Tuesday, August 16, 2011

Iftar dengan warga PICC

Assalammualaikum w.b.t

Seronok dapat gather and  iftar bersama brothers and sisters PICC..Syukur dengan rezeki itu. Caterer on that day from D'saji..we all iftar di Fine Dining..tempat yang aku idam kan untuk makan setelah masuk PICC..ngeh3x. 

Harini ada iftar lagi sekali dengan warga PICC, tapi kali ni Eden Catering pula and location is at PICC Restaurant..Aku semua pun sedap. janji free ;p

Cam biasa nak tunjuk gambar! ;p



ini namanya makan..hehe.


All gurls internship student!

will miss u gurls.
p/s: kambing golek aku xmakan lagi ni..dan nak try air katira ;)

Picture kredit to : Abg Faisal



Jom Shopping! Metrojaya Sale at Picc

Assalammualaikum wbt.

Jom membeli dan belah di Metrojaya Sale 2011!!!
17 - 21 Aug 2011 (11am - 10pm)


p/s: selalu time lunch hour ada happy hour! harga gila-gila murah ;p


Wednesday, August 10, 2011

Hati-hati membeli makanan dan minuman di bazaar ramadhan

Assalammualaikum w.b.t

Semalam bff aku yang buat part time di bazaar ramadhan ada sms aku, dia cakap kawasan bazaar dia ada inspection dari orang kesihatan, habis semua sample kuih yang terdedah di ambil sample untuk mengkaji tahap kebersihan makanan tersebut. tapi bff aku tak kena la sebab dia jual makanan yang bertutup.

 Rupa-rupanya ada seorang remaja berumur 16 tahun telah meninggal dunia kerana keracunan makanan. dan disebab kan kes ini juga semua peniaga di arah kan membuat pemeriksaan kesihatan haritu jugak dan disambung lagi hari ni. bayangkan la berapa ramai peniaga kan.

Then, my bff pesan, jangan suka sangat beli air di bazaar ramadhan sebab dia dapat berita yang mungkin budak yang meninggal tu keracunan sebab ais yang dia minum di buat dari air yang kotor. geli pulak aku dengar. on the spot kedai yang menjual ABC dan cendol dekat kawasan bazaar ramadhan tu di tutup. hmm..selamat la aku dengan family kalau beli air dekat bazaar memang tak beli ais sekali.

Aku tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ni. aku just cerita kan balik apa yang bff aku tu bagitahu sebab dia kerja dekat bazaar tu..benda ni juga sebagai peringatan kepada kita semua. masak sendiri kat rumah lagi sedap kot kan?hee..

p/s: puasa da 10 hari. Alhamdulillah xda masalah lagi stakat ni =)



Jangan sampai Allah murka dengan pembaziran yang kita lakukan..Nanti pahala puasa pun kurang..sia-sia je.

Assalammualaikum w.b.t

Bazar Ramadhan sana sini..mata pun rambang tak tahu nak makan apa. last-last semua makan pun di borong..
Dah balik rumah, makan dihidang untuk berbuka. tengok-tengok..
wow banyaknya makanan. makan sikit dah kenyang..yang lain membazir..akhirnya ke tong sampah.

huish..jangan buat macam tu. Allah tak suka amalan membazir..jangan nanti kita da penat-penat puasa lastly puasa tu tak dapat keberkatan dari Allah s.w.t disebabkan pembaziran yang telah kita lakukan.membazir tu kan amalan syaiton.

Ingat tu. jangan ambil remeh perihal pembaziran ni ya.

Selamat beramal ;)

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Assalammualaikum wbt...

Marhaban Ya Shahru Ramadhan..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!!
Marilah kita semua merebut ganjaran yang begitu banyak di bulan yang mulia ini.
Fahamilah erti puasa itu dengan sedalamnya..kerana bukan senang berpuasa dengan mengikut syariat yang sebenar. puasa bukan sahaja setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. malah menahan diri dari segi semua aspek. minda, mata, mulut, tangan dan semua anggota badan kita pun perlu berpuasa.
Kadang-kadang kita tak perasaan yang kita termengata orang dan sebagainya kan.
so sempena bulan yang mulia ni, lebih baik berdiam, berzikir dan senyum je!!hehe..

semoga kita diberkati dan dirahmati..Ukhuah fillah'abadan abada..
selamat beramal!