Friday, January 13, 2012

Berusahalah wahai si penganggur

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Entry pertama di tahun 2012..pergh bapak teruk kau blogger! bila dah duduk di rumah patut banyak masa terluang untuk mengupdate tapi tak ada idea la nak mencarut ape..adoi apapontakboleh ;p

sejak 2 3 menjak ni baru lah giat nak mencari kerja..mengelupur kejap bila tahu yang rakan-rakan seperjuangan telah mula melangkah ke alam pekerjaan..yang aku masih diawang-awangan..semangat ditanam dalam diri..muka harus ditebalkan setebal kamus dewan edisi terbaru. adui..rembat je apa pun peluang yang datang kerana pengalaman adalah yang terpenting..gaji tolak belakang dulu..

Bumi Allah ini besar..rezeki ada dimana sahaja..terpulang pada kita untuk mencarinya. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal. Jika masih tak dapat kerja tu bersabar lah, mungkin rezeki kita belum ada lagi..tetapi mungkin rezeki yang lebih besar menunggu di hadapan..insyaALLAH..setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya ;)

Kerja itu adalah ibadah..kerja kerana Allah dan aku ingin memanfaat dan mengaplikasi segala ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari selama 6 tahun kepada yang sepatutunya justeru memberi manfaat kepada komuniti setempat, agama dan negara.

FIGHTING SAHABATKU ;)

2 comments:

kay_are said...

entri ni dah lame.. ko pun dapat keje dah kan so tahniah!!

cikcleopatra said...

thanks k r..leb u..ngeh3x.