Friday, January 13, 2012

Congrats My Dear Friend Hidayah Salihin!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar



Syukur kehadrat illahi kerana rezeki yang telah diberi kepada rakan aku Nurul Hidayah SAlihin Ihin dan Suami.  Bertambah lagi umat nabi Muhammad s.a.w di muka bumi ini..Zhafran Nawfal Bin Zhulkhairi nama diberi..sungguh indah nama seindah maksudnya..sebagai sahabat aku mendoakan yang terbaik untuk keluarga baru ini. agar kasih sayang dibina berteraskan Allah. Semoga Nawfal menjadi anak yang soleh dan mampu untuk memperjuangkan agama Allah walaupun bakal berada jauh di negara orang ;)

ketika kandungan berusia hampir 9 bulan dayah terpaksa berjauhan dengan si suami yang terpaksa bertugas di kota london. Aku yang mendengar berita tersebut sangat sedih, kesian kepada sahabat aku yang sorang ni kerana beliau tidak pernah berjauhan dengan suami sejak berkahwin lagi. pergi dan pulang kerja sama-sama dan kemana pon bersama.  tiba2 kene perpisah jauh beribu batu dan disaat beliau sangat memerlukan seseorang yang bernama suami disisi. sumpah aku sentap..apatah lagi beliau.hmmm..

Rasa nak berada sahaja disisi beliau disaat dalam keadaan sarat dan juga ketika melahir. tapi apa kan daya, kasih seorang rakan takkan sama dengan ahli keluarga sendiri. sebab itu apabila tahu saja beliau telah melahirkan, aku rasa ingin terus saja pergi ke hospital menemani beliau. hari pertama tidak mengizinkan. nasib baik dapat juga menziarah di hari kedua ketika beliau masih di hospital. seronok tak terkata dapat menziarah ibu dan baby..macam-macam cerita tentang kelahiran di kongsi bersama..memang best dapat baby..taapiii ade sikit takut..muahahaha..

sekian aje..
take care..

p/s: Kelak mummy ika will miss nawfal dan ibu..take care there dear! love u :')

Berusahalah wahai si penganggur

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Entry pertama di tahun 2012..pergh bapak teruk kau blogger! bila dah duduk di rumah patut banyak masa terluang untuk mengupdate tapi tak ada idea la nak mencarut ape..adoi apapontakboleh ;p

sejak 2 3 menjak ni baru lah giat nak mencari kerja..mengelupur kejap bila tahu yang rakan-rakan seperjuangan telah mula melangkah ke alam pekerjaan..yang aku masih diawang-awangan..semangat ditanam dalam diri..muka harus ditebalkan setebal kamus dewan edisi terbaru. adui..rembat je apa pun peluang yang datang kerana pengalaman adalah yang terpenting..gaji tolak belakang dulu..

Bumi Allah ini besar..rezeki ada dimana sahaja..terpulang pada kita untuk mencarinya. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal. Jika masih tak dapat kerja tu bersabar lah, mungkin rezeki kita belum ada lagi..tetapi mungkin rezeki yang lebih besar menunggu di hadapan..insyaALLAH..setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya ;)

Kerja itu adalah ibadah..kerja kerana Allah dan aku ingin memanfaat dan mengaplikasi segala ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari selama 6 tahun kepada yang sepatutunya justeru memberi manfaat kepada komuniti setempat, agama dan negara.

FIGHTING SAHABATKU ;)

Saturday, December 3, 2011

Pekan Kajang Banjir! tanjat gegurl..

Assalammualaikum wbt

2 Disember 2011..Hujan lebat yang agak lama tak macam hari-hari biasa..dalam hati terdetik, 'kalau macam ni ada tempat yang banjir ni kang'. hujan yang agak lama itu juga membuatkan mata ini mintak di dodoi kan..ok fine tido kejap..cemburu pula tengok suasana yang sejuk dan nyaman itu..

pic credit to google
Bila tersedar dari tido, terasa nak online. macam biasa, HP dicapai dan facebook dibuka. biasa la hobi membaca status rakan-rakan. lagipon facebook ni medium berita yang paling pantas dan boleh dipercayai. ramai rakan-rakan yang update tentang banjir di kajang, tsunamai di kajang. kajang banjir teruk. macam-macam la lagi tentang pekan kajang. aku bangkit tapi buat cool je. adik aku pula pulang, aku cerita la yang 'pekan kajang banjir wei'. dia jawab..'oh patut la aku dengar orang asyik bercerita pasal banjir tadi, tapi tak tahu dekat mana'. pukul 8 malam standby depan tv macam biasa tapi kali ni nak dengar kesahihan cerita banjir. yes! memang betol..boleh tahan gak banjir kilat dia. Terus keluar dari mulut aku 'naseb baik tak da appointment braces harini. kalau tak tersangkut aku tengah banjir'. mak dan adik beradik semua terkejut dan bersimpati dengan kerugian yang bakal dialami mereka.

kakak pula pulang..kelam kabut perempuan sorang ni masuk rumah sambil bertanya 'kajang banjir kan! ada keluar berita tak?'. ternyata setiap warga bangi sudah tahu tentang berita ini. apa tidaknya kajang kawasan jiran. nasib baik la air tak sampai bangi. kalau tidak kereta habis menjadi makanan air lumpur itu.

Wakaka..panjangnya mukadimmah aku..saja nak test try uji tengok skill mengarang aku, manatau boleh karang cerpen pula lepas ni..ngeh3..tema dari story banjir ni..kita hendaklah sentiasa berwaspada, malapetaka boleh datang bila-bila. pekan kajang tu da terlalu sesak. sampah pun banyak kot. selangor tak pernah banjir kilat cenggini..tapi sekarang tak mustahil selangor boleh jadi mangsa banjir seperti negeri-negeri di pantai timur, johor dan sebelah utara..watch out guys!



**huh naseb baik rumah aku tinggi melangit**

Friday, December 2, 2011

Alaa Kejap lagi lah solat!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt..

Baiklah adik-adik sekalian..tazkirah jumaat kita pada hari ini adalah berkenaan dengan solat diawal waktu ye! siapa dekat sini suka melewatkan solat??? (ye saya! adei..) tebiat yang buruk dan suka saya amalkan..alasan nya
"Alaa jap lagi lah..yang penting aku solat dari tak solat kan!"
Oemjayyy!!!tidak! tidak! salah semua tu! dusta belaka..tak baik melewatkan solat ye adik-adik. saya tertarik dengan tingkah laku seorang sahabat yang tidak pernah melewatkan solatnya. pernah kami pergi tengok wayang pukul 8.15malam. kami makan-makan dahulu setelah selesai solat maghrib. borak-borak dah pukul 8. saya ingat lepas tengok wayang barulah solat. dekat rumah lagi selesa kan! Bila dah pukul 8 saya ajak lah dia gerak. dalam hati opkos lah nak ajak gerak ke panggung. tapi tidak..dia kata, "ok jom kita solat dulu". erk..ok fine -.-'

oh sungguh beruntung nya saya dapat sahabat yang sentiasa mengingatkan saya tentang solat. ye lah mane nak taw dok sedap layan muvi dalam tu kang tibe-tibe tercekik pop-corn..ke tak naye??

Banyak manfaat solat diawal waktu tau..seperti yang terdapat dalam hadith berikut:


Bermaksud: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah"
(Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu). 

DAN

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertiny Riwayat At-Tira: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" (midzi dan Abu Daud, Albani : Sohih


Benda nampak remeh. tapi sebenarnya tidak. sangat penting solat diawal waktu sebab ajal maut kita tak tahu bila. perlahan-lahan lah amalkan. supaya kita sama-sama dapat berubah ;)



Thursday, December 1, 2011

Heritage Tourism..saya suka!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..

Heritage tourism atau pelancongan warisan kurang digemari dikalangan belia kita..tapi disebabkan taraf pendidikan semakin tinggi di malaysia menjadikan skop pelancongan ini semakin di gemari.. is like me and friend..mungkin kami dari bidang pelancongan dan diakui bahawa minat saya terhadap pelancongan warisan ini banyak dipengaruhi oleh pensyarah-pensyarah saya semasa melanjutkan pelajaran. saya lebih menghargai warisan sejarah yang terdapat di malaysia. kalau dulu datang just bergambar tapi kini datang untuk lebih mendalami sejarah2 tersebut. saya ambil masa untuk membaca semua penulisan di setiap cerok kawasan sejarah tersebut.

Mungkin tempat warisan sejarah seperti lembah bujang dan Kellie's Castle tiada apa-apa yang menarik tetapi jika diamati setiap sejarah dan kesenian yang terdapat di tempat ini baru lah kita lebih menghargainya. Kellie's Castle di Perak. Bila saya menyatakan hasrat saya untuk melawat tempat ini, ada saja soksek2 yang saya dengar seperti:
'eh buat apa nak datang sana? bukan ada apa pun..berhantu je'.
Tapi saya tak heran dan saya malas nak jawab persoalan sebegitu. yang saya mahu hanyalah ilmu dan menghargai warisan yang ada di negara kita. kesedaran tentang itu masih kurang dalam masyarakat kita.
kebetulan adik saya belajar di UITM Seri Iskandar, semasa konvokesyen adik saya hari tu saya bertekad untuk melawat jugak dan akhirnya termakbul! eceh..tiket dewasa berharga RM4.00..ok lettew..untuk baik pulih kawasan ni kan. kebetulan masa melawat tu ada shooting Nilapura..erghhh..kacau jer!!xdapat nak jalan ke setiap pelosok castle tu..hmm..tapi kan..melawat2 gak..tapi posing tatap nyah! ;p





ok yang ni bukan posing k..kusyuk bace history ;)

Selamat melancong ;)