangat mata duitan! pedulik!

Sangat best kerja ni plus senang amat.. just edar kan 50 borang survey! da dasar muka tebal 8 kaki kan aku. so memang tak de hal! hehe. siap naruto shipuden aku culik mintak isi borang survey.hahah.

mekaseh naruto!hehe

eh duey pon ade..mekaseh duey walau penat baru lepas men paintball.hehe.

gediks jap

with my partner.

okeh dah tu jer..Mekaseh =)

I miss them!

Assalammualaikum wbt..

Pic credit to Kalep

Nadhirah Binti Meor Yusoff dah selamat menjadi isteri kepada Bukhari Razak..oh sangat2 comel kawan aku sorang tu..bak puteri! nak sama dah macam kate middleton..ngeh3..sangat banyak benda nak cerita. tapi nak tunggu gambar2 dari kengkawan dulu..baru best nak story..

sangat merindui VC's..who's VC?? mereka2 yang dalam gambar tu la..my bff..hati tenang bila bersama mereka..sebab otak sume cam kanak2 ribena ;)

p/s: rasa nak khawin lah wei..ika ngan ifah da cop nak kawen tahun depan..aku lagi satu tahun lah camtu.haha.

MISS U GUYS!

Friday, June 3, 2011

Khawin lagi!!

Assalammualaikum wbt..

waahh my fren khawin lagi!!! tp kali ni melibatkan diri aku sebelum, semasa dan selepas event..jeng2..excited nak tengok boria..hahaha..apa tugasnya nanti sama-sama la kite tunggu gambar untuk di upload..yang pasti it's different!

actually hari tu da belambak buat entry..lepas tu ade prob pulak mase upload gambar..memang berangin la kan..ah!!!! grrr..nanti-nanti lah post..walau da basi!! nak upload jgk!

sekarang praktikal..so busy sikit lah..malas  nak on9..hehe. ni pon kat opis..tengah rehat..hmm..tak sabar nak balik..jap lagi balik siap2 kat rumah terus ke Bangi Golf Resort..nad nikah kat sana! walaupun tempat keje aku dekat dengan Pullman (tempat nad bersiap-siap) tapi aku balik rumah jer la..senang sikit siap dekat rumah kan..hohoho..nak sambung buat keje..adios!