Tuesday, February 14, 2012

Kenapa kaum hawa suka merajuk?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..


Hari ni banyak cerita pasal 'awek merajuk' yang aku dengar dari rakan-rakan..ada juga yang tanya "kenapa perempuan suka merajuk eh?"..biasa lah..wanita memang tak boleh dipisah kan dengan sikap merajuk. Aku pon tak ketinggalan untuk turut serta dalam adegan rajuk merajuk nie. Lagi-lagi dengan orang yang kita sayang. kalau orang yang kita tak berapa nak sayang lantak kau lah!hihihi...

Sebenarnya lelaki penat sangat nak melayan kerenah awek yang suka sangat nak merajuk..sampai masa buntu kepala otak mereka dibuatnya..untung kalau wanita dapat seorang lelaki yang pandai memujuk. tapi bagi yang kaku macam batu tu, makan ati je la jawabnya..hehe.

Selalu juga dengar lelaki cakap..benda yang remeh temeh pon nak dijadikan isu besar sampai merajuk berhari-hari..hmmm..perempuan kan ada 9 nafsu/emosi dan 1 akal, manakala lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu/emosi. so, yang 9 nafsu/ emosi ni la adanya perasaan marah, sayang, sedih, gembira dan macam-macam lagi dalam jiwa perempuan ni. That's why mereka sangat cepat tacing.

Dengan emosi-emosi ni lah wanita telah diberi tugas untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. mereka dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak berbanding dengan kaum lelaki yang berfikir mengikut akal fikiran atau logik. setiap keputusan dibuat oleh lelaki adalah berdasarkan logik nya. kalau anak-anak di didik dengan akal dan bukan dengan perasaan, apa agaknya akan terjadi dengan mental seorang kanak-kanak? mesti rasa bagaikan hidup di dalam sebuah kem tentera. segala-galanya ada jadual dan disiplin. hoohemjay!! =p

Dan dengan 9 akal & 1 nafsu ni juga la kaum adam diberi mandat oleh Allah swt untuk menjatuhkan talak. Bayangkan la kalau kaum wanita yang diberi kuasa untuk menjatuhkan talak. tak ke huru-hara?? asal marah je cerai..adoi..bukan setakat bergegar da arasy Allah tu..gempa terus.hmmm..

Oleh sebab itu, wahai kaum Adam jangan lah menganggap sesuatu perkara kecil tu remeh temeh..contohnya bila si dia bertanya tentang baju yang di pakai ok ke tidak? jawablah dengan sebaik mungkin. benda kecil tapi penting untuk wanita ni membuat keputusan..hehehe..contoh je ok! Begitu juga untuk kaum hawa, jangan lah terlalu kerap merajuk. nanti naik bosan lelaki tu..

*tapi aku ni kuat merajuk jugak..ade aku kesah??waaahh g2..hihik*

p/s: Jangan bercintan cintun lame sangat. Jadi kekasih halal lagi best kan?wuwuwu ;p


8 comments:

dear anies said...

ckp psl merajuk, tingat kwn yg clash krn x larat nk pujuk tunang yg asik merajuk je 24jam then finally clash

aksarafendi said...

ala prmpuan mmg suke nk dpt prhatian dr lelaki..sbb tu le suke mrajuk.sbb nk mntak pjuk..klo dia xmrajuk, nnti lelaki buat endah x endah je..

Mrs Ariena said...

Yer darling..jadi kekasih halal lagi best..merajuk p0n sekejap je..pastu kena pujuk trus baik..kekasih halal x ley merajuk lelama..berd0sa..ngehngeh..

kay_are said...

ko kuat merajuk?? (ketawa kuat2 sambil tutup mulut ngan dua belah tangan)

cikcleopatra said...

khairin : mak ai..cenggitu sekali..sia2 je pompuan tu dok merajuk.haha.

cikcleopatra said...

abg fendi : hahaha..taw xpe..anda memahami.tahniah.boley kawen suda..keke.

cikcleopatra said...

mrs Ariena : tahu xpe..yg tu sendiri mau ingt lak an..haha.

cikcleopatra said...

kay are : ko ni!! kecik besar kecik besar je aku nengok ni..hahaha.