Assalammualaikum wbt
2 Disember 2011..Hujan lebat yang agak lama tak macam hari-hari biasa..dalam hati terdetik, 'kalau macam ni ada tempat yang banjir ni kang'. hujan yang agak lama itu juga membuatkan mata ini mintak di dodoi kan..ok fine tido kejap..cemburu pula tengok suasana yang sejuk dan nyaman itu..
pic credit to google |
Bila tersedar dari tido, terasa nak online. macam biasa, HP dicapai dan facebook dibuka. biasa la hobi membaca status rakan-rakan. lagipon facebook ni medium berita yang paling pantas dan boleh dipercayai. ramai rakan-rakan yang update tentang banjir di kajang, tsunamai di kajang. kajang banjir teruk. macam-macam la lagi tentang pekan kajang. aku bangkit tapi buat cool je. adik aku pula pulang, aku cerita la yang 'pekan kajang banjir wei'. dia jawab..'oh patut la aku dengar orang asyik bercerita pasal banjir tadi, tapi tak tahu dekat mana'. pukul 8 malam standby depan tv macam biasa tapi kali ni nak dengar kesahihan cerita banjir. yes! memang betol..boleh tahan gak banjir kilat dia. Terus keluar dari mulut aku 'naseb baik tak da appointment braces harini. kalau tak tersangkut aku tengah banjir'. mak dan adik beradik semua terkejut dan bersimpati dengan kerugian yang bakal dialami mereka.
kakak pula pulang..kelam kabut perempuan sorang ni masuk rumah sambil bertanya 'kajang banjir kan! ada keluar berita tak?'. ternyata setiap warga bangi sudah tahu tentang berita ini. apa tidaknya kajang kawasan jiran. nasib baik la air tak sampai bangi. kalau tidak kereta habis menjadi makanan air lumpur itu.
Wakaka..panjangnya mukadimmah aku..saja nak test try uji tengok skill mengarang aku, manatau boleh karang cerpen pula lepas ni..ngeh3..tema dari story banjir ni..kita hendaklah sentiasa berwaspada, malapetaka boleh datang bila-bila. pekan kajang tu da terlalu sesak. sampah pun banyak kot. selangor tak pernah banjir kilat cenggini..tapi sekarang tak mustahil selangor boleh jadi mangsa banjir seperti negeri-negeri di pantai timur, johor dan sebelah utara..watch out guys!
**huh naseb baik rumah aku tinggi melangit**
2 comments:
dasat2.. kejap je air naek..
follow sini...
Post a Comment