Showing posts with label uum. Show all posts
Showing posts with label uum. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

KALAULAH DIA TAHU...SEKEPING KERTAS INI ADALAH UNTUK DIRI NYA..

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, 10 Oktober 2012. Sebuah kereta buatan Malaysia menyusur laju dari Jitra ke Sintok kerana ingin menghadiri Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Utara Malaysia. seorang gadis berbaju kurung moden dan shawl warna merah jambu yang akan bergraduasi pada hari ini. Dia hadir ke Majlis itu bersama keluarga tersayang.

"Belajar rajin-rajin tau, nanti dapat masuk U Ambil duit ayah dalam bank tu buat belanja belajar". kata seorang ayah yang sedang tenat 7 tahun lalu kepada anaknya perempuannya. Ayah yang sedang nazak terbaring lesu di atas tilam itu juga sempat berpesan pada isteri dan juga rakannya agar dikeluarkan duit simpanannya di dalam bank untuk anaknya yang baru mendapat keputusan SPM itu. Tapi...permohonan anaknya untuk ke Universiti tidak berjaya. hanya politeknik yang menawarkan tempat. Demi untuk menjaga hati ayahnya yang sedang tenat itu, anak pun berkata yang dia berjaya masuk ke Universiti. demi untuk melihat ayah gembira dan impian ayah tercapai.

Gadis berbaju kurung moden merah jambu itu cuba untuk menahan sebak didada, menahan sebak agar air mata tidak jatuh. tidak mahu solekan tipis di mata tercemar dan tidak mahu orang di dalam kereta perasan! cepat-cepat memori 7 tahun lalu dipadam dan dialih pada perkara yang menggembirakan agar air mata terhenti! sambil jarinya laju menaip sesuatu di blackberry miliknya.

Sampai di pintu gerbang Universiti Utara Malaysia. kereta terus menyusur menuju ke Dewan Muazam Shah. hati berasa tenang. tidak gementar seperti hari semalam. Para graduan berkumpul dahulu di Dewan Tan Sri Omar untuk mendengar taklimat, kemudian bersama ke Dewan MAS. Blackberry nya berbunyi. Ada seseorang yang BBM. BBM itu berkaitan dengan apa yang telah gadis itu taip semasa perjalanan ke UUM sebentar tadi. BBM itu memberi kesan tapi cepat-cepat dia menutup semula messenger tersebut! Setiap langkah menuju ke Dewan MAS, hati terasa sesuatu. terasa sayu. Perasaan itu semakin kuat tatkala kaki melangkah masuk ke dalam dewan dan seterusnya duduk di tempat yang telah dikhas kan.

Gadis itu membelek lagi blackberry dengan cover merah jambu nya itu. Lagi sekali, ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya yang berkaitan dengan sesuatu yang ditaip semasa perjalanan ke UUM tadi. Kali ini, dia sudah tidak dapat menahan perasaan. Dia duduk diam tidak bergerak kerana tidak mahu rakan disebelah perasaan yang air mata hampir gugur. Hati terlalu sedih dan sayu! acap kali cuba untuk buang jauh-jauh perasaan itu. 

Fikiran menerawang jauh teringat arwah ayah. Ayah lah sebenar-benarnya insan yang banyak memberi motivasi dan semangat. Ayah lah penyebab dia melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Janjinya pada arwah ayah sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir tercapai jua. 6 tahun dia belajar demi mendapatkan segulung ijazah. harapan ayah melihat anak ke menara gading tercapai jua. Sebab itu dia sebak! Alangkah bahagianya dia rasa kalau ayah tercinta bersama meraikan kejayaan itu. Ingin dia nyatakan bahawa sekeping kertas ini adalah untuk ayah!

Ah..perasaan tidak boleh terus dilayan! nanti hilang pula seri diwajah. Senyum..dia terus tersenyum untuk menghilangkan duka kerana sebentar lagi dia akan berada di atas pentas untuk menerima segulung ijazah. Walau ayah tiada lagi didunia ini. tetapi ayah sentiasa berada di hati.
"Finally, after a years, today is the day..ayah, kalaulah engkau tahu, sekeping krtas ni adalah utk kamu. walaupn ayah tiada disini but u still in my heart. Al-fatihah."
Ayat itu lah yang telah menyentuh hati rakan-rakan BBM dia. Dan itulah yang sebenarnya dia ingin luahkan. 

Kepada Arwahyarham Talib Bin Yusof..ketahuilah bahawa anakmu sangat berbangga kerana memiliki dirimu sebagai ayahnya. dan kepada Hapsah Binti Hashim, terima kasih mak sebab sentiasa support anakmu untuk terus menuntut ilmu. anakmu ini tahu ramai yang mempertikaikan niat ini untuk sambung belajar kerana kondisi kewangan keluarga kita. tapi mak sentiasa support untuk terus belajar hingga peringkat tertinggi. hati nak sangat sambung lagi. tapi terpaksa ditahan kerana masalah kewangan. Dia tahu dia bukanlah dari keluarga senang, yang dimana parents boleh support untuk belajar. Berpijak pada bumi yang nyata. mungkin sekarang belum masa nya tapi suatu hari nanti InsyaAllah. 





Al-Fatihah untuk Allahyarham Talib Bin Yusof.


Friday, May 27, 2011

syukur so far so good

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah sesi pengajian di UUM setakat ni dah selesai..mintak-mintak keputusan exam baik dan tak repeat paper..Ya Allah mudah-mudahan..seminggu berhempas pulas mengadap buku2..penat sangat jawab paper yang berderet-deret nih. huh!

Sekarang di rumah..cuti seminggu jer..lepastu praktikal pulak. aiyoo..i'll miss uum life and semua insan yang pernah di kenali di uum.

sangat berhempas pulas aku study taw dengan makcik2 kantin..tak caye? ce tengok nih;

ha kawan2 pon turut serta
takde lah gempak sangat.hee.
sambil tengok tivi baru best!
memang dasar makcik kantik! makanan takkan tinggal.hehe.

ni gambar terakhir aku amik semasa di uum.baru keluar dewan exam.
semoga semuanya berjalan lancar. one stage a head =)

BELAJAR KERANA ALLAH

Monday, May 16, 2011

Maaf! Peperiksaan Sedang Dijalankan

Assalammuaikum wbt..

pergh berhabuk gile blog aku ni..lame tak update..almaklum la..seperti tajuk di atas..exam mood sedang melanda..dan aku akan marathon 5 paper -.-'

tak suka paper deret2 ni..penat sangat nak study! sampai dah muntah darah tengok buku..fenin2..

okeh dah! tu jer..saje nak merapu..cam bosan tengok blog tak hupdate..muhahaha..

bye3..

p/s: wish me luck! nak terjah blog orang pon takde mase -.-'

Saturday, April 30, 2011

Pulau Payar Awesome!

Assalammualaikum wbt..

Siapa pernah ke Pulau Payar?? i bet tak ramai yang dah sampai tempat tu. huhu..sebab tempat tu exclusive sangat..tiada pelancong yang dibenarkan tido di pulau payar..ops before that, tahu ke pulau payar terletak kat mane?haha..well it's located in Langkawi. mengambil mase lebih kurang satu jam untuk sampai dari Jetty Kuah.

Haa kenapa tempat tu tak dibenarkan untuk pelancong bermalam? sebabnya Pulau payar merupakan kawasan taman laut malaysia. tempat tu ada carrying capacity. feri bawa pelancong boleh datang 2x saja. pada pukul 9pagi untuk hantar pelancong ke pulau payar, dan pukul 3 nak ambil pelancong balik. boat terakhir pada pukul 3..kalau lambat tido la sorang2 kat pulau payar tu..huhu. tapi aku pernah tido kat sana!!! yeay lucky of me and friends..because we did a 'Marine Education & Conservation' there. so after 3petang o'clock..that island is ours.hahaha..mmg syok la bile dalam pulau tu ada kami2 je.

actually why i said pulau payar exclusive and expensive because..untuk snorkeling selama 5 jam je dah kena bayar RM250 and above..kalau nak tido sana pulak dah beribu. tapi tak semua boleh tido sana. VIP pon kdg2 susah nak dapat permission. moslty pelancong dekat pulau tu adalah pelancong luar. susah nak jumpe domestic tourist.

tempat tu sangat cantik! agak jauh jugak kami snorkeling. coral masih banyak dekat situ.but beware because banyak landak laut. landak laut ni berbisa taw! so kalau air surut tu susah sikit la nak snorkeling. asik nak terlanggar coral jer. kita tak boleh sentuh coral!!! sebab coral tu akan mati! sian ikan2 dilaut kalau coral mati. nanti depa takda makanan dan tempat membiak..pastu nanti dia xnak datang tempat tu lagi. sape yang rugi? generasi akan datang jugak yang rugi.

the best part in pulau paya is..we can see the baby shark! serious! but i takot lah..haha..tapi trust me baby shark dekat sana jinak2 berlaka. dia tak makan orang. just jangan bagi makan la dekat baby shark ni. so now lets enjoy pulau payar view!




















Junggle trekking ke menara tinjau

arrived..we can see pulau segantang from here. the nearest island with pulau payar

kami snorkeling sampai ke langkawi coral tu taw..best!! tmbh dengan melawan arus lagi.pergh penat.



Talk about marine education

BBQ nite.

at the morning ok. senamrobik.wehuu..

beautiful vi





Event Cl



Jernih sangat seyh air dia






Fish feeding



Look!! baby shark!


Sayonara Payar Island!

KEINDAHAN HIDUPAN LAUT PERLU KITA JAGA DAN PELIHARA KERANA IA BUKAN MILIK KITA TETAPI KITA PINJAM DARI GENERASI AKAN DATANG