Friday, November 23, 2012

Pray For Gaza and Save Gaza..

Bismillahirrahmanirahim..
Asalamualaikum wbt..

"Ya Allah..Kau lindungilah saudara islamku di Gaza..kau bantulah mereka Ya Allah.."

Sedih, Geram, Marah, Terkilan semua ada..tatkala tangan menyelak surat khabar..air mata terus menitis melihat kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza yang tidak berdosa. semakin ramai kanak-kanak dan wanita menjadi sasaran. Terus tangan diangkat dan doa dipanjatkan pada illahi agar saudara2 ku di palestin tabah menghadapi dugaan ini.

Jauh disudut hati ingin saja aku pergi membantu, membawa mereka ke malaysia yang aman damai ini. hidup di negara ku ini. tapi apakan daya. hanya doa, sumbang dan boikot saja mampu aku lakukan dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka dan menghentikan dana kepada israel laknatulah itu. terfikir mana perginya pemimpin2 islam didunia ini. mengapa mesir memberi ruang untuk tentera israel menyerang Gaza sedangkan kita sama2 negara islam ;'( sungguh kecil kuasa orang islam di dunia ini hingga tidak mampu membantu saudara seislam sendiri.

Alasan yang digunakan oleh Israel untuk menyerang palestin sungguh tak rasional!! tentera hamas memang menyerang israel di sempadan gaza..tapi sebab apa??? sebab mereka mahu pembebasan dan tidak mahu tanah mereka dijajah serta diceroboh!!!!!! negara barat seronok menyokong israel terutamanya Barack Obama! terang-terangan memberi kenyataan bahawa itu hak israel untuk mempertahankan diri. tapi pemimpin dungu ini tak fikir tentang hak penduduk palestin yang dahagakan kemerdekaan dari dulu, tak sedarkah bahawa tanah palestin semakin hari semakin kecil atas jajahan israel??? Astagfirullahalazim...boleh menitik air mata ni jika terkenangkan nasib penduduk Gaza.

Itu kisah di Gaza..di Malaysia pula lain ceritanya..sibuk orang Israel menyerang Palestin. kita sibuk dengan isu Boikot McD..Frankly speaking, itu hak anda sama ada mahu makan atau tidak McD tu. Bagi aku, selagi aku termampu untuk membantu dan menyokong saudara di palestin aku akan lakukan. setakat memboikot dengan tak makan McD, Nestle, Coca-Cola tak mati pun! Benda ni nampak remeh bagi sesetengah pihak sampai di isukan pula. Masing-masing berdebat mahu menegakkan pendirian masing2..memang tak berdosa tak makan semua ni. ini bukan soal dosa atau apa-apa je. ni soal KEMANUSIAAN! kita tak sedar yang sebenarnya tanpa kita tahu sedikit dari keuntugan McD tu telah disalurkan pada Israel. Sanggup pulak kita tengok israel terus-menerus membedil Palestin sebab sumber kewangan yang tak pernah putus dari kita. Waalahualam..jauh bezanya pergi berperang sendiri di Gaza dengan berperang nafsu untuk tidak makan McD di negara yang aman damai dan kaya dengan pelbagai jenis makanan lain. Takkan tu pun tak mampu untuk dilakukan?? fikir-fikirkanlah.

*oraite, actually entry ni ditaip sebelum gencatan senjata dilaksanakan. terhenti di 3/4 jalan kerana urusan kerja yang tiba-tiba sibuk kemain!hihihi..well now Alhamdulillah, saudara kita di Gaza kembali selamat. Aku berdoa sangat yang mereka terus selamat. mudah-mudahan..walau aku tahu kisah sejarah Islam sebenarnya. Islam akan selamat apabila turunnya seorang nabi Allah, Isa AS yang bakal menyelamat umat islam dan islam akan menang jua suatu hari nanti dalam peperangan dan waktu itu nanti kiamat sudah tersangat hampir dengan kita. Adei..meremang pulak bebulu rome nih..so ayuh tingkatkan ibadah dan always pray for gaza.*

Wasalam..


1 comment:

kay_are said...

semoga gencatan senjata ni betul2 dipatuhi sume pihak kan.. kadang2 barat ni licik.. takut lain lak jadinye.. hmm.. bace bawah sekali.. memang seram r.. sebab sebelum nabi isa as tu turun, dajjal datang dulu kan.. lagi berat dugaan mase tu.. hmm..