Wednesday, August 10, 2011

Hati-hati membeli makanan dan minuman di bazaar ramadhan

Assalammualaikum w.b.t

Semalam bff aku yang buat part time di bazaar ramadhan ada sms aku, dia cakap kawasan bazaar dia ada inspection dari orang kesihatan, habis semua sample kuih yang terdedah di ambil sample untuk mengkaji tahap kebersihan makanan tersebut. tapi bff aku tak kena la sebab dia jual makanan yang bertutup.

 Rupa-rupanya ada seorang remaja berumur 16 tahun telah meninggal dunia kerana keracunan makanan. dan disebab kan kes ini juga semua peniaga di arah kan membuat pemeriksaan kesihatan haritu jugak dan disambung lagi hari ni. bayangkan la berapa ramai peniaga kan.

Then, my bff pesan, jangan suka sangat beli air di bazaar ramadhan sebab dia dapat berita yang mungkin budak yang meninggal tu keracunan sebab ais yang dia minum di buat dari air yang kotor. geli pulak aku dengar. on the spot kedai yang menjual ABC dan cendol dekat kawasan bazaar ramadhan tu di tutup. hmm..selamat la aku dengan family kalau beli air dekat bazaar memang tak beli ais sekali.

Aku tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ni. aku just cerita kan balik apa yang bff aku tu bagitahu sebab dia kerja dekat bazaar tu..benda ni juga sebagai peringatan kepada kita semua. masak sendiri kat rumah lagi sedap kot kan?hee..

p/s: puasa da 10 hari. Alhamdulillah xda masalah lagi stakat ni =)



6 comments:

Anum said...

salam takziah buat arwah

dear anies said...

PARAM...ari pertama je ok

kindergartenlibrary said...

ngeri lah pulakk ~

miZz_nizZ said...

need to be ware..ice kn?

Ali ridha said...

kita nak beli pada penjual yang bersolat.boleh kenal orang kenal ni.melalui luaran pun dan tahu.

kay_are said...

lain kali kne ati2 dan pandai pilih bazaar yang sesuai r..