Friday, January 13, 2012

Congrats My Dear Friend Hidayah Salihin!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar



Syukur kehadrat illahi kerana rezeki yang telah diberi kepada rakan aku Nurul Hidayah SAlihin Ihin dan Suami.  Bertambah lagi umat nabi Muhammad s.a.w di muka bumi ini..Zhafran Nawfal Bin Zhulkhairi nama diberi..sungguh indah nama seindah maksudnya..sebagai sahabat aku mendoakan yang terbaik untuk keluarga baru ini. agar kasih sayang dibina berteraskan Allah. Semoga Nawfal menjadi anak yang soleh dan mampu untuk memperjuangkan agama Allah walaupun bakal berada jauh di negara orang ;)

ketika kandungan berusia hampir 9 bulan dayah terpaksa berjauhan dengan si suami yang terpaksa bertugas di kota london. Aku yang mendengar berita tersebut sangat sedih, kesian kepada sahabat aku yang sorang ni kerana beliau tidak pernah berjauhan dengan suami sejak berkahwin lagi. pergi dan pulang kerja sama-sama dan kemana pon bersama.  tiba2 kene perpisah jauh beribu batu dan disaat beliau sangat memerlukan seseorang yang bernama suami disisi. sumpah aku sentap..apatah lagi beliau.hmmm..

Rasa nak berada sahaja disisi beliau disaat dalam keadaan sarat dan juga ketika melahir. tapi apa kan daya, kasih seorang rakan takkan sama dengan ahli keluarga sendiri. sebab itu apabila tahu saja beliau telah melahirkan, aku rasa ingin terus saja pergi ke hospital menemani beliau. hari pertama tidak mengizinkan. nasib baik dapat juga menziarah di hari kedua ketika beliau masih di hospital. seronok tak terkata dapat menziarah ibu dan baby..macam-macam cerita tentang kelahiran di kongsi bersama..memang best dapat baby..taapiii ade sikit takut..muahahaha..

sekian aje..
take care..

p/s: Kelak mummy ika will miss nawfal dan ibu..take care there dear! love u :')

Berusahalah wahai si penganggur

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Entry pertama di tahun 2012..pergh bapak teruk kau blogger! bila dah duduk di rumah patut banyak masa terluang untuk mengupdate tapi tak ada idea la nak mencarut ape..adoi apapontakboleh ;p

sejak 2 3 menjak ni baru lah giat nak mencari kerja..mengelupur kejap bila tahu yang rakan-rakan seperjuangan telah mula melangkah ke alam pekerjaan..yang aku masih diawang-awangan..semangat ditanam dalam diri..muka harus ditebalkan setebal kamus dewan edisi terbaru. adui..rembat je apa pun peluang yang datang kerana pengalaman adalah yang terpenting..gaji tolak belakang dulu..

Bumi Allah ini besar..rezeki ada dimana sahaja..terpulang pada kita untuk mencarinya. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal. Jika masih tak dapat kerja tu bersabar lah, mungkin rezeki kita belum ada lagi..tetapi mungkin rezeki yang lebih besar menunggu di hadapan..insyaALLAH..setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya ;)

Kerja itu adalah ibadah..kerja kerana Allah dan aku ingin memanfaat dan mengaplikasi segala ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari selama 6 tahun kepada yang sepatutunya justeru memberi manfaat kepada komuniti setempat, agama dan negara.

FIGHTING SAHABATKU ;)