Friday, September 28, 2012

BRACES: Selepas Setahun Bergigi Besi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.

Search pasal braces??pendakap gigi??
Haa..tu lah rating tertinggi kat blog cikcleopatra ni..
aku dulu macam korang jugak..before pakai natang ni nak buat research dulu..bukan nak membabi buta je pakai..ye dop??mesti korang nak tau price, klinik mana yang offer harga terendah, better service semua, lepastu nak tahu step dia semua kan? aku tahu ler..sebab tu sume keje aku dulu.hehe.

Now da 1 year aku pakai..Alhamdulillah..takde masalah pun..just klinik yang aku langgani tu (errr boleh ke gune ayat laggani tu??lantaklah..haha) lembap sikit because da semakin ramai patience die..dokter ortho pulak sorang je..kadang2 aku bengang gak sebab sometimes tu kene tunggu sampai hampir 2 bulan untuk next appoinment..aduyai..lambat la gigi aku nak gerak gamaknye kan..terpakse la kawin dengan braces cenggini..#eh haha.

Oraite..so far so gud..most of my friend cakap gigi da teratur dan kedalam..haha..Alhamdulillah..tengok la hasilnya selepas setahun..penat aku tayang gigi ni..sungguh-sungguh aku nak jadi kan gigi aku tu subjek utama dalam gambar ni...dah macam itik je aku tengok..tapi untuk uolss tak pe la..terima la aku seadonya..

ni baru je keluar dari dental clinic terus snap gambar dengan o-ring biru with my gigi rabbit ;p
kalau nak tengok perbezaan dulu dan sekarang sila lah ke SINI..lagi buruk!!!malu pulak bila tengok balik..haiya..naif nye aku bergambar..haha..agaknya bila aku da bukak braces ni nanti cane lak la post aku..kehkehkeh.

Oh yea..nampak x macam ade getah kaler cream yang kiri kanan tu?? haa..yang tu motip nya untuk mempercepatkan pergerakan gigi aku ni..skrang gigi bawah tinggal sikit je lagi ruang untuk dirapatkan..siang malam la aku pakai..dan selama setahun jugak aku xdapat dipisahkan dengan pencungkil gigi dan juga listerin! setiap kali lepas makan wajib mencungkil sebab makanan salu tersekat..selagi tak tengok cermin lepas makan jangan harap aku nak borak sakan dgn korang!!hihi..

Ramai orang cakap pakai braces senang kena ulser kan??tapi selama setahun aku pakai braces sekali je aku kena ulser uolss..punye la aku berjaga-jaga..pantang aku banyak cakap!! kompom ulser..haiya..tapi dengan listerin semuanya selesai.ececeyh..aku kumur dengan listerin paling pedas tu..insyaAllah ulser xjadi dan mulut rase segar bugar ;)

ermm..tu je nak share..tunggu la lagi setahun ke pulak aku update lagi..hehe..anything just ask me okey..insyaAllah aku akan sedaye upaya menjawab ;)

bye!



Lebih baik jika dia mencintai kita lebih dari kita mencintai dia

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Sempena jumaat yang indah ini..aku nak share sikit pasal ayat ni:
"Lebih baik jika dia mencintai kita lebih dari kita mencintai dia"
ermmm betol ke?? dulu yes i do! aku carik benda ni..but susah la sebenarnya..macamane la kita nak cinta orang yang kita cinta suam2 kuku tu je? ;p

TAPI....sebenarnya betul sangat perumpamaan tu..SEBAB..kita boleh mengubah dan mendidik diri kita untuk mencintainya dan memberi yang terbaik kepada sebuah perhubungan..tapi sangat sukar untuk mengubah orang lain untuk menyintai kita sepenuh hatinya..

hiduplah dengan orang yang boleh membahagiakan kita dari orang yang menyakiti hati kita je tapi kita terpakse rela sebab kita sayang die..hamaigad!! paham x? hahaha.

Ok la..aku nak pergi membeli dan belah di jusco..hooyeah!

Bye!


Friday, September 7, 2012

Andai Aku Bercinta Lagi...

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
WalailahaillAllah,
WaAllahuakbar,

Assalamulaikum wbt.

Wah3!! terlalu banyak perkara yang dipendam seorang diri selama ni..sekali berblog nak masukkan semua. nak masukkan semua perkara yang dipelajari dalam tempoh berdiam diri. Nak kongsi kepada semua! Aku bukanlah wanita solehah tapi cuba untuk mengubah diri menjadi solehah..insyaAllah =)

Aku akui aku pernah terjebak dalam kancah 'couple'.
couple dalam tempoh yang agak lama.
tapi malas nak cerita bab-bab couple ni sebab baru sekarang aku rasa benda tu lagha, buang masa je...aiyark =.='

Kenapa la baru sekarang sedar kan? tapi syukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku bertaubat.
Allah baru uji sikit, tapi Alhamdulillah mata hati aku terbuka luas untuk melihat hikmahnya.
Aku perbanyakkan membaca bahan-bahan ilmiah berkaitan hubungan cinta sesama manusia. Ternyata selama ni aku leka dan alpa dengan godaan syaiton semata. syaiton yang bersorak riang bila dapat menyesatkan anak-anak adam.

Sekarang dan Andai aku bercinta lagi..
Aku mohon agar Allah kurniakan aku seorang imam yang dapat membimbing aku, ahli keluargaku serta zuriatku.
Aku mohon seorang insan yang yang dapat mencintaiku kerana Allah Ta'ala.
Aku mohon seorang insan yang dapat membimbing aku di dunia dan akhirat.
Hanya itu yang aku pandang..aku tidak perlukan seorang yang berjawatan besar, berharta benda, kacak bergaya yang dimana dulu itu tidak lari dari perhatianku.
Sekarang cukuplah seorang imam untuk ku..tempat untuk aku bertanya tentang agama..agama..iye agama..

Mula berhenti untuk mencari yang sempurna dan soleh.
tetapi cuba sedaya upaya untuk mensolehahkan diri ku.
Kerana "yang soleh untuk yang solehah' kn?

Andaiku bercinta lagi,
Aku mohon Allah jauhkan aku dari segala bentuk maksiat yang dulu dipandang enteng saja.
yang aku anggap remeh dan tak pernah terfikir bahawa perkara-perkara itu dimurkai.
Aku inginkan sebuah hubungan yang halal.
Hubungan yang diredhai Allah.
yang bebas berpimpin tangan, berucap cinta dan rindu tanpa salah.

Aku nak kahwin???
Jawapannya..IYA.
Aku nak kahwin..
Jodoh itu rahsia Allah..Tapi Allah juga tak suruh kita tunngu je jodoh tu datang bergolek. kita perlu berusaha diringi doa tanpa putus kita juga berhak untuk memilih yang terbaik ikut kepada kehendak kita. InsyaAllah. yang penting Doa dan S to the A to the B to the A to the R..SABAR! :')

Sumber: google

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang sangat indah." 





IKHLAS kerana Allah..

Bismillahhirahmanirahim..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
Wala ila haillahallah,
WaAllahuakbar,

Assalamualaikum wbt.

IKHLAS..
Kadang-kadang kita ucap ikhlas dibibir tapi hakikatnya hati mengungkit..
Redha dibibir tapi kesal dihati..
Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah tapi dihati inginkan balasan..

Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Mudah diungkap tapi sangat sukar untuk dipraktikkan dengan erti kata sebenar kerana Allah SWT..
Sebab Syaiton itu sentiasa ada untuk menyesatkan kita umat nabi Muhammad SAW.

Marilah kita belajar ikhlas dengan percaya pada Allah. 
Percaya denga janji Allah.

Rezeki kita akan dimurahkan jika kita ikhlas apabila bersedekah kerana Allah SWT.
itu janji Allah!
Tapi berapa ramai orang yang riak dan menunjuk2 apabila bersedekah?
Berapa ramai yang kongsikan sedikit daripada gaji dan bonus yang diperolehi dengan bersedekah?
Berapa ramai yang berkira-kira dahulu sebelum bersedekah?
Semua ni kerana mereka tidak percaya pada janji Allah.

Itu soal sedekah..bagaimana pula soal dalam berkasih sayang sesama manusia?
Berapa ramai yang berkasih sayang kerana Allah?
Berapa ramai yang bercinta ikhlas kerana Allah demi mendapat keredhaa-NYA?

Itu soal Kasih sayang sesama manusia..bagaimana pula dalam menajalankan kerja seharian kita?
Berapa ramai yang bekerja mencari rezeki dan pendapatan yang halal ikhlas kerana Allah? kerana kerja itu satu ibadah?
Berapa ramai yang belajar demi mendapat ilmu ikhlas kerana Allah?

Ikhlas itu sentiasa bersama kita sejak kita mula mengenal dunia..tapi tidak semua dapat mempraktikkan ikhals itu dari makna yang sebenar-benarnya IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

Sekadar renungan untuk kita bersama. Semoga kita dapat mendidik hati dan jiwa kita kepada makna ikhlas yang sebenar =)


ISTIQOMAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani..

Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak update blog! lama sungguh! sangat lame! ishk terlalu lama! aiyoyo lamanye... :)
Entry sebelum ni pun macam tergendala..memang sangat tak istiqomah la hati ni untuk menyambung cerita langkawi tersebut. Nak update sekarang macam burppp xlayan =.='

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam tempoh mendiam kan diri di blog ini..terlalu banyak dugaan dan cabaran hidup yang berlaku. Berlaku perubahan besar dalam hidup dan aku mula mengenali erti sebuah kehidupan sebenar..ececeh pepoyos je ayat. tapi itulah kenyataan =.='

Ramadhan yang lepas telah mengajar aku banyak perkara baru dalam mendekatkan diri kepada-NYA, sedikit demi sedikit aku cuba untuk berubah menjadi seorang muslimah yang betul-betul dikehendaki islam, yang telah digariskan di dalam AL-quran dan As-suunah.

Bukan senang mahu mendekatkan diri kepada-NYA, ada saja cabaran dan dugaan. semua tu perlu ditepis. Jujur aku cakap perubahan ini berlaku setelah aku diberi ujian yang alahai kecil sangat..ala-ala celah2 gigi gittew..tapi biasa lah aku manusia lemah yang tipis sabarnya. Melalui Ramadhan kali inilah aku mengenali majlis-majlis ilmu yang dulu aku sangat malas nak pergi. aku mula mengenal tahjud yang boleh dikira dengan jari berapa kali aku bangun untuk melakukannya. mula melakukan dhuha yang tak pernah aku nak buat. Teruknya lah kak temah ni!!! 

Masih dalam proses merubah diri. seriously BUKAN MUDAH!! syaiton sentiasa membisikan perkara-perkara yang munkar! Paling sukar adalah untuk melawan NAFSU! Ya nafsu..nafsu yang macam-macam tu =.=' #YaAllahKauIStiqomahKanLahAku..