Thursday, December 1, 2011

4Days 3Night Kuching Budget Trip!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum ;)

Maaf lah lama tak update blog..perasaan malas datang membuak-buak tanpa dapat dihalang lagi -.-'
sebenarnya banyak benda nak update tapi kenapa tah jari jemari ku yang runcing ni pemalas sangat..menyirap gak dengan dia kadang2..ngeee..

9 - 12 November 2011 hari tu, aku ada buat trip sendiri ke kuching..tiket flight da ditempah masa bulan februari lagi..murah gila kot tiket! sampai gugur rambut aku ni tengok tiket murah camtu..hehe..RM35.00 return tiket..mahunya aku tak menggelitis tengok rege camtuh..terus book la kan.  pada awalnya nak pergi 7 orang, tapi cancel last minit..tinggal la 3 orang (Fiza, Faizal, Aku). tapi kami redah je..itu pun berbekalkan kekuatan dari cousin aku si Eddy Azri yang memang menetap di kuching kerana bekerja..cewah! pehal ayat cam skema nak mam ni!! adoi la ai..

our trip began!
Kami dekat Kuching memamg as backpacker la. sampai airport je eddy fetch kami then bawak pergi cari hotel. Punya la  nak cari the best price..kira hotel paling bajet la kan..yes memang dapat! RM60.00/night. kami book for 1 night..fuh  nasib la 1 night je..hotel sebijik cam hotel ayam! adoi memang tak boley tido malam aku. dengan bocor lah, aircond tak rasa lah, katil goyang lah, lampu bilik air takda lah..senang cerita itu bukan hotel tapi rumah tinggal! da la scary -.-'. esok pagi-pagi terus kami cabot..huarghh bad servis..nak mintak tukar pun tak bagi. staff cam harr..nama apa tah..lupa pulak..almaklum la teruk bebeno. that place not  hotel but Inn.

kawasan wajib posing!
sampai je kuching, kami just jalan-jalan dekat main bazaar and waterfront..usha-usha cenderamata, jalan kaki je dari hotel.. time ni aku try makan nasik goreng serawak. nasik goreng dabai! not bad..sedap, harga RM5 ;)
dekat waterfront ni banyak kedai yang jual cenderamata, tapi kena pandai carik the best price. tapi gua cakap sama lu la. dekat kuching tempat yang murah nak beli souvenir hanya di waterfront tu je la. tak payah susah-susah nak carik tempat lain. tapi paling murah ada satu kedai pemborong tu. the best la harga dia. boley tawar menawar lagi.

ni la kedai yang murah tu.
second day, kami pergi tempat wajib pergi dekat kuching! kami pergi culture village. kalau pergi sini umpama korang dah pun menjelajah satu sarawak. seriously! culture yang dorang tunjuk sangat mengujakan.hehe.
Harga dewasa RM60.00/pax very expensive la. tapi sarawakian RM25.00 and student only RM15.00. nasib baik aku bawak student card aku..jimat RM45.00 aku..ngeh3..dalam culture village tu kita dapat lihat dan belajar cara hidup suku kaum yang ada di sarawak..awesom! but panas!!adoi. pagi show dorang pukul 11.30 pagi..petang tak tengok la pulak..ngee..

for the 2nd night kami menginap di Fatah Hotel. harga memang terbaik! service best! bilik memang tersangat berbaloi dengan harga la der. yang bajet traveller tu boley la mai sini.




posport ni la menjadi sumber inspirasi aku untuk merondek..ngee..
After that, kami pergi makan. and this time i try mee kolok and Teh C peng special..harga murah je RM3.50 for mee kolok..rasa dia..memang terbaik wook!! menu ni wajib try la der kalau ke sarawak..baru feel..rasa nak lagi! lepas perut kenyang senang hati..kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kuching..tempat wajib lawat jugak.hehe. thanks dekat eddy sebab jadi tour guide kami..ngeh3.

Cat Museum
my mee kolok ;)
third day, eddy bagi pinjam kereta kawan dia supaya mudah untuk kami bergerak..Ya Allah baik sungguh hati mu 2 pupu ku..haha.bergonjeng sakan la..plan nak pergi pusat peliharaan orang utan semenggoh and Jong's crocodile farm. kami bertuah sebab semua tempat yang kami pergi kami dapat tengok show..ni pon eddy dah inform awal2. dia kata bukan senang nak tengok orang utan tu keluar..siapa yang bertuah je dapat tengok..hehe. pukul 9 pagi adalah feeding time and entrance fees is free! so kami pergi time tu. best siot..siap main tepok amai2 lagi dengan orang2 utan tu taw..comel sangat macam faizal..kahkahkah. dah puas kami pon chow..

next Jong's crocodile farm..feeding time pukul 11.00, entrance fees RM16.00/adult. pon mahal! huh. tapi kami masuk jugak la..bukan selalu dapat datang kan. pun puas hati sebab dapat tengok semua show..Alhamdulillah..dalam tengahari kami da pergi semua tempat..agak macam banyak lagi free time kami pergi la naik bot penambang dekat waterfront tu. pergi dekat kawasan kek lapis. Eddy cakap kek lapis paling sedap MIRA kek lapis. sebab dia punya kek lebih lembap berbanding dayang salhah. dayang salhah dah jatuh ranking no 2 la kiranya. 


Hot Mama

menanti boye2 diberi makan

go pezal! go! eh salah..go boye..go!


boat penambang. hanya 50 cent saja untuk sehala

the last day! kami plan pergi ke pasar sariken. tempat membeli belah yang best..bersempadan dengan kalimantan..kalau datang sarawak tak sah la kalau tak pergi pasar ni. setelah diberi direction oleh eddy. kami sampai la dekat pasar ni dalam masa satu jam je taw! hebat lah untuk seorang perantau dari KL..sebab kawan kami pun ada pergi tempat ni. tapi 2 jam kot baru sampai..sesat! adoi sian..dekat sini benda yang murah macam udang kering..RM25/kg..mak cakap murah sangat! benda tu la nya pon mak aku pesan..huu..kain sutera indon dan batik halus banyak..kena mintak kurang taw..mintak kurang kaw2 punya sebab dorang markup pon kaw2 punya.hehe..after shopping tak henggat! kami terus pergi pulapol kuching (tempat eddy) untuk pulang kan kereta. lepas tu eddy bawak pula kami pergi shopping terubok masin dekat pasar basah satok dan pergi borong kek lapis (kali ni naik kereta, tak naik bot). hari terakhir ni la kami shopping habis2an sebab malam kami akan fly ke KL. hari terakhir ni jugak aku sempat rasa laksa sarawak made by sarawakian..puas! tapi the last day ni tak sempat nak ambil gambar sebab gila shopping macam orang kurang siuman ;p

Lepas da nanges2 lap hingus ijau bagai sebab nak berpisah dengan eddy..kami pon selamat sampai KL jam 11 malam. budget aku ke sana hanya la RM300.00 tak termasuk shopping..masuk shopping jadi lah RM500.00..anda mampu melakukannya..hehe. tapi yang kelakarnya aku jumpa ramai kawan-kawan dari semenanjung kat sana..jiran aku pon ade..hadoi la ai..keciknya malaysia..ngeee..

thats eddy! my 2 kupu-kupu ;)

Sekian sahaja carutan saya..selamat bercuti! ;)

Kalo asik boleh la LIKE,



4 comments:

senyumSOYA said...

waaa!!! bestnya dapat jalan2!!

aksarafendi said...

dlu abg fndy pegi, siap trjmpa 4 org istiadat kt sne yg bwk fmly gi hliday brasingan..hahahha pastu leh lak terjumpa BONDA ngn husband dia kt sna..kcik je dunia kan..hahha semua ambk tmbg murah yg msa..
ni yg wat xsabar nk g kuching lagi thun dpn ni..

cikcleopatra said...

ha kan!! sume pg sbb tmbg murah.hahaha..nk pg lagi? tiqa xmaw pg da..keke.

cikcleopatra said...

senyum soya : best2!! jom pg.hehe.