Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Kenapa kaum hawa suka merajuk?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..


Hari ni banyak cerita pasal 'awek merajuk' yang aku dengar dari rakan-rakan..ada juga yang tanya "kenapa perempuan suka merajuk eh?"..biasa lah..wanita memang tak boleh dipisah kan dengan sikap merajuk. Aku pon tak ketinggalan untuk turut serta dalam adegan rajuk merajuk nie. Lagi-lagi dengan orang yang kita sayang. kalau orang yang kita tak berapa nak sayang lantak kau lah!hihihi...

Sebenarnya lelaki penat sangat nak melayan kerenah awek yang suka sangat nak merajuk..sampai masa buntu kepala otak mereka dibuatnya..untung kalau wanita dapat seorang lelaki yang pandai memujuk. tapi bagi yang kaku macam batu tu, makan ati je la jawabnya..hehe.

Selalu juga dengar lelaki cakap..benda yang remeh temeh pon nak dijadikan isu besar sampai merajuk berhari-hari..hmmm..perempuan kan ada 9 nafsu/emosi dan 1 akal, manakala lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu/emosi. so, yang 9 nafsu/ emosi ni la adanya perasaan marah, sayang, sedih, gembira dan macam-macam lagi dalam jiwa perempuan ni. That's why mereka sangat cepat tacing.

Dengan emosi-emosi ni lah wanita telah diberi tugas untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. mereka dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak berbanding dengan kaum lelaki yang berfikir mengikut akal fikiran atau logik. setiap keputusan dibuat oleh lelaki adalah berdasarkan logik nya. kalau anak-anak di didik dengan akal dan bukan dengan perasaan, apa agaknya akan terjadi dengan mental seorang kanak-kanak? mesti rasa bagaikan hidup di dalam sebuah kem tentera. segala-galanya ada jadual dan disiplin. hoohemjay!! =p

Dan dengan 9 akal & 1 nafsu ni juga la kaum adam diberi mandat oleh Allah swt untuk menjatuhkan talak. Bayangkan la kalau kaum wanita yang diberi kuasa untuk menjatuhkan talak. tak ke huru-hara?? asal marah je cerai..adoi..bukan setakat bergegar da arasy Allah tu..gempa terus.hmmm..

Oleh sebab itu, wahai kaum Adam jangan lah menganggap sesuatu perkara kecil tu remeh temeh..contohnya bila si dia bertanya tentang baju yang di pakai ok ke tidak? jawablah dengan sebaik mungkin. benda kecil tapi penting untuk wanita ni membuat keputusan..hehehe..contoh je ok! Begitu juga untuk kaum hawa, jangan lah terlalu kerap merajuk. nanti naik bosan lelaki tu..

*tapi aku ni kuat merajuk jugak..ade aku kesah??waaahh g2..hihik*

p/s: Jangan bercintan cintun lame sangat. Jadi kekasih halal lagi best kan?wuwuwu ;p


Saturday, February 11, 2012

Happy Bufday Naha!

Assalamualaikum wbt.

10FEB1987 lahir lah seorang hamba Allah yang diberi nama Raja Farhana Raja Hadayadanin aka NAHA..
dan 10feb2012 haritu aku dan VC sekalian alam telah berjimba sempena bufday naha yang senget ni..hahak..
Really enjoy..bertuah sangat dapat kawan macam ni..happening dan pening!

si bufday gurl yang perasan comey..erh.



 Tapi kalau keluar tak posing memang bukan VC la kan????jeng3x..hahaha.

kawan saya!
tanah tumpah darah ku.

over lah kiah2 sekalian ni!

berbelatabelakang kan jambatan sri wawasan.

ni je la yang hado...dna yang amik gambar ni si Carl samsudin


Lokasi di Percint 2 Putrajaya..baiknye aku keluar lepak pakai baju kurung!!!!mampu?????muahaha..nan hado...tu namenye baru balik keje terus melepak ^_^'

To Naha : Saya dengan rase rendah diri, mengucapkan selamat ulang tahun ke 25, semoga naha sentiasa bahagia, kawin cepat! semoga naha dapat mengurangkan kadar pengagguran di Mesia nie..hihik..ketahui lah bahawa saya sangat bahagia memiliki kawan seperti mu..eceh. **masih sempat nak menyesal naha..belum terlambat**wakakaka..




Friday, February 10, 2012

Bekerja

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang telah diberi. akhirnya saya dah bekerja.walaupun tidak lah gah sangat keje saya namun tetap bersyukur dengan apa yang telah diberi. bukan senang nak senang ni, pelahan-pelahan kayuh la labu oi!

tempat kerja saya terletak di percint 4 putrajaya..so oleh kerana saya insan hina yang tiada apa-apa..kena lah saya back to basic. pergi dan balik kerja dengan limo siap ber driver lagi..mampu???haha..pergi balik sehengget aje..jimat-jimat.hihihi..itulah ia bus Nadi Putra. hoyeah..menetap lah pulak di Percint11 rumah kakanda saya. bila cuti kenalah menagih simpati orang untuk membawa saya pulang ke kampung halaman di bandar baru bangi..haaa kurlas kau temah!!mana2 aje ade orang bawak.mampu????hak3..

dah-dah saya nak bekerja pulak. karang ada yang mengata orang keje kerajaan ni memang tak de keje eh???dok update blog aje keje nye.hakhakhak. tak rela mak noks!!

adios sugus!