Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Malaysia VS Thailand

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum wbt..

Aku tengah demam bola ni..Piala Suzuki 2012..semua tiket game dekat Bukit Jalil aku dapat free. Tapi game yang aku pergi hanya lah game Malaysia VS Thailand..sebab ade pakwe nak tolong amik dan drive pergi SBJ tu..hihi..tiket aku support sepenuhnya.eceh..kemain kau temah oi.



Thanks to my beloved cousin abg, ucop and sara kerana sanggup kutip aku, adik and kakak aku kat bangi..sayang korang ketat2..tengok bola sambil makan ramai2 dalam stadium tu mmg best! walaaupun lambat kan! kiteorg sampai SBJ lambat because of traffic jem! jem lebat tambah dengan hujan lagi semalam, ku gagahkan juga diri untuk ke SBJ.kerana mu Harimau Malaya..hihi.sampai je stadium aku da tingtong sebab nak carik seat dah takde..bahana datang terlalu lambat! so memang tak la kau nak duduk dekat seat kan!! tapi dapat port baik punya..adk beradk aku dengan cousin aku siap dok bersila lagi sambil makan beger, bihun, jambu batu, kuaci..haaa santai sgt! sampai nak tercekik la aku..tengah sedap ngap beger..matyo sumbat gol!! mmg tersumbat la kerongkong aku dengan daging beger tu..terus aku simpan beger tu..pastu terjerit-jerit..bhahaha..

mamat ni..gol ke x ke..keje die melantak je..haha. this is my 'abg'. kazen paling kamcing  ngn aku.

orang lain da tukar jersi baru..temah still dgn jersi lama..ade die kesah? ;p


Bila dekat stadium aku rase kurang nebes sikit nak dibandingkan tengok bola dekat rumah, maybe sebab ramai penyokong lain kan..so semangat tu lain sikit ^_^
Penyokong Malaysia ada best ada yang tak..yang tak sebab ade mamat sebelah aku ni xley tengok player malaysia buat salah sikit..nak mengondem aje nye keje die..sakit je telinge aku ni dengar..meleleh jer taik telinga..eh! ;p

Btw semalam harimau malaya main not bad la..walau seri tapi aku tetap puas hati. semoga mereka dapat terus meningkat kan kualiti permainan. tutup mulut si gajah perang yang sangat bongkak itu! hihi..


view from my seat..seat ke?

Balik rumah terus rebah..mengantuk kemain kau! penat sangat sebab aku buat macam2 benda satu hari tu..memang rase nak MC dah pagi ni..tapi gagah kan jugak la..sampai la aku minum teamix lemon dan hibiscus herbalife terus ada balik energy!! aku agak terkejut la..sebab sebelum minum tea tu..badan tersangat lemah. siap da plan nak tido kat opis lagi. tapi pekene je teamix tu seriously segar!!!!sampai petang ok! memang aku terasa sangat perbezaan consume teamix herbalife dgn tidak. kalo aku x amik teamix, lepas makan harus terhanggok-hangok ngantok tahap dewa. tapi kalo consume herbalife ni aku kalo ngantok pun masih boleh kawal..ngantok2 manje gittew. ;p

so meh la try herbalife..berbaloi2..kalo berminat nah contact number ni..consultant yang baik sgt! boleh coach orang untuk menurun atau menaikkan berat badan lagi..nama die Cik Atiqah - 0123553059. ;)

Ok tetiba terpromote Herbalife..takpa bak kata kawan baik aku naha..'benda baik kot!'.

eh baru perasan pic ucop ngn sara xde..almaklumla kang kalo aku upload pic depa, depa mintak dwet royalti..barang baik la katekan..puuii..haha.

oraito!
bye-bye.
GO HARIMAU GO!!



Wednesday, February 22, 2012

Friday, July 29, 2011

Air Mata seorang pemain bola yang tak dapat beraksi untuk negara, sebab kenapa Norshahrul Idlan Talaha menitiskan air mata

Assalammualaikum wbt..

Aku tahu ramai yang kecewa sebab kita tewas dalam saringan kelayakan piala dunia. Tapi ada yang lebih kecewa..mula-mula aku tengok gambar dia menitiskan air mata di dalam surat khabar..tapi tadi terbaca status FB isteri beliau..tersentuh hati aku dengan kata-kata ni..

klik untuk tumbesaran

klik lagi untuk tumbesaran
sedih kita..sedih lagi pemain yang tak dapat nak beraksi untuk negara dan untuk semua penyokong.
gambar - Berita Harian
Sokongan terhadap harimau malaya takkan pernah putus..tingkatkan prestasi agar peminat bola terus menerus memberikan sokongan yang padu lagi jitu..semua player memang hebat! =)

p/s: isya xpe kan akak share benda ni dengan penyokong2 lain? =)

Menang dipuji Kalah dikeji!! Apakah??

Assalammualaikum wbt.

sokongan macam ni la yang kita nak? - utusan


Tahniah kepada Singapore kerana layak kepusingan seterusnya. Anda layak! corak permainan bagus..just yang tak best tak payah nak melambat-lambat kan permainan dengan cara buat-buat sakit..sangat tak logik dan jelik. sebab orang boleh ulang tayang aksi tu..dan terbukti memang anda sedang  berdrama. itu je lah yang tak best nya.. tapi nak buat macam mana itu salah satu taktik dalam permainan bola kot. Mungkin Malaysia juga akan buat benda yang sama kan..who's know. kita ambil je la benda ni dari sudut positif. semangat kesukanan yang penting.


Walaubagaimanapun, aku tetap berbangga dengan Harimau Malaya. yes! 100% made in Malaysia..hehe. setiap pertandingan ada kalah dan menang. terima kenyataan. kita perlu lebih berusaha untuk menandingi Singapore sebab semalam aku tengok corak permainan singapore lebih bergaya. Harimau Malaya masih muda, masih boleh diasah skill itu.cewah. ketiadaan tonggak utama seperti safiq rahim dan norshahrul idlan talaha begitu dirasai. aku sure kalau mereka ada confirm kita menang..

Penyokong bola sepak sekarang dah tak macam dulu. dah ramai peminat 'kipas susah mati' sekarang..aku bangga! Ramai kawan-kawan yang masih menyokong bola sepak walaupun kita tewas dengan Singapore. Don't be sad guys. we'll still support Harimau Malaya..yeah.

Tapi tak kurang juga yang mengutuk sakan..hmmm..pandai cakap je orang macam ni! kalau lu pandai..lu turun padang! cis..tak patriotik langsung..bila kalah mula nak keji..kutuk-kutuk tak henggat..menyirap je aku dengar dan baca. cuba la fikir positif sikit. Apek dengan Kuna semalam aku rasa memang terbaik. safee sali tu xpayah cakap la kan..dapat bola je goal..cuma semalam safee kurang dapat bola..susah aku tengok bola nak sampai dekat dia. kiri kanan orang jaga. ce korang ingat sikit bila pemain beraksi dengan baik. ni dok ingat yang buruk buat apa? sokongan padu perlu terus diberikan kepada player kita..aku terharu tengok semangat  dekat stadium semalam..dah lama tak tengok rakyat malaysia ramai cenggitu bagi sokongan. lap u lah korang..ngeh3x..

MALAYSIA vs SINGAPORE
4-6

CONGRATS SINGAPORE!
WELL DONE MALAYSIA!

gambar aksi pelawanan semalam yang diambil dari berita harian:



confirm kecewa gila Mat yo sebab tak dapat beraksi membantu pasukan.






p/s: aksi paling kelakar dan agak kurang bijak semalam aku rasa bila si keeper singapore buat sakit kepala yang tah apa nak disakitkan tah. kekurangan bijaknya minda beliau apabila reff melayangkan kad kuning..muahahahahaha..lawak antarabangsa sangat..

satu lagi janganlah salahkan si Fakhri tu sangat..semoga beliau lebih matang lepas ni ok?


Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya VS Singa..don't forget to watch it!

Assalammualaikum wbt.
google

Just wanna say don't forget to support our Harimau Malaya tonight!!!
Balik ni mandi-mandi terus sarung jersi bola aku pastu standby depan tibi..hahahak.
nak pergi stadium tak da ongkosnya dong. nak lepak mapley cam takda member..
depan tibi pun boleh =)

Saya mahu kan kemenangan malam ini..tapi kalau kalah sekalipun..sokongan terhadap bola sepak malaysia tak kan terhenti..cewah..hope semua warga malaysia pun macam tu..buang mentality lama yang asik nak menghentam je..okey? 

let's enjoy it tonight

28 JULAI 2011
8.45MALAM
STADIUM BUKIT JALIL
MAS vs SIN

P/s : puh kiri puh kanan..malayasia boleh! nervous! nervous nak tengok bola malam ni..ngeh3x.