Monday, May 30, 2011

Khawin??Bila turn aku pulak nie???

Assalammualaikum wbt..

weekend yang sangat busy!!oh penat..tapi seronok sebab masa terisi dengan perkara-perkara yang di gemari!yeay! Kenduri kawen pon banyak..Selamat Pengantin Baru Nur Syafiqah Salim..cantik!selamat sudah kau. habis dah aku sedut aura ko..biar cepat-cepat sikit aku khawin..ngeh3x. Majlis kau memang class wei! i loike semua tentang majlis kau..hehe. Jom layan gambar sekitar majlis..







Dah macam reunion pulak dah. part yang paling aku suka tentang majlis pika ni ialah khemah dia!!!serious cantik! makan pon sedap. baju pengantin perempuan memang aku berkenan sangat lah! semoga berbahagia selamanya ohkey!

NEXT WEEK AKU PULAK KHAWIN ;p

Friday, May 27, 2011

syukur so far so good

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah sesi pengajian di UUM setakat ni dah selesai..mintak-mintak keputusan exam baik dan tak repeat paper..Ya Allah mudah-mudahan..seminggu berhempas pulas mengadap buku2..penat sangat jawab paper yang berderet-deret nih. huh!

Sekarang di rumah..cuti seminggu jer..lepastu praktikal pulak. aiyoo..i'll miss uum life and semua insan yang pernah di kenali di uum.

sangat berhempas pulas aku study taw dengan makcik2 kantin..tak caye? ce tengok nih;

ha kawan2 pon turut serta
takde lah gempak sangat.hee.
sambil tengok tivi baru best!
memang dasar makcik kantik! makanan takkan tinggal.hehe.

ni gambar terakhir aku amik semasa di uum.baru keluar dewan exam.
semoga semuanya berjalan lancar. one stage a head =)

BELAJAR KERANA ALLAH

Telur Ayam Di Basuh!

Assalammualaikum wbt..

Pergh pe hal nak basuh-basuh telur ayam ni??keke..trade mark Restaurant Char Kuey Teow Sg. Dua Penang. selalu sangat dengar char kuey teow dekat sini sedap. top jugak la tempat ni, siap keluar paper lagi. so di sebabkan aku pengemar char kuey teow..aku pergi la mentry.

tempat ni senang sangat-sangat nak carik, kalau dari utara keluar je tol Sungai Dua, terus sampai nampak signboard kat bawah ni. terletak di sebelah kiri. kalau dari KL aku kurang tahu. tapi lebih kurang je.

ha ni lah tempatnya..

ni Char Kuey Teow Special RM4.50. kalau kecil RM3.50. Besar RM4.00,


Licin..aku macam tak cukup je makan satu pinggan. siyes!
Nyummy!!! sedap. kalau datang penang lagi mahu singgah tapi bagi aku rasa dia lebih kurang macam satu kedai char kuey teow yang pernah ada di bangi ni suatu ketika dahulu. cuma beza dia mungkin dari segi kebersihan telur ayam dia. sebab telur ayam kat sini di basuh.hahah ;)

ALHAMDULILLAH KENYANG

Cuti-cuti Cameron Highlands


Assalammualaikum wbt..

haaahah! haritu masa on the way balik dari kedah, singgah cameron jap..saje jalan2..name pon suke travelling kan. so takkan lepaskan lah! huwaa masih sejuk..tapi rasenye tak sesejuk dulu kot. dok dalam kete xpayah bukak aircond dah. bukak tingkap jer..nak share sikit beberapa tips kalau nak pergi melancong ke cameron highlands nie..

1) cameron ade 2 pekan utama..satu Tanah Rata dan satu lagi Brinchang. aku suggest pergi la menginap dekat hotel area Brinchang sebab banyak tempat-tempat menarik terletak di Brinchang. bagi budget traveller jangan risau. aku tengok kat sana banyak budget hotel. so no problem.

2) Menurut orang di sana Strawberry farm yang paling besar dekat Big Red Strawberry Farm atau Taman Agro Tourism terletak di Brinchang. mase aku pergi haritu ade krew tv3 sedang shooting..malu i..muahaha. bukan setakat strawberry jer kat situ, cactus dan bunga pun ada.


try ar waffer ni..sedap. tapi gambar ni diambil time odw makan. tu yang ade lompang tu. strawberry pon da hilang.haha.

Strawberry Sundae..same case..dah cacat setelah dilahap oleh aku  baru teringat nak  ambil gambar -.-'
bunga cantik2.
Kalau nak petik strawberry sendiri. setengah kilo RM20.
feeling model jap ;p

2) Pasar Malam dekat Cameron hari-hari pon ade..tapi berlainan tempat. tempat dan waktu sila rujuk kat bawah ni;


TempatHariMasa
Lembah BertamAhad3.00 ptg – 11.30 mlm
RingletSelasa3.00 ptg – 11.30 mlm
Tanah RataAhad , Sabtu3.00 ptg – 11.30 mlm
BrinchangJumaat , Sabtu3.00 ptg – 11.30 mlm
TringkapJumaat 3.00 ptg – 11.30 mlm
Kuala TerlaRabu3.00 ptg – 11.30 mlm
Kampung RajaIsnin3.00 ptg – 11.30 mlm



4) Kalau dah pergi cameron tu jangan lupa pergi Butterfly Farm, banyak taw Butterfly Farm kat sane..aku pon taktaw yang paling best kat mane sebab masa aku pergi tu tempat dia tak best! so kalau nak taw mana best singgah lah information centre kat sana atau tanya receptionist hotel anda. mostly tiket masuk kat sini RM5 untuk dewasa.

butterfly cantik..tapi aku tetap takot nak pegang.


5) Selain tu ada cactus Point, Roses Centre (tak dapat pergi sebab time tu tutup..oh rugi), Bee Farm, Ladang Teh (Boh Factory (area Gunung Brincang), Cameron Valley), air terjun lata iskandar dan banyak lagi la.

Ladang Boh
Latar Iskandar


6) kalau nak shopping pergilah dekat Kea Farm..banyak benda dekat situ. harga pon not bad! try la tawar menawar eh. ha aku nak ingatkan masa dekat sini kereta parking kat tempat parking dia. biar lah jauh sikit dari kena saman. aku haritu hampir kena saman. tu pon nasib baik kakak yang jual sayur kat sana bagitaw yang polis trafik tengah menyaman orang. kalau tak kompom melayang duit bayar saman -.-'. siapa suruh tak sedia kan parking yang mencukupi kan? kan orang dah dok parking tepi jalan. hee.

7) bagi yang mahu berjalan pada waktu malam di sana silalah bawak sweater..tengahari pon sejuk. apatah lagi malam.

8) Pastikan hon kereta anda berfungsi. almaklum la jalan berpusing-pusing. so kalau ada hon lebih selamat. ada dua jalan untuk ke cameron. satu laluan simpang pulai yang lebih jauh tapi kurang pening dan second jalan Tapah yang lebih dekat tapi agak pening (aku ikut Tapah..gelojoh nak sampai).

so sempena cuti sekolah ni..jom travel!

Happy holiday & Take care ;)

Himpunan Sejuta Belia 2011 - Putrajaya

Assalammualaikum wbt..


Moh la kite ke Hari Belia Negara 2011 (HBN) di Putrajaya..HBN dibuat untuk mengumpulkan semua belia2 negara..rugi tak pergi. banyak aktiviti menarik kot.. Suju pon ade..keke..

Jom la kita same2 menyokong aktiviti sihat ni. jangan lupa!

27 - 29 Mei 2011 (jumaat - ahad)
Sekitar Putrajaya

Klik SINI untuk aktiviti Hari Belia Negara 2011 atau tonton video ini;


p/s: semoga target 1 juta belia negara dapat dicapai! kepada blogger yang pegi nanti rodger2 aku ohkey! 3 hari aku disana ;)

Monday, May 16, 2011

Maaf! Peperiksaan Sedang Dijalankan

Assalammuaikum wbt..

pergh berhabuk gile blog aku ni..lame tak update..almaklum la..seperti tajuk di atas..exam mood sedang melanda..dan aku akan marathon 5 paper -.-'

tak suka paper deret2 ni..penat sangat nak study! sampai dah muntah darah tengok buku..fenin2..

okeh dah! tu jer..saje nak merapu..cam bosan tengok blog tak hupdate..muhahaha..

bye3..

p/s: wish me luck! nak terjah blog orang pon takde mase -.-'

Tuesday, May 10, 2011

Mother's Day Celebration for Puan Hapsah Hashim

Assalammualaikum wbt..

This year me and siblings celebrate mother's day with bring mak to I-City, Shah Alam. we arrived at I-City at 00.00, 8 Mei 2011 ..kami pergi 3 kereta! mak 1st time sampai i-city.. surprise for mak..hehe..it's not so expensive like other's present..but we sincere bring mak here and wish mak panjang umur dan dimurahkan rezeki..I LOVE U MAK!



mak cakap 'mak tak reti nak bergambar'








hah..ni bukan anak aku..tp anak buah aku..
Disebalik wajah mak..terpalit beribu kisah suka duka..pengorbanan mak membesarkan anak disamping suami yang sakit dan akhirnya mencari rezeki untuk menyekolahkan aku dan adik2 tanpa suami disisi..walaupun mak tak sehat..tapi hatinya kental untuk mencari rezeki..segala sakitnye ditolak tepi. sayangnya ibu kepada anak tiada tandingnya..aku sendiri kagum dengan sikap mak. mak tak kaya harta dan tiada apa yang boleh diwariskan kepada anak2..tapi mak kaya kasih sayang yang kami rasai hingga kini. 

aku sangat bersyukur kerana mak sentiasa disisi dalam proses tumbesaran aku hingga lah kini dan sangat2 bertuah sebab mak pandai masak. dan aku tak pernah sekalipun kempunan untuk makan makanan yang diidamkan kerana mak pasti masak makanan itu ;)

Doa aku untuk mak dan ayah;
Segala puji bagi Allah, yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani ,mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil. 
Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami (3x), dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu. 
Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari Kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka. 
Ya Allah!, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil. 
Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka. 
Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat. - Amin...


p/s : Gambar tak cantik sebab pakai camera hp cabok aku jer..nak tunggu gambar santek lambat na cameraman bagi..hehe.

kalau suke bolehlah LIKE,

Saturday, May 7, 2011

Festival Pengantin Malaysia 2011 - PICC

Assalammualaikum wbt..

cam best je festival pengantin malaysia dekat PICC..nak pergi sebab i'll do my practicum training there..cewah.  saje la nak usha-usha pe yg patut..lagi satu aku memang suka gila tengok brang-barang pengantin ni..boleh dapat ilham..cewah..lambat lagi lah!

so semalam da berlalu..tinggal harini dan esok..jom ramai-ramai kita  pergi!!!!


Tarikh : 06 - 08 Mei 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
 Ada persembahan artis antaranya Altimet, Ana Raffalie dan juga One Nation Emcee.




kalau suka boleh la like

Kau Kawan Kan!

Assalammualaikum wbt..

kawan? sahabat? pergh jalan2 ke blog orang hari ni banyak gak story pasal kawan..
yup! aku pon ramai kawan..pelbagai bangsa dan spesis..sayangs semua kawan.

tak pernah dalam hidup mahu jadikan kawan sebagai lawan..
tapi kawan yang buang aku ade..sebab??aku suke sangat lempang kawan, pukul kawan! muahaha.
ntah..aku ada sorang kawan..tapi dia buang aku..siap remove aku dari fb..
sedih jugak. punca sebab salah faham. aku tak salah!!! dia salah faham! 
aku mintak maaf! dia diam!
aku explain the true story! dia diam!
aku add fb dia again! dia tak aprove!
takkan aku tak boleh kawan dengan musuh kau!
aku suka berkawan! tak suke lawan! kan!
(cam best lak letak tande seru bebanyak..muahaha)

finally dapat tahu dia kutuk aku kaw2 dalam fb..perghh..pedih!
kau kata aku kawan untuk kepentingan diri sendiri!
betol la agaknya..kawan2 aku sekarang boleh bagi duit kat aku hari-hari.
buatkan assignment untuk aku! urut tapak kaki aku! cabut bulu tiak aku! erk??
kau pon boleh tolong beli makanan untuk aku hari2 sebab tu aku nak sangat kawan dengan kau! hahah.
nonsense.....

so???what can i do?? perlu kah mintak maaf lagi? adakah dia akan memaafkan aku?
it's up to you dear..malas nak amik port. sebagai umat aku dah cube berbaik. tapi kau tolak!
yes..lama dah maaf kan kau..tapi bila ingat kata2 manis mu di fb..pergh bak halilintar..(gile poyo ayat)
well..like people said..easy to forgive but hard to forget..
sampai sekarang kau masih diam..maaf dari mu pon yilek.

kadang-kadang ego tu kena turun kan sikit dalam berkawan.
if you truly my fren..listen to me. not others.
aku harap kau baca! so kita boleh kawan! bak kata kau. tiada istilah ex-kawan!
tapi aku jugak tak suka istilah 'lawan' oh~

maaf! sorry! it's a magic word..kadang2 perkataan tu dapat merubah semuanya.
kau kawan aku kan?

fikirkan!

p/s: aku tetiba ter cerita hal ni bila terbaca blog kau ;)
to kawan, if u noted about this..please PM me..lalalala..


Thursday, May 5, 2011

Laa..Ujang ni senior aku ke...

Assalammualaikum wbt..

Haa..sape blogger mesti dia kenal ujang kan..ujang si kentut busuk. ala yang baru jer kawin dengan yana tu. al-kisahnya, dulu selalu bukak blog dia. sebab blog dia tu sengal sikit. tajuk nak lucah je. pastu dalam blog bro ben pon selalu je dok sebut nama dia. aku pon ade join segment bloglist dia.

Pastu aku punye la bz sampai nak bukak blog pon tak sempat. last2 2 mei haritu terbaca entry blogger yang buat cerita pasal majlis ujang ni. terkojot jap den tgk alamat eh. den tawu tompek tu. tapi dah terlambat nak menyemak kan diri dekat majlis ujang. haha. pergi add fb..lah ai. senior sekolah aku ker masa dekat SMKBBB dulu..kenapa ujang tak kenal aku? aku kan pemes..muahaha. tipu! tak sangka lak aku ujang mase kat sekolah budak kelas arab..kire kelas pandai ar tu kan..student dia pon baik2...takde langsung cam ujang sekarang. muahaha.

Aku curik profile pic ko ujang..ngeh3x.
kecik nya dunia ni kan...to ujang & yana selamat pengantin baru. pergi honeymoon kan...jangan lupe bawak balik baby..erk??lalalala...


kalau suke boleh la LIKE

Wednesday, May 4, 2011

Susah nak jumpa orang yang Makan Ketika Lapar & Berhenti Sebelum Kenyang!

Assalammualaikum wbt..

Berat Badan turun 3kg..wow! ajaib sungguh..ni semua sebab duduk dekat UUM haritu. takda selera betol nak makan. tapi bila dekat rumah..oh no!! makan setiap masa..hari-hari pon kena timbang takot berat badan melambung naek. heee..

Makan ketika lapar

Hish..tolong berhenti sebelum kenyang!

susah betol la nak makan ketika betol-betol lapar dan berhenti sebelum kenyang! aduh aku ni selagi tak kenyang takdenye kesedaran nak berhenti makan. lagi-lagi kalau lauk tu sodap! haish..tak elok lah makan kenyang-kenyang sangat ni..tahu tak kenapa??haa meh nak share kisah Nabi Yahya AS dengan Iblis laknatullah:

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: 

"Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".   
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: 
"Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
 Lalu Yahya a.s. bertanya: 

"Adakah bahagian aku didalamnya?". 
Berkata iblis: 
"Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". 
Bertanya Yahya a.s. lagi: 
"Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". 
Berkata iblis: "Tidak". 
Yahya a.s. berkata: 
"Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". 
Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: 
"Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Haa..sebab tu la kita akan merasa malas setiap kali lepas kenyang. Syaiton saje je nak buat kita jadi malas agar kita tak melakukan ibadat kita kepada Allah. Maka seronok lah syaiton2 ini. bergembira diatas kejayaan mereka untuk membuatkan kita berasa malas untuk solat dan berzikir pada Allah. Allah..mudah sangat kita diperdaya syaiton..

KENE PRAKTIS BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG NI..OH~

Tuesday, May 3, 2011

Do Anything..Give Everything..

Assalammualaikum wbt..

Lama seyh tak on9..tengah study week sekarang. so balik rumah jaga mak. mak tak sihat. biasa lah orang tua. dok sakit-sakit. i'll do anything and give everything that i have for mak. even her medical treatment need 10 thousand and more, i will..love her so much more than my life. syurga di bawah tapak kaki ibu kan.

Terlalu besar pengorbanan emak demi kejayaan anak.
Derhaka kepada ibu..sangat besar dosa itu. dan sangat besar darjat seorang ibu itu. Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki datang kepada dan berkata: 
Wahai Rasulullah "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." 
Rasulullah bertanya: 
"Apakah ibumu masih hidup?" 
Orang itu menjawab, ya. 
Rasulullah SAW bersabda. 
"Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)
Wah..dengan berbakti kepada ibu kita telah berjihad dan dapat menegakkan agama Allah..SubhanaALLAH..sayangilah ibu kita. Ada orang sanggup telefon bf/gf hari-hari. tapi tak pula ibu mereka. hari ibu 9 Mei ini. so Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu didunia ;)

p/s: selain kasih sayang, doa dan kejayaan..nak bagi apa kat ibu eh sempena hari ibu ni?? any idea? 

SAYANG MAK SAMPAI MATI