Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday..bersama teman baik ketika LI tahun 2007..we've meet after 4 years!

Siti Bahiyah u still in my mind ;)

Perdana Menteri Salam Aku!!

AMARAN KERAS: INI ADALAH ENTRY MEMBONGAK!

Assalammualaikum wbt..

Ha kau mampu??? ade pm salam kau?? sila muntah di dalam baldi..terima kasih.
PM dok hulur tangan kat aku haritu. aku nak tolak sebab bukan muhrim kan. tapi kang mengaib kan dia pulak. so terpaksa la hulur jugak..Thanks you sebab sudi salam dengan I..muahaha.

gambar kami bersalaman tak boleh nak show off kat sini kang kontroversi! mati aku kena kerat 18 kang.
tapi ada la gambar muka beliau yang baby face tu aku snap ;p

wif my sayangs..sorry dear sebab PM pilih aku

huh ramai betol.
 
dear dah mari!

OMG..too closed ;p

thanks coz visit me dear.
OK..malas nak cerita lebih-lebih kang ada jugak yang muntah darah..
anyway it's JPM open house..great concept. like it ;)


Chicken chop Full House, Sunway Pyramid memang best!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt.

Yezza! memang sedap chicken chop dia..sampai orang lain punya aku bedal..da lama nak try makan kat situ tapi tak berkesempatan nak pergi sana. haritu pergi je sana terus aku heret partner aku masuk that restaurant..aku makan spagetthi dia makan chicken chop. ingat tak sedap chicken chop dia sebab pakai raisin sauce..rupa-rupanya...pergh memang sungguh2 aku bedal chicken chop tu tanpa belas kasihan. lalalala..harga not bad. berpatutan and common. 

seafood spagetthi..rasa dia baisa je.

Air dia memang buat aku kembung, boleh minum 2 orang kot. ice lemon tea.

chicken chop! terbaik.

So what are you waiting for..let's try! ;)

Aku si capek!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Lama kan tak update blog? tapi still ade yang melawat..terima kasih awak!! ;)
Hari ni dapat lah mengupdate blog siap tukar header baru lagi..class kau maria!
Yesterday my bad day! sebab semalam harini aku MC..Dislike mc.
disaat akhir di PICC ni la aku nak buat hal. buas sungguh..

ceritanya semalam ingat nak pergi la naik cruise dengan family sebab ada tiket yang valid till this friday..aku memang awal-awal lagi da beli tiket ni sebab half price. dengan confidentnya aku pergi sana ingat nak naik cruise pukul 6.45pm sebab orang tu kata that time kita dapat tengok matahari terbenam. so nice!

Pergi je rupa-rupanya pukul 6.45 tu time weekend..erghh!!! bengkek je. tapi takpe la..tak da rezeki. so plan nak pergi la wednesday yakni hari ini..Time nak balik tu dok la snap gambar 2 3 keping..nah gambar nye:




Then, the last picture aku lah snap..after snap berlari la dekat kereta nak balik cepat sebab da maghrib kan..
tibe-tibe aku terus hilang dari pandangan mata orang ramai..terjelepuk kebawah hampir mencium hincik tayar BLM..pergh..siap bunyi krek-krek lagi..kaki tak boleh nak gerak dah..tapi yang kelakarnya aku siap gelak sakan sebab jatuh. atoi kelaka..nasib baik tak ramai orang..cis bedebah punye longkang..apa rasionalnya anda disitu ah???

ni lah gmbar bertuah tu..dan longkang tu la buat aku mencium hincik tayar kesukaan ku..grr.
Dan akibat dari itu, kaki bengkak!! sakit siot. pergi klinik Zalfah, doktor pon terkejut tengok bengkak kaki aku yang begitu cepat membesar..Doktor bagi ubat and then suruh aku pergi buat x-ray. dkhuatiri tulang patah atau retak atau muscle injury..dah! pucat aku dengar..mana boleh dengar sakit2 ni..aiyoo..aku nak kerja tapi doktor tu bagi MC..erghh..



Dan pagi tadi dah buat x-ray..doktor cakap it's normal..alhamdulillah..legaaa...tapi takda siapa dibenarkan usik kaki aku..kalau taknak kene tendang la..


Yeah..esok datang office dengan gaya jalan terbaru dari aku..jalan si capek! baru style!

Moral of the story..sila pandang jalan ketika jalan!

Sekian ;)


Monday, September 5, 2011

pergh...lama gila tak update blog. sekarang update!

Assalammualaikum wbt.

Perghhh..seperti tajuk di atas..lama tak update kan..sebab bulan lepas aku ditempatkan di unit busy..yakni unit penyelarasan majlis ataupun sales and marketing la..asal nak update je call masuk..ar da tu cane?? terpakse la melupakan hincik blog aku ni buat sementara waktu. kerja lagi penting kan??? dan sekarang ni baru masuk unit baru..iaitu f&b.huhu..cano lak kojo eh nie..sebulan gak den kono dok sini..hari ni lepas report duty kat f&b aku dok jaga jap tempat PA bos sebab harini semua pun cuti..boring ramai yang tak da  ni. so dengan bijaknya aku memanfaatkan masa-masa  yang terluang dengan melengkapkan buku log dan mengupdate blog..hehe..bijak2.

Dah malas nak merapu meraban tak tentu hala dengan kisah peribadi yang buhsan ini. dan walaupun da terlewat, tapi still nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA!!!