Thursday, October 11, 2012

KALAULAH DIA TAHU...SEKEPING KERTAS INI ADALAH UNTUK DIRI NYA..

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, 10 Oktober 2012. Sebuah kereta buatan Malaysia menyusur laju dari Jitra ke Sintok kerana ingin menghadiri Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Utara Malaysia. seorang gadis berbaju kurung moden dan shawl warna merah jambu yang akan bergraduasi pada hari ini. Dia hadir ke Majlis itu bersama keluarga tersayang.

"Belajar rajin-rajin tau, nanti dapat masuk U Ambil duit ayah dalam bank tu buat belanja belajar". kata seorang ayah yang sedang tenat 7 tahun lalu kepada anaknya perempuannya. Ayah yang sedang nazak terbaring lesu di atas tilam itu juga sempat berpesan pada isteri dan juga rakannya agar dikeluarkan duit simpanannya di dalam bank untuk anaknya yang baru mendapat keputusan SPM itu. Tapi...permohonan anaknya untuk ke Universiti tidak berjaya. hanya politeknik yang menawarkan tempat. Demi untuk menjaga hati ayahnya yang sedang tenat itu, anak pun berkata yang dia berjaya masuk ke Universiti. demi untuk melihat ayah gembira dan impian ayah tercapai.

Gadis berbaju kurung moden merah jambu itu cuba untuk menahan sebak didada, menahan sebak agar air mata tidak jatuh. tidak mahu solekan tipis di mata tercemar dan tidak mahu orang di dalam kereta perasan! cepat-cepat memori 7 tahun lalu dipadam dan dialih pada perkara yang menggembirakan agar air mata terhenti! sambil jarinya laju menaip sesuatu di blackberry miliknya.

Sampai di pintu gerbang Universiti Utara Malaysia. kereta terus menyusur menuju ke Dewan Muazam Shah. hati berasa tenang. tidak gementar seperti hari semalam. Para graduan berkumpul dahulu di Dewan Tan Sri Omar untuk mendengar taklimat, kemudian bersama ke Dewan MAS. Blackberry nya berbunyi. Ada seseorang yang BBM. BBM itu berkaitan dengan apa yang telah gadis itu taip semasa perjalanan ke UUM sebentar tadi. BBM itu memberi kesan tapi cepat-cepat dia menutup semula messenger tersebut! Setiap langkah menuju ke Dewan MAS, hati terasa sesuatu. terasa sayu. Perasaan itu semakin kuat tatkala kaki melangkah masuk ke dalam dewan dan seterusnya duduk di tempat yang telah dikhas kan.

Gadis itu membelek lagi blackberry dengan cover merah jambu nya itu. Lagi sekali, ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya yang berkaitan dengan sesuatu yang ditaip semasa perjalanan ke UUM tadi. Kali ini, dia sudah tidak dapat menahan perasaan. Dia duduk diam tidak bergerak kerana tidak mahu rakan disebelah perasaan yang air mata hampir gugur. Hati terlalu sedih dan sayu! acap kali cuba untuk buang jauh-jauh perasaan itu. 

Fikiran menerawang jauh teringat arwah ayah. Ayah lah sebenar-benarnya insan yang banyak memberi motivasi dan semangat. Ayah lah penyebab dia melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Janjinya pada arwah ayah sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir tercapai jua. 6 tahun dia belajar demi mendapatkan segulung ijazah. harapan ayah melihat anak ke menara gading tercapai jua. Sebab itu dia sebak! Alangkah bahagianya dia rasa kalau ayah tercinta bersama meraikan kejayaan itu. Ingin dia nyatakan bahawa sekeping kertas ini adalah untuk ayah!

Ah..perasaan tidak boleh terus dilayan! nanti hilang pula seri diwajah. Senyum..dia terus tersenyum untuk menghilangkan duka kerana sebentar lagi dia akan berada di atas pentas untuk menerima segulung ijazah. Walau ayah tiada lagi didunia ini. tetapi ayah sentiasa berada di hati.
"Finally, after a years, today is the day..ayah, kalaulah engkau tahu, sekeping krtas ni adalah utk kamu. walaupn ayah tiada disini but u still in my heart. Al-fatihah."
Ayat itu lah yang telah menyentuh hati rakan-rakan BBM dia. Dan itulah yang sebenarnya dia ingin luahkan. 

Kepada Arwahyarham Talib Bin Yusof..ketahuilah bahawa anakmu sangat berbangga kerana memiliki dirimu sebagai ayahnya. dan kepada Hapsah Binti Hashim, terima kasih mak sebab sentiasa support anakmu untuk terus menuntut ilmu. anakmu ini tahu ramai yang mempertikaikan niat ini untuk sambung belajar kerana kondisi kewangan keluarga kita. tapi mak sentiasa support untuk terus belajar hingga peringkat tertinggi. hati nak sangat sambung lagi. tapi terpaksa ditahan kerana masalah kewangan. Dia tahu dia bukanlah dari keluarga senang, yang dimana parents boleh support untuk belajar. Berpijak pada bumi yang nyata. mungkin sekarang belum masa nya tapi suatu hari nanti InsyaAllah. 





Al-Fatihah untuk Allahyarham Talib Bin Yusof.


Monday, October 8, 2012

Katakan Tak Nak Pada Rokok - Tips Berhenti Merokok.

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Tadi aku dok la selak-selak paper metro..pastu mata terhenti pada m/s 3..hmmm very good advertising!

"80% MANGSA KANSER LEHER ADALAH PEROKOK"
"90% MANGSA KANSER PARU-PARU ADALAH PEROKOK" 

So, berhentilah merokok sekarang!! dekat iklan tu ada beri beberapa tip untuk berhenti merokok, aku just nak share tip-tip ni kepada perokok-perokok di luar sana. Meh baca jap.


  1. Kunyah gula-gula getah dan buah-buahan tapi elakkan benda manis.
  2. Basuh tangan kerana tangan basah mengelakan anda memegang rokok.
  3. Mandi dengan kerap.
  4. Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.
  5. Alihkan perhatian anda dengan bersenam.
  6. Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.
  7. Lengahkan masa sekurang-kurangnya 5minit sebelum menyalakan rokok.
  8. Minum air masak. Elakkan minuman berkafein.
  9. Sibukkan diri untuk mengalih perhatian dan melupakan rokok.
  10. Elakkan diri dari tempat ramai orang merokok
  11. Pilih tarikh untuk berhenti merokok dan berusaha ke arahnya.
  12. Dapatkan bantuan daripada perkhidmatan berhenti merokok yang berdekatan.
Haaa..acanner? okey? boleh? selamat beramal yer!! jangan dok membazir bakar duit tu lagi..gud luck =)

Bye!


Wednesday, October 3, 2012

#Kawan2 yang kita suka - Nur Syafiqah Mohd Gawus

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Orang panggil dia ni ika jer..tapi kadang-kadang aku panggil je dia ni senah @ jemah.
Budak-budak ni cakap dia macam makcik. tapi aku rasa takde pun! die cute kot !hahaha..
Aku kawan dengan dia ni sejak mata aku celik di dunia. aku taktau bila aku mula berkenalan dengan dia sebab bila aku hidup je memang aku dah kawan dengan dia. sebab kami ada bau-bau bacang. kira sedara jauh tapi berkawan baik. dari kecil sampai besar bersama. dia lah jaga aku dari tadika sampai ke sekolah rendah dan sampai lah sekarang. dulu kami macam belangkas..nama pun nak sama..atiqah dan syafiqah!
ke mana2 je nak bersama. sampai suatu masa kami masuk sekolah rendah time tu darjah satu. ditakdirkan kelas kami lain-lain. kau tau aku boleh buat perangai masa tu! Aku menangis dan tak mahu ke sekolah sebab kelas kami lain..Hamaigad!! terpakse lah ayah aku mohon pada cikgu untuk tukarkan kelas..damn it. malu pulak bila ingat balik! haha..pergi sekolah sama-sama naik moto ayah aku..weng weng weng..best!

Tapi lepastu masuk darjah 3 kami jadi rengang. ye la masing2 dah ade kawan lain. sebab kelas kami dah lain. dia pandai sikit dari aku mase tu. masuk lah kelas pandai. aku yang lembap padan lah muka..haha..tapi tu dulu k! sekarang dah sama! setelah aku tewas A dlam UPSR dan PMR..finally aku berjaya kaut lebih A dalam SPM..hoyeay! hahaha. sebab kami selalu dibanding-banding dalam peperiksaan besar taw! sekarang 2 2 pun da berjaya mendapat segulung ijazah. dia lepasan UIAM sekarang bekerja di tengah kota KL.

Kenapa aku mulakan cerita aku dengan minah ni ye?? sebab dia paling tua antara kami! 2 Februari 1987.
sebab tu macam makcik2 kot! Eh mulut kau temah! hahaha..actually xde pun macam makcik..dia ibarat ibu. mungkin sebab dia anak sulung, sifat keibuan tu terserlah. sangat penyabar orangnya. keyakinan diri sangat tinggi. seorang yang rajin bekerja dan pandai mencari duit! kadang-kadang mulut dia laser jugak! dan kalau kau nak tau senah woi..aku jadi laha sebab belajar dari kau taw. dulu aku sering jaga hati kawan-kawan tapi kawan-kawan tak pernah nak jaga hati aku. men melaha jer..tapi sampai satu tahap aku berfikir sampai bila aku nak bersabar..then start dari kau senah aku memberanikan diri. setiap kata-kata kau aku bidas kalau tak betol. ade aku kesah??haha.

Ika ni sangat peramah, berani dan muka tak tahu malu.haha..anak solehah..senang cerita dia sangat sesuai untuk dijadikan calon isteri. isyaAllah akan menjadi isteri yang mithali. kalau kitorang berpiknik ramai-ramai pun dia lah tukang kemas dan dia tak pernah merungut taw! dia seorang yang sangat penyabar dan tak kesah..tapi satu je masalah dia ni..dia sedang mencari cinta dan cinta itu masih belum ditemui..ececeyh..dia juga selalu disenangi oleh para ibu kerana sifat dia yang ringan tulang dan peramah tu..ke sebab dia pun macam makcik2 eh??haha..

Ika mempunyai suara yang lunak..thats why dia suka sangat berkaroke..dan dengan suara yang lunak itu beliau telah memanfaatkan kelebihan itu pada sesuatu yang bermanfaat. dia seorang emcee..kalau ade siapa-siapa nak pakai emcee boleh lah hubungi beliau. tak kira untuk wedding atau apa-apa event sekali pun. QIYASARI WEDDING EMCEE atau boleh hubungi 012-3990219. eh terpromote bisness pulak! haha. kena bagi aku komisyen ni woi kalau dapat job! hihi. kalau nak cerita pasal perempuan ni memang kene buat part 1 till 5 kot.haha. oh ye..dia ade blog jugak tau! ce la tengok ape yang die carutkan tu kat SINI..haha.


For u ika, I always love u and always by ur side..aku sentiasa mendoakan agar kau dikurniakan jodoh yang terbaik. kau sangat layak mendapat yang terbaik. kau seorang kawan/pendengar/penasihat/kakak yang baik. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. terima kasih sebab sudi susah senang dengan aku. Nanti kalau da kahwin kau jangan lupa kami!! #eh :')

p/s: sila kurus dengan cepat!

Bye!




Kawan-Kawan Yang Kita Suka =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Kenapa kita nak berkawan dengan dia? korang ada sebab tak kenapa korang  nak berkawan dengan kawan-kawan korang? aku tak pernah terfikir pun kenapa aku nak berkawan dengan kawan-kawan aku sebab aku just berkawan.

Tajuk aku tu macam tajuk sebuah teater kan? teater mini jer yang penah aku tonton bersama kawan-kawan yang aku suka suatu ketika dulu..dan melalui teater ni la baru aku tersedar yang sebenar aku kawan dengan diorang sebab aku suka! ye! sebab aku suka la aku nak kawan! kan?? ade ke orang kawan dengan orang yang die xsuke?? tapi zaman sekarang tak mustahil jugak kan?? huhu..

Dulu aku pernah cerita pasal kawan-kawan aku..kawan-kawan baik aku..ade yang da kahwin pun. Tapi one by one hilang bila dah kahwin..bukan hilang apa..cuma hilang nikmat menjadi bujang yang dapat hu ha hu ha tak tentu hala tu jer ;p

Bila dah kahwin sah2 lah mereka ade tanggungjawab pada pasangan masing..itu adalah lumrah kita dalam menjalani kehidupan di bumi Allah...baby-remaja-dewasa-kahwin-dapat baby-tua-mati. tu lah kitaran hidup kita!

Aku tak pernah story pasal kawan-kawan baik aku kan??kalau cerita pasal dorang memang banyak kot. aku ingat nak buat tribute pasal dorang one by one..ye aku taw ade korang kesah??tapi aku suka bila aku dapat bercerita pasal dorang..they make me smile ;)

Oh ye..kawan-kawan aku ni semua single taw! sometimes we love to be single because we can spent our time together without any commmitment with others. Tapi...sampai bile kan ;(
So..kot-kot dengan cerita aku pasal dorang ni..tersangkut pulak uolls dengan dorang kan best!hahaha..

Tapi...langit tak selalunye cerah..sangat menyakitkan bila kawan baik kita sendiri putuskan hubungan atas sebab yang kita sendiri tak tahu. bagi aku seorang kawan yang baik. kita harus berterus terang setiap apa yang kita tidak puas hati agar ia tidak terus terpendam dan menjadi nanah. dan sangat rugi bagi mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan terutama teman karib. bukan saja dimurkai Allah bahkan dibenci orang.
Tapi ade aku kesah??hahaha..yang penting aku ade kawan yang aku suke! susah senang..gelak tawa semua bersama..InsyaAllah..





Dear My  Friends,
Please...jaga lah relationship kita sebaiknya..
Jangan biar anasir-anasir negatif mempengaruhi kita..
Jangan dengar kata-kata orang lain lebih dari kalangan kita sendiri..
Jangan pernah ada shak wasangka antara kita..
Jangan pernah mengungkit dengan setiap kebaikan yang ada..
Jangan terlalu berkira dengan wang ringgit yang ditabur..
Tegurlah setiap tingkahlaku yang buruk..


p/s: Anyway..Congratulation to my dearest friend Nur Hafizah Abu Bakar sebab akan berkonvokesyen pada 6.10.2012 di PICC..

Bye!
Love U!



Tuesday, October 2, 2012

Tips Shopping Di Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Tadi kan..aku saje la dok view statistik..again!! story pasal langkawi yang sudah berabad lalu menjadi tarikan..eh bukan pasal langkawi jer..tapi semua entry pasal holiday statistik tinggi! and actually pasal langkawi dulu nak update part 3 tapi tak jadi sebab terdapat kekecohan dalam hidup sekejap.agaga..kecoh la sangat! sebenarnye dah ade niat nak share pasal tempat shopping yang menarik di langkawi tapi tergendala. so di pagi yang indah ini izinkan saya share dengan semua!! ececeyh..

1) Pinggan Mangkuk
untuk mendapatkan pinggan mangkuk yang cantik macam porceline (betul ke tidak spelling ni) dan macam-macam lagi la aku cadangkan pergi terus ke Idaman Suri. harga dekat sini lebih murah dan pilihan lebih banyak taw!

2) Coklat
untuk coklat pulak disarankan pergi cari di Haji Ismail Group. macam-macam jenis coklat ade..sediakan duit je. harga takde la semua murah dekat HIG ni..depends jugak pada coklat. contoh masa aku nak beli coklat Daim haritu. dekat HIG RM14.90 tapi aku ade jumpe dekat kedai lain RM13.90 tapi coklat2 lain HIG lagi murah. so..pandai-pandai lah..

3) Kain Batik
Untuk kain-kain sarung ni, setelah aku tanya kawan-kawan aku yang duduk di langkawi mereka menyarankan untuk borong di Beras Terbakar..tapi mak cakap lebih kurang je harga dia..muahaha..maybe anak jati langkawi lebih arif kot. tapi dari pandangan aku. dekat beras terbakar banyak pilihan! so takpayah nak penin-pening kepala..pergi je la sana..ngeh3.

4) Gamat
Ok. bagi segala jenis produk yang berkaitan gamat pula, aku pergi ke Nusantara. situ macam-macam pun ada..tinggal pilih, ambil dan bayar jer. situ banyak pilihan!

5) Rokok
Actually rokok harga sama jer dekat mana-mana dalam langkawi ni..tapi member aku kata kalau nak murah lagi carik dekat kedai-kedai runcit kecik-kecik tu je..situ harga lebih murah. let say harga 1katon RM47.00 tapi dekat kedai runcit kecik2 ni boleh dapat RM45.00 1katon.

Hmm..rasanye lima item ni je kot yang terhangat di Langkawi..huhu..dah habis idea sebab aku pergi langkawi 5bulan yang lalu..sekarang dah ingat2 tidak dah..at least aku boleh share something yang boleh memudahkan korang..so takpayah dah korang nak tercarik-carik dan membanding-banding kan harga lagi kat sana..buang masa je kan. oh ye..kalau korang balik hari je and beli barang2 banyak..korang kena tax taw! tapi kalau duduk berhari-hari takde masalah cume simpan tiket flight atau feri korang masa datang tu jer.

hope entry ni membantu lah..enjoy and happy shopping! ;)


WOW!!! Ramainye yang view!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Saje la pagi ni bukak blog ni..tengok-tengok statistik kejap..al-maklum la cikcleo ni kan da lama gila tak update blog..jarang-jarang..kadang-kadang gittew..ada ke tidak yang nak membace nye lagi?? ke dok syok sendiri aje nye cikcleo senget ni..

Wow!! tanjat beruk gegurl bile tengok statistik..bulan lepas bape kerat je story gegurl update..tapi reader lebih 1k..hmm kire ok la tu kan bagi orang yang malas nak mengupdate cam gegurl ni..eh jap cikcleo jap gegurl...sah gedik! heee..

So temanya lepasni aku kene mengrajinkan diri untuk mengupdate sebab ada yang membaca..tak gittew??puuiii...ni kire perasan ke ha??lalalala..

bye sayangs! 
love u! ;p