Thursday, December 1, 2011

Heritage Tourism..saya suka!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..

Heritage tourism atau pelancongan warisan kurang digemari dikalangan belia kita..tapi disebabkan taraf pendidikan semakin tinggi di malaysia menjadikan skop pelancongan ini semakin di gemari.. is like me and friend..mungkin kami dari bidang pelancongan dan diakui bahawa minat saya terhadap pelancongan warisan ini banyak dipengaruhi oleh pensyarah-pensyarah saya semasa melanjutkan pelajaran. saya lebih menghargai warisan sejarah yang terdapat di malaysia. kalau dulu datang just bergambar tapi kini datang untuk lebih mendalami sejarah2 tersebut. saya ambil masa untuk membaca semua penulisan di setiap cerok kawasan sejarah tersebut.

Mungkin tempat warisan sejarah seperti lembah bujang dan Kellie's Castle tiada apa-apa yang menarik tetapi jika diamati setiap sejarah dan kesenian yang terdapat di tempat ini baru lah kita lebih menghargainya. Kellie's Castle di Perak. Bila saya menyatakan hasrat saya untuk melawat tempat ini, ada saja soksek2 yang saya dengar seperti:
'eh buat apa nak datang sana? bukan ada apa pun..berhantu je'.
Tapi saya tak heran dan saya malas nak jawab persoalan sebegitu. yang saya mahu hanyalah ilmu dan menghargai warisan yang ada di negara kita. kesedaran tentang itu masih kurang dalam masyarakat kita.
kebetulan adik saya belajar di UITM Seri Iskandar, semasa konvokesyen adik saya hari tu saya bertekad untuk melawat jugak dan akhirnya termakbul! eceh..tiket dewasa berharga RM4.00..ok lettew..untuk baik pulih kawasan ni kan. kebetulan masa melawat tu ada shooting Nilapura..erghhh..kacau jer!!xdapat nak jalan ke setiap pelosok castle tu..hmm..tapi kan..melawat2 gak..tapi posing tatap nyah! ;p





ok yang ni bukan posing k..kusyuk bace history ;)

Selamat melancong ;)