Showing posts with label sekadar peringatan. Show all posts
Showing posts with label sekadar peringatan. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Hati-hati membeli makanan dan minuman di bazaar ramadhan

Assalammualaikum w.b.t

Semalam bff aku yang buat part time di bazaar ramadhan ada sms aku, dia cakap kawasan bazaar dia ada inspection dari orang kesihatan, habis semua sample kuih yang terdedah di ambil sample untuk mengkaji tahap kebersihan makanan tersebut. tapi bff aku tak kena la sebab dia jual makanan yang bertutup.

 Rupa-rupanya ada seorang remaja berumur 16 tahun telah meninggal dunia kerana keracunan makanan. dan disebab kan kes ini juga semua peniaga di arah kan membuat pemeriksaan kesihatan haritu jugak dan disambung lagi hari ni. bayangkan la berapa ramai peniaga kan.

Then, my bff pesan, jangan suka sangat beli air di bazaar ramadhan sebab dia dapat berita yang mungkin budak yang meninggal tu keracunan sebab ais yang dia minum di buat dari air yang kotor. geli pulak aku dengar. on the spot kedai yang menjual ABC dan cendol dekat kawasan bazaar ramadhan tu di tutup. hmm..selamat la aku dengan family kalau beli air dekat bazaar memang tak beli ais sekali.

Aku tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ni. aku just cerita kan balik apa yang bff aku tu bagitahu sebab dia kerja dekat bazaar tu..benda ni juga sebagai peringatan kepada kita semua. masak sendiri kat rumah lagi sedap kot kan?hee..

p/s: puasa da 10 hari. Alhamdulillah xda masalah lagi stakat ni =)



Jangan sampai Allah murka dengan pembaziran yang kita lakukan..Nanti pahala puasa pun kurang..sia-sia je.

Assalammualaikum w.b.t

Bazar Ramadhan sana sini..mata pun rambang tak tahu nak makan apa. last-last semua makan pun di borong..
Dah balik rumah, makan dihidang untuk berbuka. tengok-tengok..
wow banyaknya makanan. makan sikit dah kenyang..yang lain membazir..akhirnya ke tong sampah.

huish..jangan buat macam tu. Allah tak suka amalan membazir..jangan nanti kita da penat-penat puasa lastly puasa tu tak dapat keberkatan dari Allah s.w.t disebabkan pembaziran yang telah kita lakukan.membazir tu kan amalan syaiton.

Ingat tu. jangan ambil remeh perihal pembaziran ni ya.

Selamat beramal ;)

Monday, July 25, 2011

Riak itu Syirik Kecil..syirik kecil bersama facebook..

Assalammualaikum wbt..

Sekarang ramai yang cakap FB pun boleh menjadi tempat kita mengumpul dosa jika tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Memang betul. Bukan setakat gambar yang tidak menutup aurat dengan betul seperti yang disyariatkan dalam islam, maksiat dan sebagainya tapi kadang-kadang gambar dan post kita pun sudah menampakkan riaknya. tapi kita tak sedar..iya! kita tak sedar kerana riak ini kecil sahaja tapi impaknya sangat besar..hingga terdapat hadith yang berbunyi:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
semoga kita dijauhkan dari syirik kecil ini..amin..


Sunday, July 24, 2011

Blogger yang memperbodohkan diri sendiri VS Blogger yang berhemah..anda rasa anda yang mana?

Assalammualaikum wbt..

Tadi aku dok la membaca blog orang...astagfirullahalazim...mengucap aku sekejap..sekarang blog pun boleh jadi medan orang mengumpul dosa kan??? Ramai dah blogger yang mengutuk, menyumpah seranah orang melalui blog ni..menyampaikan benda yang tak baik pun ada..Ya Allah..Jadilah blogger yang berhemah..jadikanlah blog anda sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu yang baik..jangan asyik memikirkan sangat duniawi..tak boleh kah fikir blogging untuk menyampaikan pesanan yang baik. yang at least dapat menjadi bekalan kita di akhirat kelak pabila ada insan yang mendapat sesuatu dari penulisan kita itu... Ramai dah aku nampak blogger yang tunjuk pandai agama melalui penulisan beliau..tapi totally memperbodohkan diri sendiri. menampakkan diri cetek ilmu dunia dan akhirat. 

Iya! blogging untuk memberikan pendapat. tetapi sila lah beri pendapat yang boleh membuat kan orang respect kepada kita, bukan pendapat yang membuat orang annoying dan menampakkan kebodohan diri sendiri. Jaga lah bahasa kita! tak payah suka sangat meletakkan perkataan2 yang kurang enak..

Na'uzubillah..jika tengah terlalu marah elakkan lah berblogging ye kawan-kawan..sebab terlajak kata badan binasa! kita pun akan dipandang hina.. =)

p/s: kadang-kadang kita tak sedar kesalahan yang kita lakukan bila berblogging..so think deeply before write.

Friday, July 8, 2011

Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan!

Assalammualaikum wbt.
Segala puji bagi Allah,
Pencipta seluruh alam,

Solat..
solat itu tiang agama,
Semua umat islam wajib menunaikan solat, 
no excuse! walaupun terlantar sakit,
Tapi masih ada yang tak menendahkannya,

Ada yang bertudung litup labuh cantik menutp aurat,
Tapi..solat ke laut!

Ada yang terlampau sibuk sampai solat tertinggal,
walhal rezeki itu Allah yang bagi,
Tak reti lagi nak bersyukur,

Saya pasti ada segelintir kita yang mempunyai rakan atau orang yang terdekat yang masih endah tak endah kan saranan Allah yang satu ini..tidak kira rakan sepejabat, kuliah mahupun kaum keluarga sendiri.
Berdoa lah kepada Allah agar hati mereka di buka dan di beri hidayah dari nya.

Pic from google

Mari kita berkongsi hadis dari H.R. Attabrani yang berbunyi:

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan".
selain itu terdapat juga hadis yang saya rasa menarik untuk di kongsi bersama, berkenaan dengan besarnya ganjaran bagi yang menunaikan solat:
 
 "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" ( H.R.Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" ( H.R.Attabrani)
 
Renung-renungkan dan selamat beramal ;) 
 
 

Thursday, June 16, 2011

2 perkara yang mesti kita lupakan dan mesti kita ingat



Luangkan mase sejenak untuk sama-sama kita fikirkan
perkara yang patut kita lupakan dan perkara yang perlu kita ingati.

Assalammualaikum wbt..


Dua Hal Yang Mesti di lupakan :

1. Kesalahan Orang Lain pada kita 

2. Kebaikan kita pada Orang lain 



Dua Hal yang Mesti di Ingat :

1. Kesalahan kita pada Orang lain 

2. Kebaikan Orang lain pada kita.



semoga kata-kata ini menjadi amalan kita setiap hari! =)

Kalau suka boleh la LIKE,

Wednesday, May 4, 2011

Susah nak jumpa orang yang Makan Ketika Lapar & Berhenti Sebelum Kenyang!

Assalammualaikum wbt..

Berat Badan turun 3kg..wow! ajaib sungguh..ni semua sebab duduk dekat UUM haritu. takda selera betol nak makan. tapi bila dekat rumah..oh no!! makan setiap masa..hari-hari pon kena timbang takot berat badan melambung naek. heee..

Makan ketika lapar

Hish..tolong berhenti sebelum kenyang!

susah betol la nak makan ketika betol-betol lapar dan berhenti sebelum kenyang! aduh aku ni selagi tak kenyang takdenye kesedaran nak berhenti makan. lagi-lagi kalau lauk tu sodap! haish..tak elok lah makan kenyang-kenyang sangat ni..tahu tak kenapa??haa meh nak share kisah Nabi Yahya AS dengan Iblis laknatullah:

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: 

"Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".   
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: 
"Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
 Lalu Yahya a.s. bertanya: 

"Adakah bahagian aku didalamnya?". 
Berkata iblis: 
"Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". 
Bertanya Yahya a.s. lagi: 
"Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". 
Berkata iblis: "Tidak". 
Yahya a.s. berkata: 
"Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". 
Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: 
"Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Haa..sebab tu la kita akan merasa malas setiap kali lepas kenyang. Syaiton saje je nak buat kita jadi malas agar kita tak melakukan ibadat kita kepada Allah. Maka seronok lah syaiton2 ini. bergembira diatas kejayaan mereka untuk membuatkan kita berasa malas untuk solat dan berzikir pada Allah. Allah..mudah sangat kita diperdaya syaiton..

KENE PRAKTIS BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG NI..OH~

Tuesday, May 3, 2011

Do Anything..Give Everything..

Assalammualaikum wbt..

Lama seyh tak on9..tengah study week sekarang. so balik rumah jaga mak. mak tak sihat. biasa lah orang tua. dok sakit-sakit. i'll do anything and give everything that i have for mak. even her medical treatment need 10 thousand and more, i will..love her so much more than my life. syurga di bawah tapak kaki ibu kan.

Terlalu besar pengorbanan emak demi kejayaan anak.
Derhaka kepada ibu..sangat besar dosa itu. dan sangat besar darjat seorang ibu itu. Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki datang kepada dan berkata: 
Wahai Rasulullah "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." 
Rasulullah bertanya: 
"Apakah ibumu masih hidup?" 
Orang itu menjawab, ya. 
Rasulullah SAW bersabda. 
"Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)
Wah..dengan berbakti kepada ibu kita telah berjihad dan dapat menegakkan agama Allah..SubhanaALLAH..sayangilah ibu kita. Ada orang sanggup telefon bf/gf hari-hari. tapi tak pula ibu mereka. hari ibu 9 Mei ini. so Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu didunia ;)

p/s: selain kasih sayang, doa dan kejayaan..nak bagi apa kat ibu eh sempena hari ibu ni?? any idea? 

SAYANG MAK SAMPAI MATI

Tuesday, April 12, 2011

Penulisan anda membawa murka Allah atau membawa manfaat kepada manusia?

Assalammualaikum wbt..

Tadi aku ternampak status yang amat menarik perhatian aku di facebook ustaz Zaharuddin yang khas untuk semua penulis..so aku nak share benda ni disini sebagai renungan kita bersama as a blogger..


Buat semua penulis, 

khususnya WARTAWAN akhbar, penulis majalah, pemilik blog, web & yg sepertinya. SEDARI & KETAHUI bahawa TULISAN/LAPORAN anda boleh menambah jutaan dosa, gaji HARAM & murka Allah bila sengaja MENCIPTA CERITA X BENAR @ laporan akibat gajian x berhati2. Boleh menambah PAHALA berjuta2, apabila tulisanmu membawa manfaat baik kpd manusia. Justeru, pilihan ditangan masing2.


so as i always remind to all my blogger friends..please..jadikan blog kita sebagai medium untuk kita menyampaikan perkara kebaikan..bukan untuk keburukan dan mengaibkan orang..semoga kita mendapat kebaikan dari setiap penulisan kita..

SAMPAIKANLAH PESANAN ALLAH DAN RASUL
WALAUPUN SEPATAH

Saturday, April 9, 2011

Kalau Nak Komen tu..Biar la Kene..Baca dulu Betul-Betul

Assalammualaikum wbt.

Aku sangat menghargai dengan semua yang komen dis setiap entry blog aku ni..tapi kan.ade seorang blogger ni..dia memang selalu la komen entry aku..terima kasih ye..tapi kan..dia selalu komen ikut tajuk je. bukan nak baca habis.lepas tu baca part atas je. ending macam tak baca. aku kesah ke??

Mula-mula ok je..ye la kira untung la ada orang nak komen kat blog aku yang macamni kan..tapi lama2 adoi!! longgoh la..aku dok cerita pasal A, dia dok komen pasal B..tahu lah dia selalu komen. tapi jangan lah tunjuk sangat yang awak tu  tak baca. aku tak mahu la bagitau siapa kat sini.  kalau korang tengok dekat komen2 aku pun da boleh taw siapa..ngeh3..bila dia tak baca habis..dah bagi negetif perception kat aku -.-'

Sorry la. tapi bila dia da galak buat macam tu aku da rasa macam malas nak terjah blog dia dan baca entry satu persatu..grrr..jahat aku..tak2..aku tak kan buat camtu!haha.

Tapi aku suka pengomen yang macam Cik Ezy, Raji, Kay Are,  dan ramai lagi la yng baik-baik komen. sebab mereka2 ni tak pernah lari tajuk bile mengomen dan setia membaca walau bosan! ;)

termia kasih u guys..terharu..kekeke.

p/s: aku tak marah wei!! just cakap apa yang perlu je..sebab bila kita komen macam tu da reveal semuanya pasal diri kita. kalau satu boleh la..tapi kalau da selalu??fikir2kan la..sebab aku tak pernah komen entry orang melainkan aku tak baca habis sebab aku taknak nampak bodoh bila mengomen =.='

Jangan takut pulak nak komen blog aku lepas ni.muahahaha. tapi aku tak paksa dalam memberi komen. kalau suka sila kan. kalau tak suka pun sila kan..ngeh3x..

SAYANG SEMUA BLOGGER..YANG BAIK DIAMBIL DAN YANG BURUK DIBUANG

Tuesday, March 29, 2011

Cam Bagus Je Dapat Anugerah Dekan!

Assalammualaikum wbt..


Tajuk nak mengelabah tak hengat kan!!! cam bagus! tajuk entry yang nak carik pasal..muahaha..Jap2..korang penah tak dalam hidup korang dapat Dean List atau singkatannya DL? atau kalau kat politeknik2 dorang panggil Anugerah Ketua Jabatan a.k.a AKJ??

waahh mesti setiap sem dapat kan!!! taw dah! tahniah. Actually bagus sangat ke student yang dapat DL nie?? what do u think?? mesti la korang nak cakap mesti la bagus! kalau tak takdenye la dapat DL tu.haish! tapi setakat mana bagusnya mereka ni? ingat pointer tinggi2 tu boleh senang2 dapat keje ke? boleh independent ker? tak di nafikan pointer juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan awal untuk bekerja nanti. tapi kalau pointer gempak nak mam tapi bile pergi interview kerja tergagap gagap macam si lady gagap tu pe kess?? wat malu jerk der!

Dalam diri seseorang individu bukan setakat IQ yang diambil kira tetapi EQ kite juga. macamane kita membawa diri kita. boleh berkomunikasi dengan baik dan sihat tubuh badan. kalau korang tergolong dalam golongan yang tinggi IQ dan EQ memang terbaik la wook.bagus!

Tapi!! jangan terlalu berbangga. sedar tak bila kita berbangga dengan diri kita sendiri secara kita tak perasan ia telah membawa kepada perasaan riak! ya Allah jauhkan la diri kita dari riak. bukan sahaja tidak disukai oleh maha pencipta malah orang sekeliling pon boleh nak muntah kalau tengok kita riak sangat. memang bagus keputusan exam awak tu. tapi tak perlu nak reveal kepada semua orang kan??? di canang kan kesana sini..tak cukup kat dalam dalam fb dan twitter. pastu dia ketuk umah jenjiran semata nak bgtaw keputusan exam nie << ok yang ni tipu,kahkah..

Bukan tak boleh nak berbangga dengan diri kita sendiri tapi cukup la sekadar mengucapkan Alhamdulillah. ade orang yang lagi hebat. bersyukur sebab Allah bagi can kat kite nak berjaya. kalau Allah tu nak uji kita sekelip mate jer dia boleh tarik balik kelebihan kita tu!

Apa-apa pun tahniah kepada yang berjaya! itu hadiah untuk penat lelah anda dalam menelaah buku2. anda layak untuk memperolehinya.  tapi ingat kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata ;)
Kepandaian anda tu bukan datang dari gen mak bapak korang tapi dari keizinan yang maha esa!



the best part ever! kan??
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH..

p/s: congratulations kepada semua rakan2 yang menerima anugerah dekan tadi. semoga ia menjadi inspirasi untuk anda terus berjaya! 

SUKA ORANG YANG PANDAI DAN TAK KEDEKUT ILMU!