Showing posts with label jalan-jalan carik makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan carik makan. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Chicken chop Full House, Sunway Pyramid memang best!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt.

Yezza! memang sedap chicken chop dia..sampai orang lain punya aku bedal..da lama nak try makan kat situ tapi tak berkesempatan nak pergi sana. haritu pergi je sana terus aku heret partner aku masuk that restaurant..aku makan spagetthi dia makan chicken chop. ingat tak sedap chicken chop dia sebab pakai raisin sauce..rupa-rupanya...pergh memang sungguh2 aku bedal chicken chop tu tanpa belas kasihan. lalalala..harga not bad. berpatutan and common. 

seafood spagetthi..rasa dia baisa je.

Air dia memang buat aku kembung, boleh minum 2 orang kot. ice lemon tea.

chicken chop! terbaik.

So what are you waiting for..let's try! ;)

Friday, July 15, 2011

Buffet Ramadhan di PICC

Assalammualaikum wbt..

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
PICC menawar kan buffet ramadhan yang sangat lazat
Mari beramai-ramai mencuba buffet ramadhan di PICC


p/s: Abg Faisal kita tolong promote sekali..keke..
sekian terima kasih dan selamat berpuasa! ;)




Friday, May 27, 2011

Telur Ayam Di Basuh!

Assalammualaikum wbt..

Pergh pe hal nak basuh-basuh telur ayam ni??keke..trade mark Restaurant Char Kuey Teow Sg. Dua Penang. selalu sangat dengar char kuey teow dekat sini sedap. top jugak la tempat ni, siap keluar paper lagi. so di sebabkan aku pengemar char kuey teow..aku pergi la mentry.

tempat ni senang sangat-sangat nak carik, kalau dari utara keluar je tol Sungai Dua, terus sampai nampak signboard kat bawah ni. terletak di sebelah kiri. kalau dari KL aku kurang tahu. tapi lebih kurang je.

ha ni lah tempatnya..

ni Char Kuey Teow Special RM4.50. kalau kecil RM3.50. Besar RM4.00,


Licin..aku macam tak cukup je makan satu pinggan. siyes!
Nyummy!!! sedap. kalau datang penang lagi mahu singgah tapi bagi aku rasa dia lebih kurang macam satu kedai char kuey teow yang pernah ada di bangi ni suatu ketika dahulu. cuma beza dia mungkin dari segi kebersihan telur ayam dia. sebab telur ayam kat sini di basuh.hahah ;)

ALHAMDULILLAH KENYANG

Cuti-cuti Cameron Highlands


Assalammualaikum wbt..

haaahah! haritu masa on the way balik dari kedah, singgah cameron jap..saje jalan2..name pon suke travelling kan. so takkan lepaskan lah! huwaa masih sejuk..tapi rasenye tak sesejuk dulu kot. dok dalam kete xpayah bukak aircond dah. bukak tingkap jer..nak share sikit beberapa tips kalau nak pergi melancong ke cameron highlands nie..

1) cameron ade 2 pekan utama..satu Tanah Rata dan satu lagi Brinchang. aku suggest pergi la menginap dekat hotel area Brinchang sebab banyak tempat-tempat menarik terletak di Brinchang. bagi budget traveller jangan risau. aku tengok kat sana banyak budget hotel. so no problem.

2) Menurut orang di sana Strawberry farm yang paling besar dekat Big Red Strawberry Farm atau Taman Agro Tourism terletak di Brinchang. mase aku pergi haritu ade krew tv3 sedang shooting..malu i..muahaha. bukan setakat strawberry jer kat situ, cactus dan bunga pun ada.


try ar waffer ni..sedap. tapi gambar ni diambil time odw makan. tu yang ade lompang tu. strawberry pon da hilang.haha.

Strawberry Sundae..same case..dah cacat setelah dilahap oleh aku  baru teringat nak  ambil gambar -.-'
bunga cantik2.
Kalau nak petik strawberry sendiri. setengah kilo RM20.
feeling model jap ;p

2) Pasar Malam dekat Cameron hari-hari pon ade..tapi berlainan tempat. tempat dan waktu sila rujuk kat bawah ni;


TempatHariMasa
Lembah BertamAhad3.00 ptg – 11.30 mlm
RingletSelasa3.00 ptg – 11.30 mlm
Tanah RataAhad , Sabtu3.00 ptg – 11.30 mlm
BrinchangJumaat , Sabtu3.00 ptg – 11.30 mlm
TringkapJumaat 3.00 ptg – 11.30 mlm
Kuala TerlaRabu3.00 ptg – 11.30 mlm
Kampung RajaIsnin3.00 ptg – 11.30 mlm



4) Kalau dah pergi cameron tu jangan lupa pergi Butterfly Farm, banyak taw Butterfly Farm kat sane..aku pon taktaw yang paling best kat mane sebab masa aku pergi tu tempat dia tak best! so kalau nak taw mana best singgah lah information centre kat sana atau tanya receptionist hotel anda. mostly tiket masuk kat sini RM5 untuk dewasa.

butterfly cantik..tapi aku tetap takot nak pegang.


5) Selain tu ada cactus Point, Roses Centre (tak dapat pergi sebab time tu tutup..oh rugi), Bee Farm, Ladang Teh (Boh Factory (area Gunung Brincang), Cameron Valley), air terjun lata iskandar dan banyak lagi la.

Ladang Boh
Latar Iskandar


6) kalau nak shopping pergilah dekat Kea Farm..banyak benda dekat situ. harga pon not bad! try la tawar menawar eh. ha aku nak ingatkan masa dekat sini kereta parking kat tempat parking dia. biar lah jauh sikit dari kena saman. aku haritu hampir kena saman. tu pon nasib baik kakak yang jual sayur kat sana bagitaw yang polis trafik tengah menyaman orang. kalau tak kompom melayang duit bayar saman -.-'. siapa suruh tak sedia kan parking yang mencukupi kan? kan orang dah dok parking tepi jalan. hee.

7) bagi yang mahu berjalan pada waktu malam di sana silalah bawak sweater..tengahari pon sejuk. apatah lagi malam.

8) Pastikan hon kereta anda berfungsi. almaklum la jalan berpusing-pusing. so kalau ada hon lebih selamat. ada dua jalan untuk ke cameron. satu laluan simpang pulai yang lebih jauh tapi kurang pening dan second jalan Tapah yang lebih dekat tapi agak pening (aku ikut Tapah..gelojoh nak sampai).

so sempena cuti sekolah ni..jom travel!

Happy holiday & Take care ;)

Wednesday, May 4, 2011

Susah nak jumpa orang yang Makan Ketika Lapar & Berhenti Sebelum Kenyang!

Assalammualaikum wbt..

Berat Badan turun 3kg..wow! ajaib sungguh..ni semua sebab duduk dekat UUM haritu. takda selera betol nak makan. tapi bila dekat rumah..oh no!! makan setiap masa..hari-hari pon kena timbang takot berat badan melambung naek. heee..

Makan ketika lapar

Hish..tolong berhenti sebelum kenyang!

susah betol la nak makan ketika betol-betol lapar dan berhenti sebelum kenyang! aduh aku ni selagi tak kenyang takdenye kesedaran nak berhenti makan. lagi-lagi kalau lauk tu sodap! haish..tak elok lah makan kenyang-kenyang sangat ni..tahu tak kenapa??haa meh nak share kisah Nabi Yahya AS dengan Iblis laknatullah:

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: 

"Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?".   
Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: 
"Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".
 Lalu Yahya a.s. bertanya: 

"Adakah bahagian aku didalamnya?". 
Berkata iblis: 
"Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". 
Bertanya Yahya a.s. lagi: 
"Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". 
Berkata iblis: "Tidak". 
Yahya a.s. berkata: 
"Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". 
Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: 
"Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".
Haa..sebab tu la kita akan merasa malas setiap kali lepas kenyang. Syaiton saje je nak buat kita jadi malas agar kita tak melakukan ibadat kita kepada Allah. Maka seronok lah syaiton2 ini. bergembira diatas kejayaan mereka untuk membuatkan kita berasa malas untuk solat dan berzikir pada Allah. Allah..mudah sangat kita diperdaya syaiton..

KENE PRAKTIS BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG NI..OH~

Saturday, January 8, 2011

Restoran Ayam Penyet-AP

Salam & Salam 1 Malaysia =)

Syukur kepada Allah kerana memberi pelbagai rezeki di dunia ini

dan syukur kerana masih diberi peluang utk merasai kenikmatan makanan yg pelbagai..

hi all,

Penah x dengar name Restoran Ayam Penyet-AP?
penah x try makan kat sane especially AP dorang?

Menu

kalo xpenah..u should go and taste!
serious..mmg sedap!meletups..hee.
masa pegi ipoh hari tu adik saya bawak pg makan kat c2,
katenye sedap!

bile da rase..perghh siyes mmg sedap..huhu.
kat ipoh restoran nie terletak dkt dgn Jusco Ipoh, opposite dgn jusco,
dekat bangi pon ade adik saye ckp, tp xsure la kat mane.hee..nnt la nak g cikedot! =)

mummy ngn Norazlinda mat sabiai tgh memilih menu

DAN...

tadaa..

 Ayam Penyet cedap - RM7.20 (without nasik kosong yg berharga RM1.20)

Sup Soto - RM xhengat bp..hee mak nenek nie

Ice Lemon Tea -RM2.00

Total kami makan RM63.80 untuk 4 org..ok kan??
include nasik putih + ayam Penyet + air minum + terung penyet + sup soto..

Alhamdulillah..kyg =)

Try taw!

JALAN-JALAN CARIK MAKAN!